Furina Ambil Grumpy Cat Jadi Duta Makanan Kucing Friskies
Kucing selebriti Amerika Syarikat semakin murah rezeki!
Grumpy Cat atau nama sebenarnya Tartar Sauce kini melangkah setapak lagi apabila dilamar menjadi jurucakap kepada makanan kucing keluaran Nestlé Purina, Friskies, sebahagian produk Nestlé yang berpangkalan di Swiss.
“Grumpy Cat akan membantu kami meluaskan pengaruh kepada tuan-tuan kucing. Ironinya, Grumpy membuatkan kita tersenyum apabila melihat wajahnya, walaupun semasa kita sakit atau sedih.” - Shawn Brain, Pengurus Jenama Friskies.Tawaran Nestlé Purina hanyalah sebahagian daripada rezeki Grumpy Cat (atau rezeki tuan dia?).
Dia juga mempunyai tawaran berlakon dalam filem sendiri dan juga barisan cenderamata merangkumi T-shirt, patung sumbat dan rantai kunci.
Grumpy Cat juga telah menulis sebuah buku yang pastinya akan lebih hebat daripada karya Ahadiat Akashah, ada Tedi kisah?
Buku “Grumpy Cat: A Grumpy Book”, juga diterbitkan pada tahun ini dan tersenarai dalam jualan laris New York Times.
Grumppuccino merupakan minuman botol berperisa kopi menggunakan label Grumpy Cat. Junkee: Grumpy Cat has a beverage line now.
Sementara itu, minuman kopi ais botol, Grumppuccino, akan mula dijual pada bulan depan. Tapi kawan-kawan jangan salah faham dengan memberi kucing perliharaan anda minum kopi ni pula. Bahaya tu! Tak percaya sila baca coretan Tedi bertajuk, "Makanan manusia yang sesuai untuk kucing"
Coretan Tedi yang mungkin berkaitan dengan tajuk ini:
Grumpy Cat sedia untuk berlakon dalam filem sendiri.Ketulan dalam makanan kucing jenama Purina One Beyond.
Berita yang Tedi rujuk untuk coretan ini boleh dibaca di:
Nestlé Purina signs endorsement deal with Grumpy Cat.Grumpy Cat now new face for Purina20130920
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2013/09/furina-ambil-grumpy-cat-jadi-duta.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29