Pageviews Blog Bulan November 2019 Di Google Analytics Sii Nurul
AssalamualaikumBismillah
Baru aku perasan yang aku hampir seminggu dah tak update blog. Nak kata takda idea tu, hmmm.. banyak je cerita di draf. Tapi mood nak menulis tu belum sampai.
Jadi kerja aku di rumah memang mengemas saja lah. Buang habuk dan debu dalam bilik, simpan buku-buku dalam kotak. Buang nota mana yang tak pakai.
Aku rindu nak membebel dalan blog. Jadi, hari ini aku buat keputusan nak menulis juga sebab aku risau kalau tak tulis sekarang, aku jadi malas. Pageviews Blog Bulan November 2019 di Google Analytics
Unique Visitors : 31,913Pageviews (Google Analytics) : 97,227Bounce Rate : 4.67%
Prestasi blog aku bulan November macam mana nak kata ya. Dari segi pageviews itu ada sedikit penurunan berbanding bulan Oktober. Cuma bahagian Bounce Rate tu macam terlalu rendah lah pula kan. Nak kata blog ada masalah okay ja.
Kalau aku tukar template mungkin disebabkan perubahan coding. Tetapi blog aku ini dah tak tukar-tukar template dah.
Nak kata audience dari Israel, Russia tu macam takda lah pula. Setiap hari views blog macam tu je tak juga tinggi tak juga terlalu rendah. Tengok lah bulan Disember ini macam mana.
Pada bulan ini aku menulis sebanyak 19 entri sahaja. At least berjaya melepasi target 15 entri. Dan entri yang paling banyak sambutan ialah Panggilan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 Kali Ke-2 dan Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19
Okay habis cerita pasal itu.
Tak lama lagi dah masuk tahun 2020. Bulan ini adalah bulan terakhir tahun 2019. Azam baru untuk blog dah ada tapi nanti aku tulis di lain entri.
Selain azam apa lagi yang biasa korang buat untuk sambut tahun baru?
Kami sekeluarga tak pernah sambut tahun baru. Sebelum jam 12 memang tidur. Tetapi nampaknya tahun ini mungkin ada sedikit perubahan. Kami merancang nak BBQ dengan jiran sebelah rumah. Tak tahulah jadi atau tidak
Sambutan Tahun Baru kami tiada yang special. Nak keluar jalan-jalan pun sesak dengan ramai budak lagi memang tak seronok lah. Parking pun susah. Nak hangout dengan kawan-kawan pun rasa segan sebab kawan yang lain pun mestilah nak luangkan masa dengan keluarga kan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ciknurul23.blogspot.com/2019/12/pageviews-blog-bulan-november-2019-di.html