Finalis Imam Muda Ceraikan Isteri Selepas Nikah Wanita Lain


IMAM Muda Syed Mohd Faris Syed Roslan, 34, menceraikan isteri pertamanya, Nur Hidayu Rosly, 33, selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.
Syed Faris yang juga finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014 itu menceraikan Nur Hidayu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.
Nur Hidayu ketika ditemui turut mendakwa dikasari isteri baru suaminya itu selepas suaminya bercadang untuk menceraikan salah seorang daripada mereka.
Menceritakan kejadian itu, Nur Hidayu berkata, ketika itu dia baru habis menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak kelima mereka.
“Kejadian berlaku di tempat kerja saya kira-kira jam 12 tengah malam. Wanita itu berang apabila suami memaklumkan dia mungkin akan menceraikan salah seorang daripada kami.
“Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik. Namun, apabila suami bercakap mahu menceraikan salah seorang daripada kami, dia mula mengasari saya selain mendakwa suami saya tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah,” katanya.
Nur Hidayu berkata, wanita itu menendang, memijak kaki serta memulas tangannya.
“Saya tak tahu apa motif dia. Paling menyedihkan, suami langsung tak mempertahankan saya,” katanya.
Menurut Nur Hidayu, dia memang mengenali wanita itu ketika sama-sama menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai suaminya.
“Kami berada di sana selama seminggu. Ketika itulah saya berkenalan dengan wanita itu. Dalam penerbangan balik, saya pelik kerana dia menaiki penerbangan sama dengan suami, tetapi saya tidak. Dari situ, saya mula rasa ada yang tak kena,” katanya.
Nur Hidayu berkata, suaminya hanya memaklumkan dia sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka.
Sebelum itu dia juga mengesan perubahan mendadak suaminya apabila kerap pulang lewat termasuk tidak pulang ke rumah langsung.
Suaminya juga tidak lagi memberi wang nafkah dan jika diberikan hanya mengikut sesuka hatinya.
Nur Hidayu berkata, sebelum ini suaminya pernah bercerita hasratnya untuk berkahwin lagi tetapi dia meminta supaya berfikir mengenai anak-anak.
Bagaimanapun, dia tetap mahu meneruskan hasratnya itu termasuk mendakwa wanita itu boleh melayannya lebih hebat daripada Nur Hidayu.
“Malah, sebelum dengan wanita ini dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin. Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami.
Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada Syed Faris tidak berjaya apabila dia mengelak untuk menjawab pertanyaan diberikan.
“Maaf, saya ada kerja yang perlu diselesaikan dahulu,” katanya ketika dihubungi.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima anak iaitu Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.
Malah, sepanjang perkahwinan itu juga, Nur Hidayu pernah empat kali mengalami keguguran. HM
The post Finalis Imam Muda ceraikan isteri selepas nikah wanita lain appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/29/finalis-imam-muda-ceraikan-isteri-selepas-nikah-wanita-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dakwa Isteri Kedua Beri Layanan Lebih Hebat Imam Muda Faris Cerai Isteri Pertama Selepas 13 Tahun Berkahwin

Hiburan Dakwa Isteri Kedua Beri Layanan Lebih Hebat Imam Muda Faris Cerai Isteri Pertama Selepas 13 Tahun Berkahwin

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 554 hits
Semakin hari semakin banyak pula kes penceraian yang melibatkan pendakwah tempatan Terbaru seorang peserta program Imam Muda pada tahun 2014 iaitu Syed Mohd Faris Syed Roslan bertindak menceraikan isteri pertamanya selepas melangsungkan per...
Hiburan Bekas Isteri Dedah Imam Muda Faris Suruh Tandatangan Perjanjian Sorok Hal Rumah Tangga Ugut Mahu Ambil Anak

Hiburan Bekas Isteri Dedah Imam Muda Faris Suruh Tandatangan Perjanjian Sorok Hal Rumah Tangga Ugut Mahu Ambil Anak

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 894 hits
Baru baru ini kecoh apabila Imam Muda Syed Faris dikhabarkan telah menceraikan isterinya iaitu Nur Hidayu selepas menikah dengan isteri kedua Yang menjadi perbualan hangat netizen ialah apabila lelaki itu bukan sahaja meninggalkan Nur Hiday...
Makin Ramai Wanita Alami Kerosakan Rahim Di Usia Muda Ini Tanda Ketumbuhan Dalam Rahim Wanita Kena Peka

Makin Ramai Wanita Alami Kerosakan Rahim Di Usia Muda Ini Tanda Ketumbuhan Dalam Rahim Wanita Kena Peka

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 361 hits
Penyakit yang berkaitan dengan rahim wanita semakin sering didengan pada hari ini Malah penyakit kanser serviks atau pangkal rahim merupakan kanser ketiga tetinggi dikalangan wanita Malaysia selepas kanser payudara dan kolorektal Biasanya p...
Pemilik Anjing Berhadapan Dengan Dua Tuduhan Selepas Anjingnya Menyerang Seorang Wanita Sehingga Dimasukkan Ke Hospital

Pemilik Anjing Berhadapan Dengan Dua Tuduhan Selepas Anjingnya Menyerang Seorang Wanita Sehingga Dimasukkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 314 hits
MELAKA Ekoran kejadian seorang wanita diserang anjing di sebuah kawasan perumahan di Melaka telah memaksa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan Anjing tersebut dilaporkan telah diambil untuk diasingkan selama dua minggu dengan tujuan untu...
Untung Dan Rugi Nikah Muda

Untung Dan Rugi Nikah Muda

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 245 hits
Ini Untung Dan Rugi Nikah MudaBelakangan nikah muda banyak diminati para remaja Entah sejak kapan fenomena nikah muda mulai ada dan berlanjut hingga hari ini Ditambah dengan gembar gembor di media This is a content summary only Visit my web...
Turut Serang Wanita Pada Usia Muda Doktor Ini Kongsikan Tanda Tanda Ketumbuhan Dalam Rahim

Turut Serang Wanita Pada Usia Muda Doktor Ini Kongsikan Tanda Tanda Ketumbuhan Dalam Rahim

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 570 hits
Ketumbuhan dalam rahim sememangnya menjadi salah satu dari penyakit yang perlu diberi perhatian kerana ia menjadi pembunuh senyap bagi golongan wanita Tidak dapat dinafikan bahawa penyakit tersebut seringkali dialami oleh golongan wanita ya...
Wanita Ini Kongsi Rahsia Perut Buncit Macam Mengandung 6 Bulan Susut Selepas Minum Air

Wanita Ini Kongsi Rahsia Perut Buncit Macam Mengandung 6 Bulan Susut Selepas Minum Air

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 285 hits
Seorang wanita di laman facebook yang dikenali dengan nama Hamizah Zakaria ada berkongsi rahsia perut buncit umpama 6 bulan mengandung susut selepas minum minuman yang dibuat semudah abc ini
Wanita Muda Yang Mengoncang Dunia

Wanita Muda Yang Mengoncang Dunia

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 621 hits
Sosok wanita selalunya difikirkan oleh ramai lelaki lelaki konservatif sebagai layaknya duduk dan tinggal di rumah Dan ramai juga lelaki mempercayai wanita hanya sesuai memanaskan telapak kaki mereka di ruang dapur di rumah masing masing di...
Memilukan Wanita Beranak 5 Dicerai Karena Suami Mau Nikah Lagi Apa Salah Dan Kurangku Mas

Memilukan Wanita Beranak 5 Dicerai Karena Suami Mau Nikah Lagi Apa Salah Dan Kurangku Mas

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 283 hits
Wanita pasrah ini dan menangis pilu dicerai suami yang hasrat menikah lagi padahal sudah beranak 5 Apa salah dan kurangku mas tanyanya pada suami yang tega menceraikannya Tiga belas tahun pernikahan tak membuat suami Nur Hidayu Rosly mengur...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan