First Try Minum Bubble Bee Shuib Siti Sarah
Salam to all readers,
Guys jangan lupa amalkan penjarakan sosial, kerap cuci tangan dan pakai pelitup muka tau. Baru ini kita bukan dikejutkan dengan kes Covic-19 meningkat je. Dalam sejarah KL banjir. Alhamdulillah tempat aku tak banjirlah setakat ini. Dah serupa buletin rencana tv3 pula entry aku. Aku tak tahu pun KL banjir sampai mak aku whatsapp kata KL banjir. Aku duduk dalam office, hujan ribut petir dekat luar tak dengar bunyi langsung. Sampailah mak aku whatsapp tanya KL banjir ke. Paling teruk area Masjid Jamek, area KLCC jalan jem, tak bergerak langsung kereta. Hopefully semua baik-baik sahaja.
Last week, weekend aku sempat hunting makan-makan dengan Oyah dekat area Damansara. Sejak Covic-19, aku jarang masuk mall, aku lebih selesa pergi masuk 1 kedai je terus. Takyah pikir banyak, makan dalam mall pun dah tak tahu nak makan apa. Google punya google konon nak makan goreng-goreng dekat The Boss area Damansara, ramai kata sedap sangat. Lepas Asar teruslah gerak ke sana naik Grab, alih-alih restoran close. Walhal dalam google tulis open. Mujur ada sebelah dia tu buka juga, The Soru menyajikan makanan western. Famous jugalah kedai ini, tapi bagi aku biasa-biasa jerlah western nya.
Nampak sungguh menyelerakan bukan? Tapi tulah semua makanan dia sejuk. Habis pun sebab dah lapar makan jugalah kan. Bencilah macam ini, pergi tempat viral konon sedap, bila kita pergi haukk je rasanya. Okaylah, tapi rasa tak berapa auwmm....Make sure, sediakan sinki, mudah customer boleh basuh tangan dekat luar. Masuk-masuk terus beratur, order makan, bayar, ambil no meja, tunggu makanan sampai.
Selesai menjamu selera dekat sini, kami berjalan kaki nak ke LRT, dalam pada merayau-rayau jalan kaki aku terpandang ada board bubble bee. Tunjuk dekat Oyah, sebab dia dah lama teringin nak minum. Laju je kaki masuk mall situ kejap semata nak beli bubble bee. Apatah nama mall ini, macam hidup mati segan tak mahu, kedai tak banyak buka. Sunyi je.
Masuk-masuk ingatkan tak ramai, sekali kena beratur panjang juga nak beli. Bubble Bee ini kan tengah viral lagi, tu semua orang serbu. Cuba pergi Daboba, Tiger sugar ke lengang takyah berautr dah macam sebelum-sebelum ini. Ini semua ikut trend je semata-mata. Habis trend terus sendu.
Ikutkan dia banyak flavour juga Bubble Bee ini. Tapi kami pilih yang main menu dialah, yang orang duk gembar-gemburkan sedap sangat. Oyah ambil perisa Glden Series Ice Cream (RM13.90), aku pula ambil perisa Honey Ice Cream (RM7.90). Ikutkan lebih kurang je flavour kami berdua bezanya Oyah ada seketul bee dalam air dia. Lepas order kena tunggu sebentar sementara dia prepare air kami berdua
Aku suka tengok budak-budak kerja cafe buat air macam ini. Dorang dapat skill macam mana nak buat air, bancuhan air yang betul, corak design air. Nice gila nampak. Tak sampai 15 minutes air pun siap, tak menyempat terus buka time juga nak minum. Sekali makan, manis ya ampun
Dia ada conflakes, ice cream vanilla dan madu. Sedap je rasanya tapi cepat muak kalau makan aiskrim dengan madu je. So, nak sedap makan icrecream dengan conflakes tu sekali baru cukup padu. For me, ini first and last try la memandangkan manis sangat. Aku lebih prefer Tealive dari air Bubble Bee ini. Bolehlah, kalau nak merasa tak adalah kempunan tengok orang makan je. At least kau dah try
Selesai sudah jalan-jalan cari makan di hujung minggu. nanti. Ada masa lagi, nanti aku sembang cerita lain pula. Good night and sweet dream!
Thank you for reading!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2020/09/first-try-minum-bubble-bee-shuib-siti.html