Flashback November 2019
Bulan November ni special sikit bagi saya kerana bulan ni lah bulan ulang tahun kelahiran saya. Tapi tahun ni tak semeriah tahun-tahun lepas masa masih stay kat Kuala Lumpur. Tapi itu tak menjadi masalah pun sebab adanya keluarga dan kawan-kawan dah cukup bahagia
1 NOVEMBER 2019 | Festival Night Of Fright 7
Kali ni berbeza dari tahun-tahun lepas, biasanya kami ke NOF ni masa malam media preview. Tapi tahun ni kami pergi malam kedua sebelum penutup. Apa yang bestnya ramai kawan-kawan ikut serta. Yang paling best bila semuanya sporting habis. Tapi saya ke NOF kali ni pakai seluar track dengan baju tshirt je, gara-gara salah basuh baju dalam mesin. hahaha.
2 NOVEMBER 2019 | Percutian 2 Hari 1 Malam Di Genting Highland
Kali ni saya dan beberapa orang rakan blogger bermalam di First World Hotel. Kami juga diberi peluang untuk experience sendiri rumah seram yang berkonsepkan Train to Busan dan permainan virtual di The Void.
Rumah Seram Train To Busan
Permainan Virtual Di The Void
Karnival Starlight Genting Highland
17 NOVEMBER 2019 | Selamat Ulang Tahun Kelahiran Untuk Diri Sendiri
Nila tarikh ulang tahun kelahiran saya. Terima kasih kepada semua yang ingat, wish dan doa. Semoga hidup korang diredhai ALLAH. Aamiin.
28 NOVEMBER 2019 | Makan Malam Di Tony Romas
Pertama kali selepas berhenti bekerja sebagai Pereka Grafik di Tony Romas, saya dijemput sebagai seorang blogger untuk majlis preview sajian untuk kempen Christmas dan New Year. Terasa agak kekok sedikit seolah masih bekerja disitu. hahaha
30 NOVEMBER 2019 | Pembukaan Cawangan Baru MFR di KL
Berkesempatan ke majlis perasmian cawangan baru Mango Float Royale Melaka yang dibuka di Wangsa Maju Kuala Lumpur. Jadi bagi peminat Mango Float Royale Melaka ni, korang dah tak perlu bersusah payah ke Melaka semata-mata untuk minumnya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2019/12/flashback-november-2019.html