Hiburan Bekas Isteri Dedah Imam Muda Faris Suruh Tandatangan Perjanjian Sorok Hal Rumah Tangga Ugut Mahu Ambil Anak


Baru-baru ini kecoh apabila Imam Muda Syed Faris dikhabarkan telah menceraikan isterinya iaitu Nur Hidayu selepas menikah dengan isteri kedua.
Yang menjadi perbualan hangat netizen ialah apabila lelaki itu bukan sahaja meninggalkan Nur Hidayu bersama lima anak mereka, bahkan dia didakwa turut mengasari bekas isterinya itu.

Syed Faris turut didedahkan telah mengugut Nur Hidayu dengan mengatakan bahawa dia akan mengambil kelima-lima cahaya mata mereka sekiranya wanita itu mahu berkahwin lain.
Tak cukup dengan itu, pendakwah tersebut ada memberitahu teman rapatnya bahawa tiada siapa yang akan sanggup memperisterikan janda anak lima seperti bekas isterinya. Dakwa Nur Hidayu lagi, Syed Faris menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui segala gerak gerinya.
Jelas guru tadika itu, bekas finalis Imam Muda itu mula menunjukkan perubahan sikap selepas menyertai program tersebut pada 2014.
Tidak mahu menceritakan hal kepincangan rumah tangga kepada orang, Nur Hidayu mendedahkan bahawa dia turut merahsiakan hal tersebut daripada ibunya sendiri.
Kongsi wanita itu lagi, Syed Faris pernah disyaki menjalinkan hubungan dengan enam wanita selepas program Imam Muda tamat bersiaran.
“Syed Faris tak menunjukkan sikap agresif ketika menjalinkan hubungan dengan lima wanita terdahulu. Namun, bersama wanita keenam yang kini isteri baharu, sikapnya mula berubah. Ada kala tak pulang ke rumah selama tiga hari dan pernah mengasari saya.”
Bukan itu sahaja, pendakwah tersebut turut memandang remeh terhadap hal pemberian nafkah sehingga Nur Hidayu dan lima anaknya hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selepas melalui saat yang menyedihkan itu, Nur Hidayu tidak betah dan terus melepaskan segala rahsia yang sudah lama dipendam kepada ibunya.
“Ibu mana yang suka melihat anak kena sepak terajang, jadi dia tidak mahu saya menunggu lagi. Ia menimbulkan konflik antara saya dan ibu.”
Selepas berfikir secara waras, Nur Hidayu lebih sanggup kehilangan suami daripada ibunya sendiri.
Lebih mengejutkan kerana bagi menutup kisah pergolakan rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum, Syed Faris dikhabarkan sanggup meminta Nur Hidayu menandatangani perjanjian hitam putih untuk memastikan dia tidak mendedahkan kedangkalannya.
“Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, Syed Faris malu jika kisahnya tersebar.”
Meskipun pada awalnya nekad mahu menutup hal dalam kain suami, namun Nur Hidayu nekad mendedahkan segalanya selepas Syed Faris sanggup mencampak pakaian dan menolaknya dari pintu rumah sewaktu tempoh PKP.
“Dia cakap ‘perempuan’ itu boleh melayannya seperti macam raja. Hanya Allah sahaja tahu betapa sedihnya saya.”
Mendengarkan bekas suami mengeluarkan kata-kata sedemikian, tiada apa lagi yang boleh dipertahankan oleh Nur Hidayu.
“Saya setia dengannya selama ini. Jika ikutkan, kami memiliki sembilan cahaya mata, bagaimanapun empat kali mengalami keguguran. Jadi, saya terlalu kecewa.”
Mengenai hal nafkah pula, Syed Faris ada menyediakannya namun jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menanggung lima anak yang masih kecil. Dengan menyediakan RM500 sebulan, bermakna setiap anak hanya ditanggung sebanyak RM100 oleh pendakwah itu.
“Mungkin bekas suami ingat jumlah RM500 banyak hingga minta saya menyenaraikan keperluan dibeli dengan wang yang diberikan.”

Tambah wanita itu lagi, Syed Faris merupakan seorang ustaz yang sering menekankan hal keadilan suami sekiranya berpoligami dalam ceramahnya. Namun sepertinya lelaki itu tidak mengamalkan apa yang diajarnya.
“Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak, Syed Faris mengugut mahu mengambil dua anak yang masih kecil.”
Akhir kata, Nur Hidayu menjelaskan bahawa dia bukan mahu membuka aib rumah tangga namun ia merupakan salah satu perjuangan bagi ibu tunggal yang teraniaya sepertinya.
Sumber: Berita Harian

sumber: beautifulnara.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://superterkini.blogspot.com/2020/08/hiburan-bekas-isteri-dedah-imam-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bekas Isteri Dedah Amar Asyraf Tak Datang Jenguk Anak

Hiburan Bekas Isteri Dedah Amar Asyraf Tak Datang Jenguk Anak

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 1156 hits
Biarpun sebelum ini isteri kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry mendedahkan dirinya sudah diceraikan talak tiga oleh suaminya secara bersemuka pada 4 November tahun lalu namun pengesahan lafaz cerai masih berlangsung di Mahkamah Syar...
Hiburan Dakwa Isteri Kedua Beri Layanan Lebih Hebat Imam Muda Faris Cerai Isteri Pertama Selepas 13 Tahun Berkahwin

Hiburan Dakwa Isteri Kedua Beri Layanan Lebih Hebat Imam Muda Faris Cerai Isteri Pertama Selepas 13 Tahun Berkahwin

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 592 hits
Semakin hari semakin banyak pula kes penceraian yang melibatkan pendakwah tempatan Terbaru seorang peserta program Imam Muda pada tahun 2014 iaitu Syed Mohd Faris Syed Roslan bertindak menceraikan isteri pertamanya selepas melangsungkan per...
Imam Muda Syed Faris Mahu Ambil Anak

Imam Muda Syed Faris Mahu Ambil Anak

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 466 hits
Kisah Imam Muda Syed Faris 34 menceraikan isterinya Nur Hidayu Rosly 33 selepas berkahwin dua menjadi bualan hangat Bukan sekadar meninggalkan isteri bersama lima cahaya mata malah bekas finalis program realiti dakwah Imam Muda musim kedua ...
Belum Puas Baru 5 Bulan Kahwin Tasha Shilla Dedah Hal Rumah Tangga

Belum Puas Baru 5 Bulan Kahwin Tasha Shilla Dedah Hal Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 522 hits
MENGAKUI kerap diajukan soalan mengenai zuriat pelakon Tasha Shilla yang mendirikan rumah tangga pada Februari lalu berkata dia tidak menganggap ia sebagai satu tekanan Menurut Tasha atau Natasha Sheila Abdul Razak soal anak serta jodoh itu...
Hiburan Rumah Tangga Yang Dibina 12 Tahun Musnah Kuza Dedah Sudah Bercerai Dengan Ahli Perniagaan Sejak Tahun Lalu

Hiburan Rumah Tangga Yang Dibina 12 Tahun Musnah Kuza Dedah Sudah Bercerai Dengan Ahli Perniagaan Sejak Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 327 hits
Mendedahkan bahawa dirinya kini sudah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal sejak setahun yang lalu pelakon Kuza mengaku telah berpisah dengan suaminya Ramyus Sidique pada tahun lepas Saya sekarang ini sudah menjadi ibu tunggal sejak seta...
Mat Dan Dedah Isteri Hamil Anak Kedua

Mat Dan Dedah Isteri Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 521 hits
Bukan sahaja gembira menyambut Aidiladha malah Mat Dan juga turut berkongsi kebahagiannya yang bakal menerima ahli keluarga baru tak lama lagi Perkongsian itu dimuat naik sendiri oleh lelaki itu di laman Instagram miliknya Menurut entri ter...
Hiburan Jangan Lupa Bagi Nafkah Anak Rita Rudaini Tampil Beri Peringatan Kepada Bekas Suami Lufya

Hiburan Jangan Lupa Bagi Nafkah Anak Rita Rudaini Tampil Beri Peringatan Kepada Bekas Suami Lufya

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 320 hits
Tampil memberi peringatan kepada bekas suami Lufya Omar Dr Che Hafiz untuk menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak perempuannya Laana Haura pelakon jelita Rita Rudaini yakin dengan kecanggihan teknologi yang ada pada masa sekar...
Hiburan Dia Adalah Teman Lelaki Saya Alya Iman Dedah Kini Bercinta Dengan Lelaki Anak Dua

Hiburan Dia Adalah Teman Lelaki Saya Alya Iman Dedah Kini Bercinta Dengan Lelaki Anak Dua

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 756 hits
Mengesahkan foto bersama seorang lelaki yang tersebar di laman sosial itu adalah teman lelakinya Ridhwan Rosli pelakon baharu Alya Iman menyatakan lelaki terbabit sudah mempunyai dua orang cahaya mata hasil dari perkahwinan sebelum ini Baga...
Finalis Imam Muda Ceraikan Isteri Selepas Nikah Wanita Lain

Finalis Imam Muda Ceraikan Isteri Selepas Nikah Wanita Lain

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 425 hits
IMAM Muda Syed Mohd Faris Syed Roslan 34 menceraikan isteri pertamanya Nur Hidayu Rosly 33 selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla Thailand pada 18 Mac lalu Syed Faris yang juga finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya