Water and Fire (Su ve Ates) di YouTube
Novel Fire and Water (Su ve Ates)Kisah perkenalan tanpa sengaja antara Yagmur (Yasemin Allen) bertemu dengan anak dari keluarga gangster bernama Kemal (Ozcan Deniz) dalam penerbangannya ke London.
Yagmur dalam penerbangan ke London
Yagmur duduk bersebelahan Kemal
Alpago (kiri) dan Turhan (kanan) - bodyguards Kemal
Mencengkam tangan Kemal Tiba-tiba kapal terbang mengalami clear-air turbulence. Yagmur panik dan tak sedar tangannya mencengkam tangan Kemal. Apabila Yagmur tersedar, dia melihat tangan Kemal luka. Tanpa berlengah dia mengambil plaster dan menampal luka tangan Kemal.
Plaster luka Hello KittyPlaster Yagmur gambar Hello Kitty (comel) menyebabkan Kemal tersenyum melihat gelagat comel Yagmur. Bayangkan tangan seorang gangster ditampal plaster Hello Kitty..
Kemal di hospitalDalam masa yang sama Isem mengalami keracunan makanan apabila termakan coklat yang dibawa oleh Yagmur. Isem alergi dengan kekacang. Isem dan Yagmur ke hospital untuk mendapatkan ubat.
Yagmur dan IsemKetika di hospital mereka terserempak dengan Kemal. Yagmur dapat mengecam Kemal melalui plaster Hello Kitty di tangan Kemal
Plaster Hello Kitty di tangan KemalMereka bertegur sapa dan disusuli dengan pertemuan pertama, makan malam.
Makan malam, pertemuan pertamaMaka timbullah bibit-bibit percintaan pandang pertama. Percintaan mereka umpama fairy-tale..
Bibit-bibit cinta
Kemal tanpa suit
Loving couple ditemani Alpago Namun, percintaan mereka tidak disenangi oleh Lady Fadile (Sefika Tolun). Lady Fadile merupakan ibu tiri Kemal. Lady Fadile mengupah Hamza (Kaan Cakir) (adik ipar Kemal) untuk memerhati gerak-geri Kemal di London. Hamza mendapat segala info tentang Kemal melalui Turhan
Hamza menghubungi Lady FadileLady Fadile tidak peduli apa yang diberitahu Hamza. Dia mengarahkan Hamza supaya meneruskan plan asal mereka tanpa sebarang alasan
Lady Fadile bercakap dengan HamzaSebelum bertolak ke Istanbul, Kemal berjumpa Yagmur. Kemal berpesan kepada Yagmur supaya jaga diri dan tunggu dia pulang semula ke London. Yagmur merahsiakan dirinya mengandung dan menganggap berita itu sebagai surprise apabila Kemal pulang semula ke London nanti
Doktor paksaYagmur memberitahu Hamza bahawa dirinya sedang mengandung anak Kemal / Hasmet. Atas arahan Lady Fadile, Hamza mengupah doktor untuk menggugurkan kandungan Yagmur. Turhan dipertanggungjawab untuk memastikan plan Hamza berjalan seperti yang dirancang
Yagmur pengsan ketika melarikan diriKetika melarikan diri, Yagmur tiba-tiba pengsan.. Turhan membawa Yagmur ke satu tempat dan memanggil doktor untuk merawat Yagmur. Doktor memberitahu Turhan bahawa kandungan Yagmur selamat dan keadaan Yagmur stabil.
Yagmur sedar dari pengsanApabila Yagmur sedar dari pengsan, Turhan merayu kepada Yagmur supaya tinggalkan Hasmet. Jika Yagmur terus bersama Hasmet ia akan mengancam nyawa Hasmet. Hasmet kemungkinan akan dibunuh. Untuk menyelesaikan pertelingkahan keluarga Hasmet hanya ada 1 cara.
Turhan menceritakan keadaan sebenarHasmet dipaksa berkahwin dengan Nupelda (Pelin Akil). Nupelda merupakan adik Sitki, anak ketua gangster yang telah dibunuh Hasmet. Nupelda mencintai Hasmet sejak kecil lagi. Hasmet perlu akur dengan keputusan keluarganya. Oleh sebab itu dia berada di Istanbul untuk berbincang mengenai perkahiwnannya dengan Nupelda
Turhan menghubungi HamzaSelepas itu, Turhan menghubungi Hamza dan memaklumkan bahawa Yagmur telah melarikan diri. Turhan berbohong kepada Hamza bahawa kandungan Yagmur telah berjaya digugurkan
Hasmet confront TurhanTurhan memberitahu Hasmet bahawa Yagmur telah melarikan diri. Dia tak tahu di mana Yagmur berada.
Yagmur berjumpa IsemHasmet berjumpa Isem kerana Yagmur percaya Isem tentu tahu di mana Yagmur berada. Sebelum itu, Isem mengarahkan teman lelakinya membawa Yagmur ke bilik atas dan menguncinya.
Hasmet mencari YagmurIsem tidak membenarkan Yagmur berjumpa Hasmet kerana marah tindakan Hasmet melayan Yagmur
Yagmur melihat Hasmet dari tingkapYagmur hanya dapat melihat Hasmet dari tingkap. Hatinya sangat merindui Hasmet tapi dia tak dapat berbuat apa-apa
Hasmet melihat Yagmur dari luarHasmet terpandang Yagmur dan dia terus menerpa masuk ke rumah Isem tetapi dihalang oleh teman lelaki Isem. Berlaku pergelutan hingga menyebabkan pistol Hasmet tercampak
Hasmet ditahan polisHal ini disaksikan oleh polis peronda yang kebetulan lalu di kawasan itu. Hasmet ditangkap kerana membuat kekacauan. Atas pengaruh Lady Fadile, Hasmet dihantar pulang ke Istanbul. Yagmur dan Hasmet berpisah lagi
Majlis perkahwinan NupeldaDi Istanbul, Nupelda bersiap-sedia dengan gaun perkahwinannya. Hari itu merupakan majlis perkahwinannya dengan Hasmet.
Sitki dan NupeldaSelaku abang, Sitki gembira melihat adiknya berkahwin dengan lelaki yang dicintainya walaupun dia masih berdendam dengan Hasmet kerana telah membunuh ayah mereka. Sitki sanggup membuat apa sahaja demi kebahagian Nupelda
Majlis perkahwinan Hasmet dan NupeldaPerkahwinan antara Hasmet dan Nupelda berlangsung seperti dirancang. Maka perbalahan keluarga antara dua keluarga berjaya diatasi hasil perkahwinan tersebut dengan harapan Nupelda mengandung dan mempunyai anak bersama Hasmet. Cucu mereka dianggap pengikat kekeluargaan mereka itu nanti
Yagmur dan ayahnyaHatinya berdebar untuk memberitahu ayahnya bahwa dia sedang mengandung. Dia banyak termenung memikirkan masa depannya.
Yagmur merenung masa depanTanpa berfikir panjang, akhirnya Yagmur berdepan dengan ayahnya dan memberitahu perkara sebenar. Ayahnya begitu kecewa hingga menganggap Yagmur bukan lagi anaknya. Ayahnya tidak tahu bagaimana ingin berdepan dengan masyarakat nanti
Yagmur melahirkan KemalWalaupun begitu, Yagmur tetap berusaha mengambil hati ayahnya. Ketika bertikam lidah di puasara ibunya, Yagmur terasa sakit ingin bersalin. Hanya dia dan ayahnya sahaja di tanah perkuburan itu. Masa sudah tiba, akhirnya ayah Yagmur menyambut kelahiran bayi Yagmur yang diberi nama Kemal
Hasmet berjumpa YagmurYagmur kembali ke London bekerja di salon. Suatu hari, rakannya memberitahu bahawa ada seorang jejaka ingin bertemu Yagmur. Jejaka tersebut ialah Hasmet. Yagmur berbohong kepada Hasmet bahawa dia sudah berkahwin dan memiliki anak dengan harapan supaya Hasmet terus melupakannya. Hasmet berlalu pergi dengan hati yang kecewa. Hasmet menghormati pendirian Yagmur
Yagmur sedih kerana terpaksa menipu HasmetSelepas Hasmet pergi, Yagmur tidak dapat menahan sedih kerana terpaksa berbohong. Sebenarnya hati Yagmur sangat merindui Hasmet tetapi dia sedar Hasmet kini suami orang. Dia akur dengan kata-kata Turhan..
Terjumpa di lif hotelHasmet terpaku, ingin saja dia mengikuti wanita itu keluar dari lif tetapi dia sedar Nupelda sedang melihat gerak-gerinya.
Yagmur, Kemal dan Doctor SinanHasmet memerhati mereka dari jauh..
Hasmet memandang merekaTiba-tiba Yagmur terpandang susuk tubuh Hasmet sedang memerhatinya.
Mata bertentang mataApabila dia menoleh kembali, Hasmet telah tiada.. Yagmur menganggap ianya illusi kerana fikiran dan perasaannya masih mencintai Hasmet. Yagmur bingkas bangun menuju ke wash room.
Hasmet mendesak YagmurSemasa ke wash room, Yagmur dihalang Hasmet. Hasmet mendesak supaya Yagmur berterus-terang mengenai statusnya. Hasmet telah menyemak butir-butir Yagmur di kaunter hotel dan mendapati bahawa Sinan bukan suami Yagmur malah mereka berada di bilik berasingan. Hasmet memaksa Yagmur tunggunya di bilik hotel dan dia akan menyusul ke sana. Yagmur menuruti permintaan Hasmet
SedihMereka berjumpa di luar bilik hotel. Masing-masing tidak dapat menahan rindu. Setelah didesak Hasmet, Yagmur memberitahu Hasmet bahawa Kemal adalah anak Hasmet. Yagmur juga menceritakan perkara sebenar tentang Hamza dan Turhan kepada Hasmet. Yagmur menyuruh Hasmet supaya pergi dari hidupnya kerana tak mahu hidupnya diganggu tambahan pula Hasmet sudah berkahwin. Hasmet berjanji dia akan menjaga Yagmur dan Kemal di suatu tempat terpencil. Alpago akan membawa mereka ke sana.
Kemal bertemu KemalSementara itu Hasmet segera menghubungi Hamza. Hasmet ingin membuat perhitungan bersama Hamza. Ketika Hamza ke hotel tempat Hasmet menginap, dia terserempak dengan Yagmur, Kemal dan Alpago, tergesa-gesa menaiki sebuah kereta. Hamza segera menghubungi Turhan dan memarahi Turhan kerana berbohong kepadanya.
Tembelang Turhan terbongkarHamza memberitahu Lady Fadile bahawa Turhan telah berbohong dan Yagmur melahirkan anak Hasmet. Menurut Hamza, tindakan Turhan seperti menyimbah minyak ke dalam api dan menggali kubur sendiri. Lady Fadile terlalu marah hingga menampar Turhan dan Hamza.. Berang dengan tindakan Lady Fadile, Hamza memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan keluarga itu. Dia berhasrat melarikan diri bersama perempuan simpanannya membawa bersama wang syarikat
Adik Hasmet jatuh Sedang Hamza tergesa-gesa mengemas barang, isterinya Hellen (Burcu Karatli) (adik Hasmet) bertanya ke mana Hamza ingin pergi. Berlaku pertikaman lidah hingga Hamza secara tak sengaja menyebabkan isterinya jatuh dari tingkat atas.
Perhitungan antara Hasmet dan HamzaHamza segera meninggalkan isterinya menuju ke kereta tetapi sempat dihalang Hasmet. Hasmet menyaksikan kecederaan adiknya lalu segera memanggil ambulance sementara Hamza ditahan oleh pengikut Hasmet. Isteri Hamza berada di hospital mengalami keretakan tulang yang serius. Hasmet tahu selama ini Hamza menggunakan kekerasan kepada adiknya. Hati bertambah marah dengan tindakan Hamza terhadap Yagmur
Hamza mati ditembak HasmetHasmet membawa Hamza ke tepi pantai lalu menembak Hamza. Sebelum mati Hamza sempat berkata Hasmet tak akan terlepas dari dibunuh. Namun Hasmet tidak menghiraukan kata-kata Hamza
Sitki dan NupeldaHasmet kembali semula ke pangkuan Yagmur dan Kemal.. Mereka sangat gembira kerana berjaya bersatu semula.
Happy familyDalam kegembiraan, Hasmet menerima panggilan dari Sitki. Sitki mengancam untuk membunuh Turhan jika Hasmet tidak berjumpanya.
Turhan diugut SitkiTurhan berada di tangan Sitki. Hasmet dan Alpago bergegas menuju ke rumah Sitki meninggalkan Yagmur dan Kemal. Hasmet berkata kepada Yagmur, andainya dia tidak kembali, pengikutnya akan menjaga Yagmur dan Kemal dengan baik. Yagmur melepaskan Hasmet dalam tangisan
Hasmet berdepan SitkiHasmet dan Alpago tiba di rumah Sitki tanpa senjata diiringi pengikut Sitki. Sejurus masuk ke sana, Hasmet melihat Nupelda ada bersama Sitki manakala Turhan berlumuran darah dan tidak bermaya akibat dibelasah teruk.
Turhan dibelasah SitkiHasmet mengarahkan Alpago membawa Turhan pergi dan meninggalkan dirinya sendirian. Dengan rasa sedih dan berat hati Alpago menurut arahan Hasmet
Nupelda mengancam ingin menembak HasmetHasmet memalingkan badan ke arah Sitki dan Nupelda. Dengan pantas mereka mengacu senjata ke arah Hasmet. Hasmet mara ke arah Nupelda hingga hujung pistol rapat di dada Hasmet. Hasmet meletakkan jarinya ke dalam pemicu bersama jari Nupelda
Nupelda merayu kepada HasmetNupelda tetap tak dapat terima kenyataan itu. Dia tetap merayu supaya Hasmet terus hidup bersamanya. Dia tidak dapat hidup tanpa cinta Hasmet. Melihat keadaan Nupelda merayu begitu rupa, Sitki tak dapat menahan marah. Dia mendesak Nupelda terus menembak Hasmet. Tak lama terdengar bunyi tembakan. Hasmet menekan picu pistol tersebut kerana dia sedar tiada pilihan lain. Peluru menembusi dadanya. Hasmet jatuh melutut di hadapan Nupelda.
Hasmet mati Semua terkejut dengan tindakan Hasmet. Yagmur juga terasa sesuatu yang buruk berlaku. Dia dapat merasa bahawa Hasmet tak akan pulang kepangkuannya semula
Yagmur terasa ada sesuatu tak kenaKisah percintaan Yagmur dan Hasmet ini menyebabkan wanita yang membaca novel ini menangis teresak-esak. Dia sangat menghayati kisah itu kerana ianya kisah ibu dan ayah bakal suaminya iaitu Kemal
Sedih menghayati novel tulisan bakal suaminya Kemal mengabadikan kisah ibu dan ayahnya dalam novel.
Kemal sudah dewasaMajlis pertunangan mereka berlangsung petang itu.. Ia dihadiri ramai tetamu
Majlis pertunangan KemalYagmur menyarung cincin pertunangan ke jari bakal pengantin perempuan. Cincin tersebut merupakan cincin pemberian Hasmet semasa melamar Yagmur.
Yagmur dah tuaYagmur kelihatan gembira menyaksikan pertunangan Kemal. Majlis berjalan dengan meriah. Yagmur membiarkan tetamu bergembira manakala dia mencari tempat duduk untuk berehat
Wanita berbaju hitamDia terpandang susuk tubuh wanita berbaju hitam yang duduk di sebelahnya. Yagmur seakan-akan mengenali wanita itu.
Nupelda menghadiri majlis pertunangan KemalTernyata wanita berbaju hitam itu ialah Nupelda. Nupelda turut hadir menyaksikan pertunangan anak suaminya, Kemal. 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |