Apakah Kemelut Politik Semasa Selesai Dengan Pru15



RAKYAT terkejut dan gelisah dengan perkembangan politik akhir-akhir ini.

Pakatan Harapan (PH) yang ditubuhkan antara parti-parti pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sejak merdeka, hampir 61 tahun.

Namun, PH yang menguasai Putrajaya mulai Mei 2018 tidak mampu meneruskan kuasa politiknya malah terpaksa ‘dibubar’ secara tiba-tiba pada 24 Februari lepas.

Tempoh 21 bulan pemerintahan apabila perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PH secara mengejut meletakkan jawatan.
Peletakan jawatannya adalah difahamkan akibat kesan percaturan politik luar jangkaan dalam kalangan parti-parti komponen PH, gabungan parti Bersatu, PKR, DAP, Amanah dan Warisan.


Episod perpecahan

Episod perpecahan dan perasaan syak wasangka antara parti-parti komponan PH bermula apabila Pas mengumumkan akan menyokong kepimpinan Dr Mahathir sekiranya timbul masalah undi tidak percaya terhadap beliau dalam Parlimen.

Ia didakwa didokong puak-puak yang mendesak Dr Mahathir untuk menyerahkan jawatan perdana menteri yang disandang sejak PH menguasai Putrajaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR seperti dijanjikan Dr Mahathir apabila beliau dicalonkan sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Majlis Presiden PH dilaporkan bersetuju dengan sebulat suara melantik Dr Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Bersatu yang memenangi hanya 13 kerusi Parlimen sahaja berbanding PKR (47), DAP (42) Amanah (11) dan Warisan (8) pada PRU ke-14

Dr Mahathir juga berjanji akan menyerahkan jawatannya kepada Anwar selepas menjawat jawatan Perdana Menteri selama dua tahun.

Namun, kekecohan dalam PH difahamkan tercetus apabila PKR, DAP dan Amanah yang menyertai Mesyuarat Majlis Presiden PH mendesak Dr Mahathir mengumumkan tarikh (deadline) menyerahkan jawatannya kepada Anwar kerana beberapa hari sebelumnya, Dr Mahathir mengumumkan untuk melepaskan jawatannya selepas berlangsungnya Persidangan APEC pada bulan November 2020.

Nampaknya, ada pihak yang tidak sabar menunggu sehingga bulan November atau tidak yakin dengan janji Dr Mahathir melepaskan jawatannya kepada Anwar.

Kesannya, Dr Mahathir yang didakwa kecewa dengan pergolakan dalam PH yang mendesak beliau berundur supaya Anwar mengambil alih kepimpinan negara.

Beliau didakwa memutuskan untuk meletakkan jawatan kerana kononnya menjangkau kemungkinan besar parti-parti utama PH seperti PKR dan DAP yang mendesak beliau mengumumkan tarikh melepaskan jawatan, akan keluar daripada gabungan PH yang akan menyebabkan beliau hilang majoriti di Parlimen.

Dalam pada itu, meskipun Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima dan bersetuju dengan hasrat Dr Mahathir meletakkan jawatan, baginda melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim (sementara) untuk menjalankan tugas-tugas rasmi mengurus pentadbiran Kerajaan Persekutuan sehingga seorang perdana menteri baru dilantik.

Susulan peletakan jawatan Dr Mahathir, jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri dan Setiausaha-setiausaha politik juga dikosongkan.

Sementara itu, rakyat dimaklumkan kepimpinan PKR, DAP dan Amanah merayu kepada Dr Mahathir supaya terus menjawat jawatan Perdana Menteri.

Malah, BN dan Pas serta wakil-wakil serpihan parti PKR dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak juga menggesa Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Persoalannya, apakah Kerajaan PH dapat diselamatkan atau kerajaan baharu akan ditubuhkan?


Undi percaya

Sehubungan ini, berlegar di media sosial juga kononnya seramai 138 Ahli Parlimen sedia menyokong usul undi percaya terhadap Dr Mahathir  sekiranya ada usul undi percaya yang akan dibentang dalam Parlimen.

Sokongan sejumlah Ahli Parlimen ini sudah mencukupi untuk mempertahankan Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri atau membuka ruang untuk tertubuhnya satu kerajaan baharu dengan nama yang baharu.

Sehubungan isu peletakan jawatan dan jatuhnya kerajaan PH dalam tempoh masa yang singkat menimbulkan pelbagai sentimen dalam kalangan rakyat, khususnya orang Melayu.

Orang Melayu didapati amat runsing  malah berpecah kepada beberapa  kumpulan. Antaranya, ada kumpulan yang menyokong Dr Mahathir terus menjadi Perdana Menteri dan ada juga yang mahu kerajaan baharu ditubuhkan dengan penyatuan parti Melayu-Bumiputara bersandarkan konsep ‘Muafakat Nasional’.

Manakala, sebahagian besar orang Cina yang majoriti bersama DAP didapati tidak bersetuju dengan cadangan menubuhkan kerajaan baharu malah mendakwa langkah Pas untuk membentang undi menyokong Dr Mahathir bermotif jahat untuk melemahkah dan menjatuhkan kerajaan PH.

Sementara itu, sebahagian besar kaum India kini kelihatan mengalih sokongan kepada MIC baru di bawah kepimpinan Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran yang berpendirian untuk terus setia dan bersama dengan perjuangan BN.

MIC selaku parti komponan BN mendokong prinsip Muafakat Nasional, difahamkan akan menyokong  sebarang tindakan dan langkah yang diambil oleh BN untuk menyelamatkan negara daripada fiasco politik yang melanda negara ketika ini.

Dalam hal ini, rakyat perlu ingat, pelantikan seorang perdana menteri adalah terletak kepada kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 40(2)(a) dan (b) dan Perkara  43(2) (a) dan Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya memberi kuasa kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang Perdana Menteri.

Rakyat berharap dan yakin Yang Dipertuan Agong akan berlaku adil dalam pelantikan seorang Perdana Menteri baharu, rakyat juga berharap mereka diberi peluang semula untuk memilih kerajaan baharu melalui alat atau saluran demokrasi iaitu PRU.

Meskipun ahli-ahli Dewan Rakyat semasa dipilih oleh rakyat, tetapi   kerajaan yang dibentuk hasil PRU ke-14 telah jatuh secara tiba-tiba.

Maka, adalah wajar bagi rakyat diberi semula peluang untuk memilih kerajaan baru menggantikan kerajaan PH.

Rakyat masih ingat Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang kedua membentuk kerajaan Barisan Nasional meliputi semua parti dan kaum apabila polarisasi kaum meningkat ke tahap kemuncak kesan politik perkauman yang berleluasa pada tahun 1973.

Persoalannya, apakah kerajaan bentuk perpaduan nasional yang diuar-uarkan mampu menyelesaikan kemelut politik semasa atau memberi peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu?


Datuk M. Periasamy
Seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/apakah-kemelut-politik-semasa-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fungsi Yang Di Pertuan Agong Semasa Kemelut Politik Ketika Ini Yang Patut Korang Tahu

Fungsi Yang Di Pertuan Agong Semasa Kemelut Politik Ketika Ini Yang Patut Korang Tahu

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 828 hits
Seperti yang korang semua sedia maklum sekarang negara kita sedang panas dilanda kemelut politik yang setakat ini tiada jalan penyelasaian Sehinggakan Tun Mahathir dilantik semula menjadi Perdana Menteri Interim setelah meletakkan jawatan s...
Adakah Kemelut Politik Sudah Selesai Dengan Perlantikan Ts Muhyiddin Sebagai Pm Ke 8

Adakah Kemelut Politik Sudah Selesai Dengan Perlantikan Ts Muhyiddin Sebagai Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 335 hits
1 Mac 2020 di Istana Negara berlangsung Istiadat Kurnia Suratcara Perlantikan Dan Angkat Sumpah Jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin swbagai Perdana Menteri ke 8 DYMM SPB YDP Agong Ke XVI Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah I...
Wahai Pemimpin Moga Diberi Hidayah Selesai Kemelut Politik

Wahai Pemimpin Moga Diberi Hidayah Selesai Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 255 hits
Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad kongsi kegusaran rakyat berhubung senario politik negara di media sosial Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 28 Feb Senario politik negara yang tidak menentu ternyata menggusarkan sebilangan besa...
Kemelut Politik Negara

Kemelut Politik Negara

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 257 hits
SENARIO SATU Sebelum Muhyidin angkat sumpah sebagai PM kemungkinan YDPA akan perkenan menerima mengadap Tun dan rombongan utk mempersembahkan 117 SD menyokong Tun sebagai PM Jika YDPA berpuashati maka titah perkenan kepada Muhyidin akan dit...
Azmin Zuraida Syukur Kemelut Selesai

Azmin Zuraida Syukur Kemelut Selesai

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 307 hits
Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan syukur kemelut politik negara berakhir dengan pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri ke 8 Ditemui media di pekarangan kediaman Muhyiddin di sini bekas Timbalan...
Politik P Raya Kini Uhud Perang Belum Selesai

Politik P Raya Kini Uhud Perang Belum Selesai

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 322 hits
Peristiwa Uhud dan politik Malaysia hari iniSEOLAH olah PRU14 berulang Situasi politik pada hari ini seolah olah hampir sama ketika mana PRU14 Masing masing merasa gemuruh menanti hasil percaturan Allah S W T PRU14 ramai menarik nafas lega ...
Hilang Gelap Timbul Terang Masyarakat Gembira Kemelut Negara Selesai Dengan Baik

Hilang Gelap Timbul Terang Masyarakat Gembira Kemelut Negara Selesai Dengan Baik

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 235 hits
Dengan perisytiharan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 8 pada Ahad lepas maka kemelut politik yang melanda negara sejak kebelakangan ini turut sama diharapkan rakyat akan berakhir Hilang gelap timbul terang H...
Kemelut Politik Apa Yang Telah Sedang Akan Berlaku Rakyat Malaysia Kena Tahu

Kemelut Politik Apa Yang Telah Sedang Akan Berlaku Rakyat Malaysia Kena Tahu

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR 27 Feb Berikut adalah ringkasan peristiwa yang telah sedang dan akan berlaku di Malaysia susulan cubaan mengatur semula landskap politik negara Apa yang telah berlaku 21 Feb Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Majlis Pre...
Ph Tukar Calon Pm Untuk Selesaikan Kemelut Politik Anwar

Ph Tukar Calon Pm Untuk Selesaikan Kemelut Politik Anwar

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 331 hits
Petaling Jaya Keputusan mencalonkan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dibuat bagi meleraikan kemelut kepimpinan negara kata Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden PKR berkata ini merupakan us...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game