Fgv Hasil Minyak Isirung Sawit Mentah Pertama Patuh Eudr


 
Pengeluaran minyak isirung sawit mentah patuh EUDR bukti dedikasi FGV Holdings penuhi piawaian alam sekitar dan sosial global yang ketat. (Gambar FGV Holdings)
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd mengukuhkan komitmennya terhadap amalan mampan dengan mengeluarkan minyak isirung sawit mentah (CPKO) pertama mematuhi Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Pencapaian ini merupakan sebuah lagi detik bersejarah buat FGV yang menjadi antara syarikat Malaysia terawal dalam menghasilkan CPKO patuh EUDR, kata syarikat itu dalam kenyataan.
CPKO digunakan secara meluas dalam produk makanan dan penjagaan diri, termasuk ais krim bukan tenusu, marjerin, coklat, konfeksi, sabun mandi, dan sabun cuci yang dihasilkan mengikut standard ditetapkan EUDR.
EUDR adalah rangka kerja perundangan bertujuan memastikan produk diimport ke negara Kesatuan Eropah (EU) bebas aktiviti penebangan dan kemusnahan hutan.
Keupayaan FGV untuk menghasilkan CPKO patuh EUDR untuk pelanggan antarabangsa jelas menunjukkan dedikasinya dalam menyokong piawaian kelestarian dan pematuhan perundangan global.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nazrul Mansor, berkata FGV memahami peranan yang perlu dimainkan oleh perniagaan dalam menangani cabaran alam sekitar dan sosial yang mendesak.
“Pengeluaran CPKO yang patuh EUDR menandakan lembaran baharu bagi operasi kami serta membuktikan dedikasi kami untuk memenuhi piawaian alam sekitar dan sosial global yang ketat.

Pencapaian ini pastinya akan memberi kesan positif kepada keuntungan kami dari masa ke masa dan mencerminkan pendekatan proaktif kami terhadap penjagaan alam sekitar serta komitmen kami terhadap pengeluaran minyak sawit yang mampan, katanya.
FGV memberi tumpuan kepada memperoleh tandan buah segar (TBS) daripada tiga sumber utama, iaitu ladang FGV, peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), dan ladang pekebun kecil bebas yang mematuhi piawaian EUDR serta syarat kebolehkesanan Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) atau Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).

Kami berhasrat untuk mengembangkan rangkaian rakan perniagaan kami dalam kalangan pekebun kecil, yang seterusnya akan menjana peluang ekonomi yang lebih baik untuk mereka, dan seterusnya meningkatkan usaha-usaha kelestarian kolektif industri minyak sawit Malaysia, kata Nazrul.
Pada Julai lalu, FGV melancarkan rangka kerja kelestarian yang baharu, bagi meneruskan komitmennya terhadap matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), yang merangkumi lima tonggak iaitu pertumbuhan ekonomi, tadbir urus, sosial, alam sekitar, serta inovasi dan teknologi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/08/fgv-hasil-minyak-isirung-sawit-mentah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tan Sri Ong P90 Red P90 Campuran Pertama Olein Sawit Minyak Zaitun Extra Virgin

Tan Sri Ong P90 Red P90 Campuran Pertama Olein Sawit Minyak Zaitun Extra Virgin

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 212 hits
Nonosugar Memperkenalkan Campuran Baharu Minyak Masak yang SihatNonosugar Health Tech Sdn Bhd pengeluar makanan sihat dan berkhasiat dengan kolaborasi bersama Tan Sri Augustine Ong telah memperkenalkan Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P9...
Halogen Capital Lancar Tiga Dana Mata Wang Kripto Patuh Syariah Pertama Dunia

Halogen Capital Lancar Tiga Dana Mata Wang Kripto Patuh Syariah Pertama Dunia

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 117 hits
KUALA LUMPUR Pengurus dana aset digital berlesen pertama Malaysia Halogen Capital Sdn Bhd melancarkan secara rasmi tiga dana mata wang kripto patuh Syariah pertama di dunia untuk pasaran tempatan dan antarabangsa Tiga dana mata wang kripto ...
Pdip Segera Umumkan Rekomendasi Calon Kepala Daerah Gelombang Pertama

Pdip Segera Umumkan Rekomendasi Calon Kepala Daerah Gelombang Pertama

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 339 hits
Waktu pengumuman itu akan disesuaikan dengan jadwal Megawati Soekarnoputri dan Puan Maharani
Kelas Totiq 3 Hari Pertama

Kelas Totiq 3 Hari Pertama

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 184 hits
Syukur ke hadrat ilahi akhirnya dengan izin Allah saya yang tiada ilmu aliran agama ini diizinkan untuk bertalaqqi di dalam kelas tadabbur al Quran Sejak tahun 2017 2018 seingat saya saya menjadi penjual al Quran terjemahan di bawah syarika...
Veddriq Leonardo Sosok Buda Pontianak Peraih Medali Emas Pertama Olimpiade Paris 2024

Veddriq Leonardo Sosok Buda Pontianak Peraih Medali Emas Pertama Olimpiade Paris 2024

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 253 hits
BloggerBorneo com Hari ini podium tertinggi Olimpiade Paris 2024 untuk cabang olahraga panjat tebing diisi oleh Veddriq Leonardo seorang atlet yang berasal dari Pontianak Setelah sebelumnya berhasil memecahkan rekor tercepat yang sebelumnya...
Pertama Kali Bertugas Untuk Program Di Jabatan

Pertama Kali Bertugas Untuk Program Di Jabatan

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 149 hits
Mungkin ramai yang tahu k fiezz tahun lepas secara rasminya bertukar ke Jabatan Penerangan Bila masuk ke sini banyak buat program So bila program yang besor besor k fiezz akan terlibat juga sekali untuk bertugas Program Karnival Kita MADANI...
Infineon Buka Fasa Pertama Kilang Fabrikasi Sic Di Kulim

Infineon Buka Fasa Pertama Kilang Fabrikasi Sic Di Kulim

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 103 hits
Infineon secara rasmi membuka fasa pertama Kulim 3 yang akan menjadi kilang fabrikasi kuasa silikon karbida 200mm terbesar di dunia di Taman Teknologi Tinggi Kulim pada hari ini Fasa pertama kilang fabrikasi yang melibatkan jumlah pelaburan
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza