Fuhhh Jho Low Hadiahkan Piano Lutsinar Pada Miranda Kerr



Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang didakwa menjadi dalang melesapkan berbilion dana 1MDB didakwa membelikan hadiah piano lutsinar buat model Miranda Kerr.

Pada 2014, Low memesan sebuah piano untuk Kerr dari syarikat pembuat yang berpengkalan di Belanda, Crystal Music Company, menurut laporan New York Times (NYT).

Pendedahan ini antara senarai panjang barangan mewah yang dihadiahkan Low kepada model berkenaan.

Pengasas syarikat pembuat piano berkenaan, Peter Tol enggan membincangkan harga piano untuk Kerr itu tetapi berkata piano yang ditempah berharga di antara AS$ 170,000 (RM709,000) dan AS$ 1 juta (RM4.17 juta), kata laporan itu.
Kerr pernah dilihat bermain di piano di dalam video berjudul: "Miranda Kerr - At Home Secrets with Vogue Living".


Kerr sedia pulangkan piano

Laporan NYT seterusnya menyebut apabila Tol menghantar piano tersebut, pihaknya "terkejut" kerana ia akan diletakkan di atas geladak di bahagian luar kerana tidak muat untuk melalui pintu.

"Saya sangat kecewa... Saya nasihatkan mereka untuk menutup kawasan itu," kata Tol, petik NYT.

Ker akhirnya menutup kawasan itu dan atas sebab itu jugalah kini kerajaan Amerika Syarikat (AS) menghadapi masalah untuk membawa keluar piano itu yang dipercayai dibeli Jho Low menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Peguam kepada model itu telah mengatakan Kerr sedia untuk memulangkan piano tersebut.

Bagaimanapun, Jabatan Keadilan (DOJ) AS perlu merobohkan tembok di rumah Kerr untuk membuka ruang tertutup supaya dapat mengeluarkan piano tersebut dari rumah itu.

Sebelum ini, DOJ telah merampas aset-aset yang didakwa diperolehi menggunakan dana 1MDB yang dilesapkan.

"Tembok-tembok baru ini menjadi masalah bagi kerajaan, yang percaya ia perlu melakukan perobohan untuk mendapatkan piano itu, menurut dua orang yang tahu selok-belok penyiasatan tetapi tidak dibenarkan bercakap secara terbuka. Kemudian sebuah rumah yang sangat mahal perlu diperbaiki," kata laporan itu.

Loket berlian 8.88 karat bernilai AS$ 4.8 juta

Laporan itu berkata buat masa ini, piano tersebut tetap diletakkan di bawah jagaan Kerr. Walau bagaimanapun, Kerr telah memulangkan hadiah lain yang diterimanya dari Jho Low kepada pihak berkuasa.

Low turut menghadiahkan seutas rantai berlian, anting-anting, gelang dan cincin bernilai AS$ 1.98 juta semasa dalam percutian romantis di atas kapal persiaran mewah Equanimity pada bulan Julai 2014.

Kapal mewah yang juga dipercayai diperoleh menggunakan dana yang dilesapkan daripada 1MDB, telah dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia dan diserahkan ke Malaysia untuk lelongan.

Low turut menghadiahkan Kerr loket berlian 11.72 karat berbentuk jantung dengan ukiran nama model itu, yang bernilai AS$ 1.29 juta dan anting-anting berlian 11 karat bernilai AS$ 1.05 juta.

Hadiah paling mahalnya kepada Kerr adalah pada bulan November 2014 - berupa loket berlian 8.88 karat bernilai AS$ 4.8 juta.

Kerr telah memulangkan barangan kemas itu kepada DOJ.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/fuhhh-jho-low-hadiahkan-piano-lutsinar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Miranda Kerr Mahu Pulangkan Piano Lutsinar Pemberian Jho Low Tetapi Rumahnya Terpaksa Dirobohkan

Miranda Kerr Mahu Pulangkan Piano Lutsinar Pemberian Jho Low Tetapi Rumahnya Terpaksa Dirobohkan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 135 hits
Ahli perniagaan kontroversi Jho Low yang kini menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia kerana disyaki menjadi dalang melesapkan dana 1 Malaysia Development Berhad baru baru ini didakwa pernah menghadiahkan sebuah piano lutsinar kepada model M...
Jho Low S Gift This Is What A See Through Piano Looks Like

Jho Low S Gift This Is What A See Through Piano Looks Like

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 318 hits
This is the sort of piano that Tanjung Bungah boy Jho Low reportedly gave to supermodel Miranda Kerr in 2014 Another photo of the piano here You can get a glimpse of the piano in Kerr s Malibu home at 0 21 But I wonder why they don t show t...
Warrants Of Arrest Issued Against Jho Low And Four Other Chinese

Warrants Of Arrest Issued Against Jho Low And Four Other Chinese

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 240 hits
The Magistrate s Court here has issued warrants of arrest against fugitive businessman Low Taek Jho and four other individuals linked to state investment arm 1MDB The warrants of arrest were related to the criminal charges against Low his a...
Jho Low Saya Didakwa Sebab Rejim Mahathir Gagal

Jho Low Saya Didakwa Sebab Rejim Mahathir Gagal

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 250 hits
MALAYSIAKINI Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mendakwa pertuduhan mahkamah yang dikenakan terhadapnya bertujuan mengalihkan perhatian terhadap kegagalan rejim Mahathir mentadbir negara Jho Low berkata demikian dalam su...
J For Jho Low N For Najib R For Rosmah Three Giant Lessons Mahathir Co Have Still Not Learned From 1mdb

J For Jho Low N For Najib R For Rosmah Three Giant Lessons Mahathir Co Have Still Not Learned From 1mdb

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 295 hits
With so much publicity on 1MDB most Malaysians are still missing the crucial lessons to be learnt from this scandal Malaysian are confident that the new government will resolve this debacle and that we can start moving on towards a better f...
Jho Low 4 Lagi Akan Didakwa Hari Ini

Jho Low 4 Lagi Akan Didakwa Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR Ahli perniagaan Jho Low Teck atau Jho Low bersama empat lagi akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini Jho Low akan didakwa tanpa kehadirannya di empat Mahkamah Sesyen berbeza begitu juga dengan empat individu lagi Difah...
Laporan Doj Akan Rampas Rm300 Juta Dalam Akaun Jho Low

Laporan Doj Akan Rampas Rm300 Juta Dalam Akaun Jho Low

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 221 hits
MALAYSIAKINI Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dilaporkan dalam usaha merampas lebih RM300 juta yang menurut mereka diselewengkan ahli perniagaan Low Taek Jho daripada 1MDB Menurut Astro Awani yang memetik saman sivil DOJ di Mahkamah Daera...
Sandiwara Najib Buang Maklumat Jho Low Osa Laporan Audit

Sandiwara Najib Buang Maklumat Jho Low Osa Laporan Audit

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 341 hits
Najib Razak arah padam maklumat Jho Low kerajaan letak laporan AUDIT 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi Mungkin Najib tidak cuba tutup skandal 1MDB cuma menyekat modal PH Foto Utusan oleh Shahbudin Husin Walaupun tidak disebut dalam bentuk pen...
Mungkin Jho Low Kata Perbicaraan Di Amerika Dan China Lebih Adil Berbanding Malaysia

Mungkin Jho Low Kata Perbicaraan Di Amerika Dan China Lebih Adil Berbanding Malaysia

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 405 hits
Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mendakwa pertuduhan mahkamah yang dikenakan terhadapnya bertujuan mengalihkan perhatian terhadap kegagalan rejim Mahathir mentadbir negara Jho Low berkata demikian dalam suatu kenyataan...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Overcoming Funding Challenges

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur