Food Pantry Ayam Brand Csr Campaign 2020 Di Johor


Johor Bahru, 18 Jun 2020 – Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti
   Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Johor!  Di Johor Bahru, Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam
 Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini
 Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni
 Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand  Nurul Alyea Binti Abd Khair Zaki, Sis Lin dan Farah turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut. “Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas kami bertiga. Kami ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan sardin, santan dan mackerel menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Roti Jala, Nasi Lemak Ayam Rendang, Sardin Sandwic dan Ayam Merah yang kami siapkan” jelas Sis Lin.  Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas kami bertiga - Sis Lin “Kami berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau
 Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.  pantri komuniti AyamBersamaMu bersama kanak-kanak di Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor  “Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Nurul Alyea, Sis Lin dan Farah menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru, Puan Fauziah Shaik Omar
 
 Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.  “Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau
  Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia
 “Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre
 Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu
 Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:

KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala LumpurPAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, KuantanTERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 KemamanKELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota BharuPERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 IpohPENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 PenangKEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 JasminaPERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 KangarNEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor BahruSELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 SelangorSARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu --------------------------------------------------- Apa itu Ayam Brand?Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.   Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miminadam.com/2020/06/food-pantry-ayam-brand-csr-campaign.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Brand Goodie Bag Pantri Komuniti Kempen Komuniti Penyayang 2020

Ayam Brand Goodie Bag Pantri Komuniti Kempen Komuniti Penyayang 2020

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 327 hits
Assalamualaikum Rezeki apabila pihak ayam brand telah menghantar goodies bag berupa produk ayam brand kepada Fiza Ini adalah sebagai tanda terima kasih kerana menyokong Ayam Brand Projek Pantri Makanan AyamWithYou di Anjung Singgah dan Pert...
Did You Know Ayam Brand Was Actually Founded By A French Businessman

Did You Know Ayam Brand Was Actually Founded By A French Businessman

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 345 hits
Before Alfred Clouet came along canned food was a luxury item that only the rich could afford small Cover image via Ayam Brand Facebook span span small One of the oldest and most well known food brands among Malaysians Ayam Brand has become...
Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand Di Kedah

Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand Di Kedah

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 356 hits
Assalamualaikum w b tKedah 18 Jun 2020 Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib ba...
Aidilfitri 2020 Akan Menjadi Kenangan Sepanjang Usia

Aidilfitri 2020 Akan Menjadi Kenangan Sepanjang Usia

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 383 hits
Raya dah lama berlalu kenangannya tetap ada dan terpahat dalam ingatan Mana mungkin dapat dilupakan Aidilfitri 2020 banyak nostalgia bagi kita semua Covid 19 dan PKP banyak mengubah cara hidup kita Pergerakan terbatas tiada bazar Ramadan ti...
The Elements Of Interior Design In 2020

The Elements Of Interior Design In 2020

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 374 hits
The new decade has been ushered in by a lot of disruption the Coronavirus pandemic has wreaked havoc on many sectors of the economy bringing many businesses to their knees Life as we know it The post appeared first on
Analisis Dan Ramalan Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 19 Jun 2020

Analisis Dan Ramalan Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 19 Jun 2020

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 343 hits
Selamat sejahtera rakan dagangan yang dikasihi Walaupun hasil mesyuarat Bank of England semalam bertepatan dengan ramalan pakar mata wang Britain merosot dengan ketara berbanding dolar AS Izinkan saya mengingatkan anda bahawa Bank of Englan...
Kenyataan Media Bersama Dap Dan Amanah Bertarikh 19 Jun 2020

Kenyataan Media Bersama Dap Dan Amanah Bertarikh 19 Jun 2020

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 300 hits
1 Kami mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat atas kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka pada hari ini Ia menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Keadilan berhubung keadaan politik semasa khususnya mengenai persoalan sa...
Cek Fakta Hoaks Sekolah Di Kalimantan Timur Dibuka 13 Juli 2020

Cek Fakta Hoaks Sekolah Di Kalimantan Timur Dibuka 13 Juli 2020

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 286 hits
Informasi sekolah di Kalimantan Timur akan dibuka pada 13 Juli 2020 adalah hoaks Pemerintah Kalimantan Timur belum menginstruksikan sekolah dibuka pada 13 Juli 2020
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya