Fruit Cake So Easy
Dah lama tak menyinggah kat blog ni.... apa lagi nak buat entry. Bukan tak masak tapi buat masakan yang biasa2 sangat. Tak ada juadah yang bagus nak di update.....
Rumah yang aku tinggal sekarang ni, menyukarkan aku untuk memasak... Dapur sempit, kawasan tak sesuai.... Penuh barang pun iye dan banyak benda susah nak cari bila nak guna. Setakat masak makanan harian tu bolehla....
Tapi kelmarin, tekak teringin nak makan kek. So, buatlah yang kukus je. Tak larat nak bawa keluar oven.... nak letak mana kalau nak guna, serba serbi sempit ....
Jadilah kek kukus buah a.k.a fruit cake yang mudah2 jer... Separuh dari resepi asal.. Resepi asal dari myresepi dan dah olah di SINI.
Bahan2 :
300 gm tepung gandum
150 gm gula halus4 biji telur 1 ketul butter1 cawan mix fruit1 sudu teh soda bicarbonate1 sudu teh esen vanila3/4 cawan gula - buat gula hangusaluminium foil
Cara2 :
Gaulkan fruit mix dengan sedikit tepung. Ketepikan. Ayak tepung bersama soda bicarbonate. Gaulkan mentega dengan gula halus sehingga kembang dan sebati.
Masukkan esen vanila dan masukkan telur satu persatu. Terus mengacau sehingga sebati. jangan pukul terlalu kuat. Sikit2 je, asal dah sebati... berhenti.
Masukkan pula tepung. Kaup dan balikkan tepung dengan berhati-hati sehingga tepung sebati dengan adunan. Buat pula gula hangus. Masukkan gula kedlm periuk dan kacau di atas api perlahan sehingga berwarna keperangan. Bila gula dah keperangan, masukkan kedlm adunan cepat2 dan terus mengacau sehingga gula sebati.
Masukkan pula mix fruit yg telah dicampur tepung tadi. Gaul lagi sampai rata. Masukkan kedalam acuan yang telah digris dengan butter dan di tabur sedikit tepung. Tutup acuan dengan aluminium foil dan kukuslah dalam kukusan yg airnya telah mendidih selama lebih kurang 1-2 jam.
p/s : Lepaslah kempunan makan kek. Disebabkan dah lama tak buat,sekejap jer dah nak selesai...berebut2 makan dengan my hubby dan anak2.
Malaysians Confess Their Deepest, Darkest Food Fetishes (Like Onion Rings In Susu Pekat)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://annurbeauty.blogspot.com/2016/03/fruit-cake-so-easy.html