Pertama Kali Bertugas Untuk Program Di Jabatan
Mungkin ramai yang tahu k.fiezz tahun lepas secara rasminya bertukar ke Jabatan Penerangan. Bila masuk ke sini, banyak buat program. So bila program yang besor-besor, k.fiezz akan terlibat juga sekali untuk bertugas. Program Karnival Kita MADANI peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya pada 1 Jun 2024, program pertama k.fiezz bertugas bawah Jabatan Penerangan ni.
Laaa cerita bulan Jun, baru sis nak story kat blog..Tahap malas apa entah sis ni..haha..
Program Karnival Kita Madani ni program yang diadakan untuk rakyat bagi memahami konsep Malaysia Madani..Lokasi program di Lembah Pantai, kawasan YB Menteri Komunikasi..
Banyak aktiviti yang dibuat masa program ni, antaranya ceramah dari pihak berkuasa, cabutan bertuah, pertandingan bintang patriotik, pertandingan mewarna, solekan & pakaian tradisional, sukan rakyat & e-sport..
BERTUGAS SBG JK PERTANDINGAN MEWARNA, SOLEKAN & PAKAIAN TRADISIONALMulanya masa senarai nama keluar untuk bertugas di Karnival Kita MADANI ni, nama k.fiezz tak tersenarai..Lega di situ..Haha malas benornya nak kena bertugas hari cuti..Eh sekali kelegaan tu sekejap je..Keluar memo kedua, nama sis terselit pulakkk..Halahhhh.
Sis masuk dalam senarai JK untuk Pertandingan Mewarna, Solekan & Pakaian Tradisional..Eh suka lah masuk JK ni sebab sis macam tertarik je terutama pakaian tradisional tu..
Jomsss tengok sepanjang program berlangsung..
Dirasmikan oleh YB Menteri Komunikasi
Banyak agensi/jabatan kerajaan yang buka booth kat sini masa Karnival Kita MADANI peringkat WPKLP ni.
Masa ni dah panaih tapi belum tahap lit lit lagi..
Goodies bag untuk kanak-kanak yang masuk pertandingan mewarna
Adik-adik..eh anak-anak dah get ready nak masuk ke dalam tempat pertandingan mewarna. Adik-adik pulak, perasan muda acik ni..haha.
Semua dah ambil tempat masing-masing..
Acik posing sesambil jaga budak-budak mewarna..Sibuk je acik ni..haha..Masa jaga anak-anak ni pun macam-macam ragam..Ada yang mewarna dengan penuh confident. Ada yang menangis sebab mak ayah kena tunggu kat luar..Ada yang tak mewarna pun, dia buat kerja lain..Aihhh macam-macam..
Dengan team yang jaga untuk pertandingan mewarna.
Acik kena jadi assistant anak-anak yang nak asah pensil..
Acik mengagihkan kertas mewarna..Sampai tak cukup kertas mewarna, ramai yang masuk pertandingan ni..
Selesai pertandingan mewarna masa sesi pagi, sambung tugasan untuk pertandingan pakaian tradisional bagi sesi petang..Untuk solekan dibatalkan sebab penyertaaan kurang memberangsangkan..
Ni di meja pendaftaran get ready untuk peserta-peserta pertandingan pakaian tradisional yang dah daftar awal untuk sahkan kehadiran..
Cantik, comel anak-anak yang masuk pertandingan pakaian tradisional ni..Ni diaorang dah siap dari rumah cuma kat sini naik pentas untuk peragakan pakaian tradisional masing-masing saja.
Masa naik atas pentas, semua ada style masing-masing..Ada yang yakin, ada yang malu-malu, ada yang 'eh nak kena buat apa ni?'..Macam-macam telatah ada...Seronok tengok..Hat yakin tu acik salute..Kalau acik, memang dah tutup muka rasanya..haha..
Jaga anak-anak yang menunggu giliran naik ke atas pentas untuk peragakan pakaian tradisional masing-masing..
Harus lah ada gambar candid dari photographer..
Antara peserta-peserta pakaian tradisional..Comel-comel semua.
Mana satu pemenangnya
Juara pakaian tradisional yang bawah, gambar no. 1..Memang salute juara ni..Rasanya dia dah biasa masuk pertandingan memperagakan pakaian sebab dia ada gaya, cara berjalan pun macam dah biasa catwalk...Peserta-peserta lain pun tak kurang hebat..Tak apa yang penting keyakinan tu, dik..Ada mak kepada salah seorang peserta ni beritahu kat kitaorang, dia memang saja suruh anak dia masuk untuk built up confident. Bagus mak peserta ni..Sis suka mak yang bagi keyakinan kat anak untuk suruh joint pertandingan macam ni..Walaupun tak menang tapi mencari pengalaman tu penting selain untuk bina keyakinan diri. Ingat senang nak berdiri kat atas pentas, nak jalan-jalan buat gaya bagai..Ehh kalau sis, awal-awal surrender..
Overall pengalaman baru kena bertugas di program Jabatan ni. Sebelum ni kat tempat lama tak pernah ada program-program macamni jadi tak ada lah kena bertugas ke apa...Kat sini tak ada pilihan sebab program-program macamni akan selalu di adakan setiap tahun & secara automatik kena bertugas juga..
1st time juga kat sini, selama dah belas tahun sis bertugas di sektor kerajaan sis buat claim overtime & tuntutan perjalanan (claim grab) sebab bertugas di hari cuti..hehe.
Apapun enjoy..hehe..
Pssttt - Seronok lah jaga pertandingan macam ni..hehe..Sis loike...Next program Kembara Merdeka Jalur Gemilang pula minggu ni..Stay tune sis update..hehe...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2024/08/Pertama%20Kali%20Bertugas-Untuk-Program-di-Jabatan.html