Frame Normalisasi Feminisme



PERINGKAT global

(1) Trend antarabangsa hari ini menyaksikan bagaimana golongan wanita + muda cuba diikonkan. Di Sudan terkenal dengan Alaa Salah yang diikonkan sebagai Nubian Queen. 
Di Lubnan baru-baru ini muncul Malak Alaywe yang menendang bodyguard Menteri negara tersebut. Video pendek tersebut disebar dan dijelmakan dalam bentuk potret kebangkitan. 

(2) Sebelum ini saya ada menulis tentang kebangkitan emansipasi golongan wanita secara global. Menghala ke arah Feminisme. Mungkin masa depan ingin dicorakkan sedemikian. 
a-Bakal pencabar Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden 2020, adalah seorang perempuan muda Tulsi Galbard sudah mula memainkan isu ‘jenayah’ Trump terhadap Asia Barat. b-Antara yang terbaru, ialah Perdana Menteri Finland yang baru (10 Disember), Sanna Marine berusia 34 tahun. Beliau dibesarkan oleh pasangan perempuan (Lesbian). c- Majalah TIME Disember 2019 meletakkan Greta Thurnberg, seorang perempuan muda sebagai‘Person Of The Year’ dengan slogan ‘The Power Of Youth’ [Gambar]. Greta Thurnberg pernah saya tulis dalam artikel sebelum ini, dianggap sebagai aktivis muda yang menentang isu kebakaran global beberapa bulan lepas. Beliau digambarkan sebagai ‘orang yang berani’ menegur kuasa-kuasa besar yang rakus sehingga menyebabkan kebakaran hutan di seluruh dunia.

Attack rumahtangga Islam

(1) Fenomena emansipasi ini tidak harus dipandang sebelah mata. Mungkin ada satu agenda yang sedang terancang untuk mencorak masa depan dunia.
Jika kita meneliti tentang serangan Feminisme di era 1919 dengan kemunculan slogan تحرير المرأة (pembebasan kaum wanita) rata-rata dihalakan kepada negara-negara Umat Islam.

(2) Seolah-olah menggambarkan kepada dunia bahawa Islam itu mengongkong kaum wanita. Penulisan-penulisan ketika itu hakikatnya cuba meng‘attack’ sistem rumahtangga Islam.
Jelas mereka cuba merosakkan generasi Islam masa depan. Apabila kaum wanita terikut dengan agenda-agenda kebangkitan sengal, maka mereka ke arah menuntut hak kejantanan.

(3) Objektif Feminisme ialah menghancurkan rumahtangga Islam selain daripada Liberalisasi. Bertujuan supaya Umat Islam kepupusan pelapis masa depan, disebabkan pengabaian tarbiah.

Antara isu lapuk yang perlu diperhatikan ialah kekejaman Kapitalism selepas Adam Smith yang mempergunakan kaum wanita untuk bekerja atas alasan upahnya lebih rendah. Lalu muncullah Sosialism yang digagaskan oleh Karl Marx kononnya membendung gejala tersebut. Seolah-olah catur permainan ini lebih kurang sama.

Iaitu membakar semangat Feminisme bagi menyegarkan agenda Sosialism. Walaupun pergerakan catur ini tidak popular, namun perlu diletakkan percent untuk berwaspada.

Mencorak masa depan

(1) Seperti mana yang saya nyatakan di awal tadi bahawa golongan wanita di‘attack’ bagi merosakkan sistem rumahtangga Islam. Suara-suara emansipasi didendangkan.
Apabila rumahtangga Islam dirosakkan, maka Generasi Z dan Generasi Alpha akan jauh daripada cara hidup Islam. Dengan bahasa mudahnya ia bertujuan mencorakkan kekalahan Islam di masa depan.

(2) Mungkin Islamophobia yang dipotretkan sudah hampir tiba tarikh luputnya. Maka Barat perlu mencipta alternatif baru demi mengekang kebangkitan anak muda Islam.

(3) Bagaimana pula di Malaysia? Saya merasakan di tengah-tengah pertembungan team Tun vs teamAnwar, boleh jadi akan muncul generasi baru ‘perempuan + muda’ yang akan diikonkan.

Pertembungan dua blok itu bakal tamat setelah ia dilihat muak oleh generasi baru. Di saat generasi baru mencari-cari alternatif selain daripada politik sarkas, gerakan Islam perlu bangkit dengan nada baru.

a- Membawa agenda-agenda yang segar, matang dan profesional bagi menghadapi kerencaman masa depan. Berhujah dengan fakta bukan sentimen. b- Media-media kita perlu ‘firm’ dalam mempersembahkan fakta dan hujjah. Bukan sekadar agakan, andaian kosong atau semata-mata menimbulkan persepsi. Media-media cap ayam dan troll akan berkubur dan tak tahan lama. Di Barat hal ini sudah semakin terserlah. Mungkin tak lama lagi akan merebak ke Malaysia.

Persaingan gender

(1) Golongan wanita + muda akan diberi tempat untuk berdialog dan memasarkan idealogi secara terbuka. Golongan lelaki, apatah lagi orang tua, akan dilihat biasa (tidak rare).

(2) Idealogi Feminisme mengajak kepada pergaduhan antara gender. Persaingan dengan cara tak semulajadi. Seolah-olah wanita mampu melakukan apa yang dilakukan oleh orang lelaki.
Termasuk dalam memimpin negara. Template pada hari ini yang menampakkan golongan wanita ‘tiada masalah’ pun dalam menguruskan negara.

(3) Seolah-olah sedang dinormalisasikan. Golongan wanita juga dikatakan mampu bangkit dan menuntut hak mereka. Sedangkan bila masa pula hak mereka tercabul?

(4) Al-Quran menyanggah idealogi Feminisme;

وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِیَاۤءُ بَعۡضࣲۚ یَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَیَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَیُقِیمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَیُؤۡتُونَ ٱلزَّكَ

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”


Islam mengajar supaya orang lelaki dan wanita saling bantu membantu dalam membina institusi kemasyarakatan. Persaingan gender hanya membuang masa.

Feminism dan Liberalism

(1) Bukan semua perbezaan itu perlu diwujudkan persaingan. Sebaliknya perbezaan itu dimanfaatkan dengan baik. Ada kelebihan yang Allah bagi kepada lelaki, ada juga pada perempuan.
Walaupun saya ada ketengahkan catur yang tidak popular iaitu Feminism bertujuan menyegarkan Sosialism, namun yang popularnya ialah Feminisme seiringan dengan Liberalism.

(2) Liberalism adalah idealogi yang berasaskan kepada kebebasan. Maka idealogi ini akan bergerak selari dengan Existentialism, Feminisme dan lain-lain.
Human Rights juga merupakan salah satu agenda mereka di peringkat global. Justeru, pergerakan Feminisme di seluruh dunia sangat selari dengan Liberalism.

(3) Perkembangan Geng Feminis dilihat senada dengan Geng Liberal dalam mengkaji semula nas-nas al-Quran, Hadis dan hukum-hakam  yang berkaitan kewanitaan.

(4) Apa yang sedang terjadi di peringkat global pada hari ini seolah-olah Feminisme itu sedang diframekan menjadi normal. Atau lebih dikenali sebagai agenda normalisasi.


Normalisasi ini apabila dilihat pada kemunculan golongan-golongan wanita memimpin negara, di‘up’kan sebagai ikon revolusi serta kebangkitan peringkat global.
– HARAKAHDAILY 13/12/2019 

SUMBERMUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/12/frame-normalisasi-feminisme.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Quote Dan Frame

Quote Dan Frame

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 244 hits
Quote Dan Frame Assalamualaikum hai Selamat malam semua Harini Fiza lambat sedikit bersiaran Namun entri ini bukanlah nak bercerita tentang kenapa Fiza lambat updated blog Tapi nak berkongsi tentang dekorasi Sementara kerja mengecat rumah t...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization