Filem Animasi Disney Raya And The Last Dragon Kreatif Memaparkan Budaya Dan Masyarakat Asia Tenggara
Filem Animasi Disney Raya And The Last Dragon Kreatif Memaparkan Budaya Dan Masyarakat Asia Tenggara | Assalammualaikum semua! Sejak dah boleh tonton wayang di pawagam. Ruby di antara salah seorang rakyat Malaysia yang merebut peluang menonton filem di GSC Melawati Mall baru-baru ini. Filem pilihan Ruby kali ini adalah Raya and The Last Dragon. Dah lama lihat trailer filem ni. Tengok suntingan cantik, lancar dan kemas. Ruby jadi teruja! Jadi, penantian Ruby selama hari ni tidak menghampakan. Sebab filem animasi Disney kali ini memang best. Best dari segi peningkatan kualiti suntingan dan korang boleh lihat betapa teliti paparan grafik. Rambut, kulit, bulu dan pergerakan ekspresi wajah sangat natural. Nampak real!
Filem Animasi Disney Raya And The Last Dragon Kreatif Memaparkan Budaya Dan Masyarakat Asia Tenggara.
Filem ini diilhamkan oleh budaya Asia Tenggara di Malaysia, Brunei, Singapura, Laos, Thailand, Timor-Leste, Kemboja, Vietnam, Myanmar, Indonesia, dan Filipina. Untuk membuat kajian latar belakang, pembuat filem dan pasukan produksi pergi ke semua negara dan artis Thailand Fawn Veerasunthorn berperanan sebagai ketua cerita untuk filem ini. Mereka membentuk pasukan Southeast Asia Story Trust, gabungan pakar dari pelbagai bidang, termasuk antropologi visual, linguistik, botani, koreografi, seni bina dan seni mempertahankan diri. Pasukan perunding budaya untuk filem ini juga merangkumi Dr. Steve Arounsack, seorang profesor bersekutu Lao Anthropology di California State University, Stanislaus.
Pembikinan Raya and The Last Dragon mengambil inspirasi dari budaya dan wilayah Asia Tenggara. Naga, Sisudati @ Sisu dimodelkan dari Nāga, yang terdapat dalam agama Hinduism, Buddhism dan Jainism. Ia adalah semi-devine yang mempunyai kebolehan bertukar kepada manusia dan naga. Raya and the Last Dragon adalah filem animasi Amerika yang dihasilkan di Walt Disney Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Ia dilancarkan pada 5 Mac 2021 dan merupakan filem animasi ke-59 dalam Disney Animated Canon. Tahniah Disney
Raya And The Last Dragon
Raya and The Last Dragon adalah kisah yang penuh pengajaran dan iktibar. Perebutan kuasa dan salah faham membuatkan kepercayaan di antara sesama manusia semakin berkurang. Manusia sudah mula mementingkan diri sendiri. Sehingga semua manusia berpecah belah dan terjadilah pergaduhan. Gangguan Druun adalah klimaks kepada kecelakaan itu. Maka, struktur tanah meretak terbahagi kepada beberapa bahagian yang menjadikan ia kawasan untuk 5 suku kaum. Kumandra adalah tanah makmur yang dilanda oleh Druun, roh jahat yang menukar manusia kepada batu. Naga-naga Kumandra iaitu Pengu, Jagan, Pranee, Amba, and Sisu menggunakan sihir yang terakhir untuk membuat Dragon Gem agar dapat menangkis Druun dan menghidupkan manusia, tetapi akhirnya naga juga berubah menjadi batu. Tidak habis di situ, perebutan kuasa untuk Dragon Gem pula berlaku. Kumandra sukar untuk bersatu. Penempatan mereka terbahagi dan ia seperti sungai raksasa yang menyerupai naga: Fang, Heart, Tail, Spine dan Talon
500 tahun kemudian, Chief Benja (Daniel Dae Kim) dari suku kaum Heart telah melatih puterinya Raya (Kelly Marie Tran) untuk menjaga Dragon Gem dan masih yakin bahawa semua masyarakat berlainan suku kaum akan bersatu sekali lagi. Semasa acara pertemuan di antara lima suku kaum, Raya berkenalan dengan Putri kepada Chief Virana dari suku kaum Fang, Namaari (Gemma Chan), dan menunjukkan kepadanya lokasi Dragon Gem itu. Ketika itu suku kaum Fang membuat percubaan untuk mencurinya, pergaduhan meletus di antara lima puak yang mengakibatkan kehancuran Dragon Gem kepada 5 bahagian. Druun tiba-tiba muncul semula ketika setiap puak mencuri sebahagian Dragon Gem. Ketika situasi ini Chief Benja terkorban setelah menyelamatkan Raya. Ba berubah menjadi batu. 😭
Enam tahun kemudian, Raya masih berusaha mencari Sisu, satu-satunya spesies naga yang masih hidup. Ketika berada di wilayah Tail, Raya akhirnya berhasil memanggil Sisu (Awkwafina). Maka, cabaran seterusnya bermula. Ini korang kena tengok! Best sangat. Hehehe
Setelah melalui pelbagai cabaran dan halangan. Secara tidak langsung lima wakil dari suku kaum masing-masing berjuang untuk kembalikan keamanan Kumandra. Raya dari Heart, Captain Boun dari Tale, Baby Noi dari Talon, Tong dari Spine dan Namaari dari Fang.
Semua orang kini dapat bersatu kembali dengan orang tersayang yang bertukar menjadi batu, dan Raya bersatu kembali dengan ayahnya. Naga dan semua suku kaum kemudian berkumpul dengan tenang di Heart untuk meraikannya. Welcome to Kumandra. ☺️
Tuk Tuk Si Tenggiling Peneman Raya
Karakter-karakter di dalam filem animasi ini sangat comel. Terutamanya si Tuk Tuk. Dari kecil Tuk Tuk sentiasa bersama Raya. Ruby terkejut Tuk Tuk boleh membesar! Sehinggakan Raya boleh menunggangnya. Kreatif betul
Cabaran Raya Mendapatkan Dragon Gem
Ketika perjalanan Raya dan Sisu mencari Dragon Gem, pelbagai cabaran mereka perlu tempuhi. Mereka dikejar oleh Assassin dari suku kaum Fang ketika menemui Dragon Gem kedua. Nasib baik Sisu boleh bertukar jadi manusia. Jadi, Namaari tidak perasan Sisu adalah naga.
Babak Dragon Gem di curi di perkampungan Talon. Baby Noi dan Ongis ni nakal betul. Comel. Apabila ada karakter bayi. Ruby teringat bayi bayi di negara jiran yang sudah boleh berdikari. Jangan terkejut! Baby Noi is real! Hehe
Suku kaum Spine tinggal seorang sahaja iaitu Chief Tong. Dari gaya lokasi wilayah ini, seakan-akan di Sapa, Vietnam sebab berkabus, ada pokok bamboo dan bersalji. Kemudian Raya di serang oleh Namaari lagi. Tetapi tiada kecederaan berlaku sebab Sisu bertukar menjadi naga. Tergamam Namaari apabila buat pertama kalinya dia melihat Sisu! 🤗
Makanan-Makanan Asia Tenggara.
Buah Mata Kucing, Durian, Tom Yam, Satay, Udang, Nasi, Bubur, Sambal dan buah-buahan tempatan yang lain. Korang boleh lihat bagaimana filem animasi ini mengangkat menu-menu makanan tradisional kita. Telan air liur. Sedap pula tengok.
Pedang Chief Benja
Ruby terkesima melihat bagaimana pedang itu berfungsi. Hebat betul!
Inspirasi Wilayah Fang, Heart, Tail, Spine dan Talon.
Apabila menonton filem Raya and The Last Dragon, kita seperti terbuai dengan budaya yang dipaparkan mengikut suku kaum dan wilayah Fang, Heart, Tail, Spine dan Talon.
Suku Kaum Heart
Ruby perhatikan pakaian dan warna yang sering Raya dan ayah dia pakai. Seperti songket dan gaya pakaian seperti pakaian tradisional Thailand. Kawasan di wilayah Heart dipenuhi flora dan fauna. Hijau dan ada aliran air. Tenang sangat. Seperti di kawasan Raja Ampat di Indonesia
Suku Kaum Fang
Fang adalah dari kalangan Assassin's. Mereka dilatih dari awal usia untuk sentiasa bersiap sedia. Jika anda lihat struktur insipirasikan dari Candi di Asia
Suku Kaum Talon
Melihat perkampungan atas air dan pasar atas air. Pastinya kita akan teringat floating market di negara Thailand, Laos, Myanmar, Indonesia dan Vietnam. Di sini boleh lihat pakaian mereka, bahan jualan, songket, makanan, dan macam-macam lg
Suku Kaum Tail
Di Tail, keadaan seperti padang pasir. Ramai yang telah bertukar menjadi batu. Suatu masa dahulu di sini ramai pahlawan menggunakan sabit. Manakala masyarakat Tail seperti dari Timor-Leste atau Filipina yang sangat berdikari walau apa keadaan sekali pun.
Suku Kaum Spine
Di Spine, Raya berada di kawasan pergunungan yang dipenuhi buluh dan bersalji. Seakan-akan kawasan tanah tinggi di Asia Tenggara. Mereka juga pahlawan, berpakaian baju tebal dan berbadan besar. Seperti masyarakat Mongolia. Tetapi Mongolia adalah di East Asia. Takpelah sama-sama Asia. Hehehe
Para Pelakon Filem Animasi Raya and The Last Dragon
1. Kelly Marie Tran sebagai Raya2. Awkwafina sebagai Sisu3. Izaac Wang sebagai Boun4. Gemma Chan sebagai Namaari5. Jona Xiao sebagai Young Namaari6. Daniel Dae Kim sebagai Chief Benja7. Benedict Wong sebagai Tong8. Sandra Oh sebagai Virana9. Thalia Tran sebagai Little Noi10.Lucille Soong sebagai Dang Hu11. Alan Tudyk sebagai Tuk Tuk12. Gordon Ip sebagai Merchant #213. Dichen Lachman sebagai General Atitãya / Spine Warrior14. Patti Harrison sebagai Chief of Tail15. Jon "Dumbfoundead" Park sebagai Chai16. Sung Kang sebagai Dang Hai17. Sierra Katow sebagai Merchant / Fang Officer18. Ross Butler sebagai Chief of Spine19. François Chau sebagai Wayn20. Paul Yen sebagai Merchant #1
Disebalik Kehebatan Filem Animasi Raya and The Last Dragon
DIRECTED BYDon HallCarlos López EstradaPaul Briggs (co-director)John Ripa (co-director)
PRODUCED BYOsnat ShurerPeter Del Vecho
WRITTEN BYPaul Briggs (Story)Don Hall (Story)Adele Lim (Story and Screenplay) 🇲🇾Carlos López Estrada (Story)Kiel Murray (Story)Qui Nguyen (Story and Screenplay)John Ripa (Story)Dean Wellins (Story)
MUSIC BYJames Newton Howard (Original Score)
CINEMATOGRAPHY BYRob Dressel (Layout)Adolph Lusinsky (Lighting)
EDITOR(S)Fabienne RawleyShannon Stein
STUDIO(S)Walt Disney PicturesWalt Disney Animation Studios
DISTRIBUTORWalt Disney Studios Motion Pictures
RELEASEDMarch 5, 2021
RUNNING TIME107 minutes
LANGUAGEEnglish
BUDGET$100 million
GROSS REVENUE$26.2 million
Ruby rekemen sangat filem animasi Raya and The Last Dragon. Sangat best! Ruby bagi 10/10 bintang. Hehe. Selamat menonton
P/S: Semua gambar di atas adalah dari Disney dan Google.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/03/filem-animasi-disney-raya-and-last.html