Kerbau baka albino dengan berat 900 kg.Terdapat pameran pelbagai jenis ternakan oleh para penternak. Selain kerbau dalam foto di atas, ada juga lembu sado dengan berat 1,009 kg. Selain itu terdapat pameran dan jualan produk landak raya dan acara berfoto bersama ular.
Siapa kata Perlis cuma ada 8 orang? 😆
Suasana meriah dengan para pengunjung memenuhi setiap ruangan. Tak pastilah waktu siang pun meriah begini atau tidak. Yang pasti, memang lebih nyaman dapat ke sini pada waktu malam. Tidaklah terasa bahang matahari kan’
Pisang Raja Udang a.k.a. Pisang MerahSeingatnya ini pertama kali saya tengok pisang berwarna merah. Selalu tengok foto di medsos je. Teringin nak membeli pisang yang nampak cantik ni, tapi rupanya ini semua pisang untuk pameran
Burhan = burung hantuAwalnya hairan jugak, ada apa dengan nama ‘Burhan’. Lepas tu barulah faham. Tak pasal pulak lepas ni saya akan terbayang burung hantu bila jumpa orang nama Burhan 😄
Suasana tapak acara bertambah indah dengan bulan purnama menghiasi langit malam
Sebelum beredar, sempat kami masuk dalam sebuah bas yang memuatkan bahan pameran oleh UPM. Anak saudara tanya, kenapa kita nak masuk? Saya jawab - sebab UPM tu universiti mak long, pak long, ibu dan ayah 😂
Foto bulan purnama yang sempat saya rakam pada pukul 11.24 malam dari luar rumah adik|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |