5326 Lockdown 4 Feb Rakyat Berhak Tahu Kerajaan Jangan Sorok Ppim Malaysia Post 25 01 2021


 


RAKYAT berhak untuk tahu setiap maklumat dan tindakan kerajaan bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 agar persediaan boleh dilakukan lebih awal.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata beberapa perkara kini membelenggu rakyat semasa negara diserang Covid-19, antaranya dakwaan ‘lockdown’ sepenuhnya.
“Rakyat perlu dimaklumkan sebab rakyat sudah pandai menilai. Rakyat perlu diberi maklumat yang jelas supaya kita dapat buat sesuatu.
“Mungkin kita (rakyat) boleh membantu kerajaan juga. Sebagaimana kita tahu kerajaan juga rasa tertekan. Jadi bagaimana kaedah yang perlu kita buat.
“Apa juga yang kerajaan mahu buat perlu diteliti kerana jika sebaliknya kita akan kecundang. Kerajaan ditekan mungkin oleh kuasa-kuasa dunia, dan akhirnya yang akan menanggung akibat adalah rakyat,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost hari ini.
Semalam, terdapat laporan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, iaitu dengan menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi, akan dilaksanakan sekiranya kes jangkitan Covid-19 gagal dikawal menjelang 4 Februari.
Amaran itu diberikan Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) dalam satu surat kepada ahlinya.
Kandungan surat itu menyatakan perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lokman Hakim Ali semasa mesyuarat bersama EuroCham.
Namun, sehingga kini tiada kenyataan dan maklum balas daripada pihak kerajaan berkenaan isu terbabit.
Mengulas lanjut, Johan berkata, tidak perlu ada stigma perbezaan antara kerajaan dan rakyat kerana semua keputusan yang membabitkan penglibatan rakyat harus diumumkan segera.
Beliau berpendapat jika ‘lockdown’ sepenuhnya dilakukan, perlu ada kelongggaran yang diberikan kerajaan dari segi komitmen yang perlu ditanggung rakyat.
“Contohnya pengecualian dari bayaran bank, bantuan makanan daripada kerajaan, supaya rakyat tidak perlu keluar untuk cari makanan.
“Ini kerana, walaupun ‘total lockdown’ rakyat perlu juga keluar untuk mencari makanan. Jadi untuk itu kerajaan perlu teliti, kerana akan jadi huru hara sebab rakyat ada komitmen dan keperluan,” ujarnya lagi.
Berikutan itu, katanya, semua pihak harus bekerjasama untuk menghadapi apa juga tindakan yang akan diambil kerajaan untuk menjaga keselamatan rakyat bagi mendepani virus Covid-19.
Katanya, kerajaan perlu memastikan jika semua sektor ditutup, bantuan perlu benar-benar sampai kepada semua rakyat dan tidak terjadi lagi keciciran.
“Kerajaan tak perlu malu dan sorokkan situasi lagi. Rakyat boleh terima yang sekarang negara sedang usaha untuk jaga keselamatan dan membendung Covid-19.
“Kalau lockdown dibuat, jangan sampai menyusahkan rakyat. Sebab mungkin nanti akan dibuat lagi kerana Covid-19 masih ada dan kita tidak tahu bila ia berakhir,” katanya.

Artikel oleh: Malaysia Post
LOCKDOWN 4 FEB?: RAKYAT BERHAK TAHU, KERAJAAN JANGAN SOROK
https://malaysiapost.com.my/2021/01/25/lockdown-4-feb-rakyat-berhak-tahu-kerajaan-jangan-sorok-ppim/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/01/5326-lockdown-4-feb-rakyat-berhak-tahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5325 Ppim Gesa Kerajaan Beri Maklumat Jelas Jika Mahu Laksana Lockdown Suara Tv 25 01 2021

5325 Ppim Gesa Kerajaan Beri Maklumat Jelas Jika Mahu Laksana Lockdown Suara Tv 25 01 2021

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 332 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia berharap kerajaan memberi maklumat yang jelas tindakan bagi membendunv penularan jangkitan Covid 19 Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata perkara itu penting agar rakyat dapat melakukan pe...
10 Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Tahun 2021

10 Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Tahun 2021

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 1216 hits
10 Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Tahun 2021 Setiap tahun kerajaan akan mengumumkan senarai bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat bertujuan untuk mengurangkan beban hidup rakyat Sedar atau pun tidak banyak sebenarnya bantuan yang ker...
Eurocham Malaysia Denies Govt Mulling Full Lockdown After Feb 4 Urges Public To Play Their Role In Covid 19 Fight

Eurocham Malaysia Denies Govt Mulling Full Lockdown After Feb 4 Urges Public To Play Their Role In Covid 19 Fight

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 528 hits
A general view of the Kuala Lumpur city centre November 22 2020 Picture by Hari AnggaraKUALA LUMPUR Jan 24 The EU Malaysia Chamber of Commerce and Industry today denied that Putrajaya is mulling a complete economic lockdown after February 4...
5301 Kaji Semula Had Waktu Perniagaan Makanan Ppim Malaysia Gazette 19 01 2021

5301 Kaji Semula Had Waktu Perniagaan Makanan Ppim Malaysia Gazette 19 01 2021

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendesak kerajaan mengkaji semula waktu operasi penjualan makanan ke waktu yang lebih munasabah sekurang kurangnya hingga jam 10 malam Menurut kenyataan PPIM pihaknya dihujani rungutan dari pen...
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia 2021

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 551 hits
Senarai Pakej Bantuan Permai 2021 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau lebih dikenali dengan Pakej Bantuan PERMAI yang bernilai sebanyak RM15 Billion Pa...
5315 Aktiviti Sesi Temubual Toqqi Bersama The Vibes Malaysia Ppim 22 01 2021

5315 Aktiviti Sesi Temubual Toqqi Bersama The Vibes Malaysia Ppim 22 01 2021

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 563 hits
Sesi temubual Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama The Vibes Malaysia yang membincangkan isu ahlong di Pusat Aktiviti PPIM Kuala Lumpur
5293 Denda Rakyat Jika Tolak Vaksin Logout Malaysia 16 01 2021

5293 Denda Rakyat Jika Tolak Vaksin Logout Malaysia 16 01 2021

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 507 hits
Pada 11 Januari 2021 Logout Malaysia bekerjasama dengan kru Menara Media merakamkan satu sesi temubual dengan Dato Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM Temubual 40 minit menyentuh mengenai pelbagai isu berkenaan hak kepenggunaan isu kartel dagin...
5348 Seram Kisah Rumah Anak Yatim Paling Seram Kat Malaysia Tv Ppim 28 01 2021

5348 Seram Kisah Rumah Anak Yatim Paling Seram Kat Malaysia Tv Ppim 28 01 2021

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 699 hits
Ini bukan cubaan tapi betul betul seram Kalah Creepypasta punya seram Apabila niat baik disalahgunakan maka bermulalah kisah seram untuk seorang dermawan yang ikhlas Derma punya derma tapi rupanya selama ni menderma untuk rumah kebajikan ha...
Kerajaan Hanya Perlu Lockdown Kilang Dan Industri Bukan Mangsakan Perniagaan Kecil Dan Rakyat Marhein

Kerajaan Hanya Perlu Lockdown Kilang Dan Industri Bukan Mangsakan Perniagaan Kecil Dan Rakyat Marhein

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 446 hits
KERAJAAN HANYA PERLU LOCKDOWN KILANG DAN INDUSTRI BUKAN MANGSAKAN PERNIAGAAN KECIL DAN RAKYAT MARHAEN Hari ini 23 hb Hanya 3 Hari lagi sepatutnya PKP 2 minggu pertama tamat Malang seperti di Selangor sendiri kenapa kes makin melonjak kenapa...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Namplawan Dan Colek Garam Thai Sedap

Tak Perlu Banyak Bahan Resipi Ayam Rebus Ni Memang Sedap Mudah

Dari Mana Asalnya Air Kelapa