From Taiping With Love
Program lawatan ke Taiping, Perak kali ini merupakan kesinambungan daripada siri lawatan ke Kuala Lipis kira-kira 2 minggu yang lalu. Bezanya kali ini tujuan lawatan akademik yang diatur adalah sebagai langkah dalam meninjau pemeliharaan Bandar Taiping sebagai Bandar warisan dan mengadaptasikan apa yang kami perolehi di sini dalam cadangan konservasi bangunan warisan di Kuala Lipis. Disamping itu juga sebagai aktiviti tambahan kami melakukan kerja gotong-royong dan khidmat masyarakat di Rumah Anak Yatim Nurhidayah, Kampung Cheh,Changkat Jering kira-kira 20km daripada Bandar Taiping.
Mengapa Taiping dipilih sebagai rujukan bagi cadangan pemuliharaan bangunan bersejarah di Kuala Lipis? Sebenarnya program ini merupakan idea pensyarah kami iaitu Puan Zuraini dan Puan Rodiah. Pemilihan Taiping dibuat berdasarkan sejarah pembangunan Bandar tersebut yang bermula dengan industri perlombongan. Bezanya Taiping lebih maju dan bandarnya berkembang pesat pada masa itu.
Program kali ini diatur oleh kumpulan Cabana. Mohd Hafiz Mahmoor selaku pengarah projek sentiasa memastikan segala persiapan dan buget untuk program ini disusun rapi. Oleh yang demikian beberapa siri perbincangan dan taklimat telah diadakan bagi tujuan tersebut. Jurnal kali ini kami paparkan lebih banyak gambar kerana banyak perkara yang boleh diungkapkan melalui gambar-gambar berbanding penceritaan.
Sesi ceramah oleh pensyarah jemputan dari UiTM Perak. Dr Norlizaiha tentang pengalaman beliau dalam konservasi.
Jumaat, 29 Januari 2010
Bas bertolak meninggalkan terminal bas UM kira-kira jam 3 petang. Sebelum itu pada paginya persiapan dan barang-barang yang ingin dibawa telah dikumpulkan dan diatur dengan baik. Barang-barang tersebut terdiri daripada pakaian lama dan juga cenderahati yang akan disumbangkan semasa program bersama anak yatim nanti. Tidak kurang juga sumbangan berupa wang ringgit yang dihulurkan oleh pensyarah pada saat-saat akhir. Cuma apa yang dikesalkan kami tidak sempat mengadakan jumbo sale untuk mengutip lebih banyak dana untuk disumbangkan kepada anak yatim
Berbalik kepada cerita perjalanan kami ke Taiping. Petang itu hujan renyai-rengai mengiringi perjalanan kami sebaik sahaja bas meninggalkan UM. Perjalanan memakan masa kira-kira 7 jam dari Kuala Lumpur. Masing-masing sudah gelisah kerana perjalanan memakan masa terlalu lama. Tambahan pula bas dipandu perlahan dan kami singgah sebanyak 2 kali untuk rehat dan makan. Agak mendukacitakan kerana kali ini bas yang kami naiki adalahbas yang agak lama usianya. Tetapi apa boleh buat. Perjalanan tetap diteruskan
Kami sampai di tempat penginapan kira-kira jam 10 malam. Akibat amat keletihan kami semua tidak sabar-sabar untuk check in. Homestay Taman Hill View tempat kami menyewa merupakan rumah teres yang disewakan oleh pemiliknya untuk sesiapa yang ingin menginap di Taiping. Sebanyak 4 rumah telah disewakan. 1 rumah untuk pelajar perempuan dan 2 rumah untuk pelajar lelaki dan 1 rumah untuk pensyarah. Malam itu tiada sebarang aktiviti dijalankan. Hasrat untuk ke Tesco untuk membeli barang-barang dan hamper untuk anak yatim dibatalkan memandangkan kami tiba agak lewat dan keletihan.
Sabtu, 30 Januari 2010
Program yang akan diadakan pada hari ini adalah heritage trail di sekitar Bandar Taiping. Seawal 8 pagi kami bergerak meninggalkan rumah penginapan kerana tidak sabar untuk mengikuti heritage taril tersebut. Tidak mahu mengulas panjang, mari kita lihat gambar.
Pagi itu kehadiran kami disambut oleh Encik Hisyam. Beliau menerangkan seba sedikit mengenai Bandar Taiping sebelum membawa kami menyusuri Bandar Taiping yang bersejarah.
Tengahari itu, kami singgah makan tengahari di Kuala Sepetang. Kami singgah makan Mee Udang di Gerai Mak Jah.
Tu dia...menu special di Gerai Mee Udang Mak Jah..serba-serbi udang...nasib baik xder jus fresh udang ker... ABC udang ataupun Teh O ais udang...hik3x
Koey Teow Goreng Udang
Nasi Goreng Udang
Menikmati Mee Udang...jemput makan ye...
di sebelah petang, masing-masing memulakan survey di bangunan bersejarah yang telah ditetapkan.
Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama
Perpustakaan Merdeka
ni pulak pondok jer..telefonnyer takde pun... terletak di hadapan clock tower
Bangunan Persatuan Kwangtung
Stesen Keretapi Taiping
Malam itu kami menikmati BBQ dinner di bandar Taiping.
Sedikit aktiviti...
31 Januari 2009
Khidmat Masyarakat yang Mengembirakan
Lokasi : Rumah Anak Yatim Nurhidayah, Kg Cheh, Changkat Jering, Perak
Kedatangn kami disambut oleh Tuan Haji Manaf selaku Pengerusi rumah anak yatim Nurhidayah...
Ape lagi...sama bergotong royong mengindahkan rumah anak yatim ini...
Yang ini...En Hazreel...Tutor kami..sedang mencatat sesuatu... tak tahu la...kehadiran kot...hik3
pada sebelah petang, mengadakan sedikit aktiviti seperti LDK bersama penghuni di sini...
Rumah anak yatim kami tinggalkan dengan seribu satu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://nonieybs.blogspot.com/2010/02/from-taiping-with-love.html