Buffet Ramadan 2019 Citarasa Desa Buffet Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie
Assalamualaikum korang,
Tut-tut tak lama lagi dah nak start berpuasa nampaknya ramai orang sekarang tengah survey pakej berbuka puasa kat hotel. Dalam entri nie BBL nak suggest anda datang berbuka di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie. Tak jauh dari Shah Alam, Subang Jaya, Sunway & lokasi ideal jika korang mencari tempat berbuka sekitar Glenmarie.
Harga Berbuka Puasa @ Holiday Inn Kuala Lumpur, GlenmarieDewasa RM 148 nettKanak-kanak RM 75 nett Warga Emas RM 99 nett
*Bermula 6.30 petang - 10.30 malam | 6 Mei hingga 4 Jun 2019 **Promosi tempahan Early Bird RM 118 (dewasa) | kanak-kanak RM 48 nett bermula sekarang hingga 30 April 2019***Booking online > LINK INI
Menu Istimewa Citarasa Desa
Berkonsep kampung, bazaar, teratak bonda dan selera tradisional dengan 200 jenis menu yang akan mengimbau kembali saat kenangan tetika kita berada di kampung halaman. Ala-ala throwback waktu berbuka time zaman kecil-kecil dulu. Antara menu special boleh muslim & muslimat nikmati ialah
🔥 Kambing golek
🔥 Satay klasik Othman
🔥 Nasi Briyani Ketuk Ramadan
🔥 Selera gulai kawah
🔥 Ikan bakar aroma desa
🔥 Ayam percik merecik
🔥 Sup gearbox
🔥 Bubur lambuk
🔥 Dodol durian kampung
🔥 Aneka Kerabu
Tu "stall" bahagian luar..ada 20 "stall" semua sekali..moh ikut BBL ke Restoren Kites dengan pelbagai aneka juadah boleh anda nikmati. Ada kerabu, sushi, mee kari, mee sup, live station dan banyak lagi.
Rasanya bila berbuka mesti nak kuih muih ada sekali kan. Jangan risau chef dah prepare seleksi pencuci mulut tradisioanl, pastri, bubur, air batu campur dan kek untuk santapan setiap tetamu datang berbuka bersama Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie. Sedap, manis & kecur air liur bila tengok desert elok je susun atas rak.
Satu sebab kenapa korang mesti datang iftar kat sini ialah...ada durian! ha durian lovers memang port terbaik datang buka puasa sambil bau durian menusuk kalbu. Gituh..selain ada buah-buah tempatan macam manggis, buah naga, mata kucing, jambu air, ciku, tembikai, tembikai susu, nangka dan rambutan. Serius ala kampung betul sini.
Time majlis preview buffet ramadan, pihak Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie mengadakan program Coprate Social Responsible (CSR) buka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Nur Sakinah, Bandar Pinggiran Subang bersama artis Pak Nil. Comel-comel dorang semua yang umur 4-6 tahun. Alhamdulilah rezeki elok kongsi bersama anak-anak istimewa ini.
Kemudahan Tersedia◾️ Parking percuma◾️ Kids Corner
◾️ Badut◾️ Wifi percuma◾️ Persembahan live
◾️ Surau
So boleh la ajak family, kawan atau geng-geng office berbuka kat sini. Jangan lupa rebut promosi early book tu..jimat banyak weh.
Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie
No Telefon : 03-7802 5200 ext 2135/2136
Whatsapp : 012-3999092
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/04/buffet-ramadan-2019-citarasa-desa.html