Gabungan Bas Malaysia Mahu Kerajaan Ambilalih Hutang



Semakin banyak pihak yang terjejas dengan pandemik Covid 19 dan peristiharan darurat tampil menyerahkan memorandum kepada Yang di-Partuan Agong.
Terbaharu, persatuan pemilik bas yang dikenali sebagai Gabungan Bas Malaysia menyerahkan memorandum memohon Agong menasihati kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk membantu meringankan beban mereka.
Menurut Pengerusi Gabungan Bas Malaysia, Ahmad Roslan, kerajaan Perikatan Nasional seharusnya mengambil inisiatif membela pemilik-pemilik bas yang semakin sukar membayar hutang kepada pihak pemiutang (creditor) memandangkan perniagaan mereka terjejas dengan penutupan sektor perlancongan dan sekolah dalam beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.
“Saya mewakili rakan-rakan daripada Gabungan Bas Malaysia, terdiri daripada persatuan zon selatan, utara, pantai timur dan tengah memohon tindakan dan sedikit perhatian daripada pihak Tuanku terhadap permasalahan kami.
“Kami sudah beri pelbagai cadangan kepada pihak kementerian dan sebagainya. Hasil perbincangan yang lepas pun kami rasa masih tidak nampak kata putus penyelesaian.
“Saya berharap dengan campurtangan pihak istana dan Kebawah Duli Tuanku, pihak kementerian dapatlah mengambilalih pinjaman kami dari pihak pemiutang
“Kami bukan nak lari bayar hutang. Kami akan menunaikan tanggungjawab kami jika Covid berakhir.
“Kami pohon kerajaan ambil alih pinjaman kami dan runding pinjaman kami dengan pihak pemiutang. Hari ini sudah hampir 10 bulan (sejak PKP 2020), banyak pengusaha bas telah disenaraihitamkan akibat masalah pembayaran hutang kita dengan pihak pemiutang,” katanya dalam sidang media di luar pagar Istana Negara, semalam.
Menurut Ahmad lagi, syarikat-syarkat bas tidak mampu bertahan dalam PKP 2.0 malah terdapat ahli-ahli yang terpaksa dibantu membeli keperluan harian untuk keluarga.
Sehubungan itu, mereka meminta pihak pemiutang memberi kerjasama untuk tidak menagih hutang ketika perniagaan tidak boleh berjalan sepanjang PKP.
“Saya harap pihak kredit beri sikit kerjasama. Hampir sepuluh bulan kami bertahan dan sekarang memang simpanan hampir habis. Ada sesetengah syarikat hanya mampu bertahan 2 – 3 bulan sahaja lagi.
“Kami kata kerajaan ambil alih pinjaman untuk selamanya, bukan mahu percuma (lupus hutang), kami akan bayar balik bila Covid selesai.
“Pihak penguasaha bas ada rekod yang baik dengan pihak kredit. Bukan kami beli satu dua bas, ada pihak yang beli 7 – 8 bas. Masakan kali ini pihak pemiutang tidak memberi kelonggaran kepada kita sedangkan kita telah bekerjama sejak 10 – 15 tahun lepas. Malah ada yang telah berurusan hampir 30 tahun,” katanya.
Katanya lagi, sekiranya sektor pelancongan tidak mendapat pembelaan kerajaan maka dalam beberapa bulan akan datang sektor itu mungkin ditutup terus dan perniagaan bas juga akan terjejas teruk.
Menurut Ahmad, Gabungan Bas Malaysia telah mengutus surat kepada Muhyiddin yang mempunyai imej membantu rakyat. Malangnya kata beliau, PM itu tidak mahu bertemu untuk membincangkan masalah mereka. Menghantar memorandum merupakan jalan terakhir agar Agong boleh menasihatkan kerajaan PN.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31428

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempar Anonymous Malaysia Memberi Amaran Terhadap Kerajaan Malaysia

Gempar Anonymous Malaysia Memberi Amaran Terhadap Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 353 hits
Siapakah individu di sebalik topeng ini Dari sumber laman Facebook Anonymous Malaysia kami mendapati bahawa terdapat elemen amaran diberikan kepada para sysadmin dalam jabatan kerajaan Malaysia Video yang dipos menunjukkan akan berlakunya s...
Ancaman Anonymous Malaysia Serius Agensi Kerajaan Perlu Ambil Langkah Mkn

Ancaman Anonymous Malaysia Serius Agensi Kerajaan Perlu Ambil Langkah Mkn

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 210 hits
Anonymous Malaysia muncul menerusi satu video mengancam akan menyerang laman sesawang kerajaan Malaysia KUALA LUMPUR Semua agensi kerajaan diberi amaran supaya mengambil langkah langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan ancaman Anonymous...
Tipikal Jawapan Kerajaan Malaysia Sungguh Klise

Tipikal Jawapan Kerajaan Malaysia Sungguh Klise

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 249 hits
Hari ini suratkhabar melaporkan berita sogokan kepada pegawai Imigresen Malaysia di lapangan terbang Ia diikuti cadangan oleh pihak pihak tertentu supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diletakkan di lapangan terbang untuk membantera...
Kerajaan Malaysia Kini Sama Seperti Myanmar Tidak Hormat Mandat Rakyat

Kerajaan Malaysia Kini Sama Seperti Myanmar Tidak Hormat Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 318 hits
February 10 2021 Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berpendapat Malaysia tidak boleh mengikut tindakan New Zealand yang memutuskan hubungan peringkat tertinggi dengan Myanmar Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata kerajaan pada masa ini...
Anonymous Malaysia Dakwa Beberapa Laman Web Kerajaan Sudah Digodam

Anonymous Malaysia Dakwa Beberapa Laman Web Kerajaan Sudah Digodam

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 288 hits
Astro AwanifFEB 1 2021 Pada Jumaat sekumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous Malaysia memberi amaran kedua akan melancarkan serangan siber ke atas laman web kerajaan Gambar failKUALA LUMPUR Kumpulan penggodam Anonymous...
5326 Lockdown 4 Feb Rakyat Berhak Tahu Kerajaan Jangan Sorok Ppim Malaysia Post 25 01 2021

5326 Lockdown 4 Feb Rakyat Berhak Tahu Kerajaan Jangan Sorok Ppim Malaysia Post 25 01 2021

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 400 hits
RAKYAT berhak untuk tahu setiap maklumat dan tindakan kerajaan bagi membendung penularan jangkitan Covid 19 agar persediaan boleh dilakukan lebih awal Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata beberapa perka...
Laman Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan Dicerobohi Oleh Malaysia Darknet

Laman Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan Dicerobohi Oleh Malaysia Darknet

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 361 hits
Baru sahaja kami terima mesej dari sebuah entiti yang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim Cyber Army di laman Instagram rasmi kami Mesej daripada mereka hanya sekadar alamat URL yang membawa kepada Laman Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan M...
Parti Gerakan Rakyat Malaysia Sah Sertai Gabungan Perikatan Nasional Hari Ini

Parti Gerakan Rakyat Malaysia Sah Sertai Gabungan Perikatan Nasional Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Parti Gerakan Rakyat Malaysia sah menjadi parti politik terbaharu diterima menyertai gabungan Perikatan Nasional hari ini Presidennya Datuk Dr Dominic Lau berkata perkara pihaknya menerima surat pengesahan yang ditandatangani P...
Hukum Dua Darjat Doa Bagi Yang Dizalimi Oh Sop Kerajaan Pn

Hukum Dua Darjat Doa Bagi Yang Dizalimi Oh Sop Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 246 hits
MOHD MUKHLISWahai jiwa yang di zalimi dan di hukum seberat beratnya kerna langgar SOP tetapi VIP bebas dan di kecuali hukuman Wahai 700 ribu pekerja yang di buang kerja tetapi anak menantu Menteri membilang rasywah 1 2Billion Wahai anak ana...
Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya