Flashback September 2019
Bulan September 2019, banyak juga perkara yang terjadi dalam bulan ni. Secara ringkasnya bulan September ni memang agak sibuk dengan banyak perkara
3 SEPTEMBER 2019 | Suntikan vaksin antarabangsa
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa saya ambil suntikan vaksin antarabangsa ni. Mungkin saya akan rahsiakan buat masa ni dan korang akan tahu pada article Flashback Oktober 2019 nanti. Insyaallah.
Sedikit informasi berkenaan vaksin antarabangsa ni, saya ambil suntukan ni di salah sebuah klinik di Jerteh dengan kos RM130 untuk satu suntikan.
15 SEPTEMBER 2019 | Sophia Shopping Hunt
Pertama kali saya dan rakan-rakan menyertai hunt yang berkonsepkan shopping ni. Acara ini dianjurkan oleh Tourism Malaysia kita sendiri yang telah berlansung di sekitar Shopping Mall di Kuala Lumpur. Walaupun tak menang besar untuk acara kali ni, Insyaallah kami akan lebih bersedia untuk acara shopping hunt yang akan datang.
19 SEPTEMBER 2019 | Pameran dan Demonstrasi Kek Trending
Acara yang mempamirkan banyak kek-kek trending pada masa kini dengan beberapa pertunjukan demonstari kek trending tersebut oleh chef-chef yang bertauliah. Tak sangka Malaysia pun ada ramai orang-orang yang mempunyai bakat bertaraf antarabangsa ni
21 SEPTEMBER 2019 | Genting Highland
Lawatan masa pendek ke Genting Highland ni untuk kami explore restoran makanan HALAL yang baru dibuka di sana. Alhamdulillah, dengan adanya restoran HALAL ni lebih mudah la untuk pengunjung muslim untuk bercuti di sana nanti
22 SEPTEMBER 2019 | Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Memenuhi jemputan ke Hari Terbuka dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya. Banyak pakej-pakej menarik dan promosi yang sangat hebat ditawarkan kepada tetamu yang hadir untuk menguruskan majlis perkahwinan mereka.
23 SEPTEMBER 2019 | Bengkel Snek Bersama Mondelez
Sekali sekala kita menghadiri bengkel ilmu. Kali ni saya dan rakan-rakan berpeluang untuk menimba ilmu mengenai snek. Kami diajar bagaimana untuk makan snek dengan cara yang betul oleh pihak Mondelez
24 SEPTEMBER 2019 | Cyber Eco Hunt 2019
Dalam masa tak sampai sebulan, ini merupakan hunt ke dua yang saya sertai. Tapi ianya tidaklah terlalu penat seperti hunt-hunt yang saya sertai sebelum ni kerana ianya lebih kepada hunt berkaitan menyebarkan kepada umum tentang kepentingan dalam menguruskan sampah sarap yang dianjurkan oleh pihak Alam Flora dan DHES
26 SEPTEMBER 2019 | Kubis & Kale
Harini saya ke majlis pembukaan cafe baru yang menyediakan pelbagai makanan sihat yang berkonsepkan pokebowl di Bandar Sunway. Tak sangka betul, semua makanan sihat yang mereka sediakan sedap dan harga yang sangat berpatutan.
30 SEPTEMBER 2019 | Ambil Kereta Axia di Perodua Jerteh
Setelah lama menanti, akhirnya saya dapat memiliki kereta sendiri. Untuk kereta pertama ni saya telah memilih Perodua Axia Adv. Memandangkan saya masih baru dapat lesen kereta, jadi kereta ni banyak masa rehatlah kat rumah. hehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2019/12/flashback-september-2019.html