
Sumber gambar dari WIC NewsBaru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong telah mengadakan personal interview keatas semua ahli parlimen seramai 221 orang bagi mendapat keputusan untuk melantik Perdana Menteri seterusnya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan dimana Yang di-Pertuan Agong berhak melantik perdana menteri daripada ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti.
Sumber gambar dari PMOSekiranya Yang di-Pertuan Agong memilih untuk membubarkan parlimen dan memilih untuk pilihan raya diadakan , Paduka Baginda boleh menjalankan fungsinya dalam Perkara 55 (2), iaitu Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen. Jelas , Yang Di-Pertuan Agong bukan sahaja ketua agama Islam dan pelindung kepada kedudukan istimewaan orang Melayu sahaja, bahkan peranan Yang di-Pertuan Agong penting dalam hal pentadbiran negara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |