Festival Tari Rakyat Antarabangsa Ke 11 Aswara 2025 Tari 25 Kembali Meriahkan Dunia Seni Dan Perpaduan Asean
Festival Tari Rakyat Antarabangsa ke-11 ASWARA 2025: TARI’25 Kembali Meriahkan Dunia Seni dan Perpaduan ASEAN | Assalamualaikum semua... Selepas beberapa tahun dinantikan, akhirnya Festival Tari Rakyat Antarabangsa ke-11 (TARI’25 ASWARA) diumumkan bakal kembali dan sis telah dijemput untuk hadir ke sidang media pelancarannya baru-baru ini di Sunway Putra Hotel.

Acara ini dianjurkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan bakal berlangsung tahun depan. TARI’25 kali ini bukan sekadar festival tari, tapi juga lambang perpaduan ASEAN melalui seni dan budaya, seiring dengan semangat Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026)
Merentas Budaya, Merapatkan Hati
Masa sidang media tu, Rektor ASWARA, Prof Dr Tan Awang Besar, berkongsi yang festival ini memang dah lama diiktiraf sebagai platform penting buat penggiat seni, sarjana dan institusi budaya dari seluruh ASEAN untuk bertukar pandangan serta memperkaya seni tari tradisional
“Edisi kemunculan semula ini dijangka memberi inspirasi kepada penggiat profesional mahupun pencinta seni tari, dengan membuka peluang baharu untuk kolaborasi kreatif, perkongsian ilmu dan pertumbuhan artistik merentas sempadan,”~ Prof Dr Tan Awang Besar, Rektor ASWARA ~

Sementara itu, Pengarah Festival, Dr Norsafini Jafar, turut berkongsi sesuatu yang menarik buat pertama kalinya, TARI’25 ASWARA akan mengetengahkan tema tari rakyat serantau ASEAN! Negara seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan beberapa jiran lain bakal turut serta menampilkan tarian tradisi masing-masing

Katanya, pendekatan serantau ini memperluas ruang dialog budaya melangkaui sempadan negara. Sis memang setuju sebab bila seni dan budaya dijadikan jambatan, suasana terasa lebih harmoni dan penuh makna
Persembahan Yang Buat Sis Tak Sabar!
Antara segmen yang paling dinantikan nanti ialah “Rampaian Molek Sepilin”, persembahan pembukaan yang menggabungkan tiga tarian Melayu klasik Zapin, Inang dan Joget. Gabungan ni memang klasik tapi tetap segar, penuh tenaga dan keanggunan

Lagi best, persembahan tu bakal diiringi nyanyian langsung oleh Hazraniza Dollah, pemenang Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) untuk kategori Lagu Tradisional Terbaik. Sis boleh bayangkan betapa meriahnya suasana nanti
Selain tu, persembahan “Echo of Borneo” pula akan membawa penonton menyelami keindahan tarian tradisional Sabah dan Sarawak dibawakan oleh pelajar Fakulti Tari ASWARA sendiri. Sis suka konsep ni sebab bukan saja menunjukkan kepelbagaian budaya Borneo, tapi juga semangat generasi muda yang menjaga warisan seni
Malam Gala di Zepp Kuala Lumpur
Bahagian paling sis tunggu-tunggu – Malam Gala TARI’25 ASWARA! Majlis gilang-gemilang ni akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur, menampilkan gabungan persembahan tempatan dan antarabangsa yang diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dari Istana Budaya

Istimewanya, tarian klasik Melayu “Ketam Bawak Anak” dari negeri Perlis turut akan dipersembahkan. Sis rasa ramai yang akan teruja sebab tarian ni penuh nilai estetika dan kisah budaya lama yang masih relevan sampai hari ni
Dengan gabungan muzik orkestra secara langsung, rekaan pentas moden dan teknologi bunyi terkini, Malam Gala ni dijangka jadi pementasan yang benar-benar memukau

Kesimpulannya TARI’25 ASWARA bukan sekadar festival tarian sebaliknya ia lambang cinta terhadap budaya, warisan dan perpaduan ASEAN. Lepas sidang media ni, sis memang tak sabar nak saksikan sendiri keindahan seni yang bakal dipersembahkan tahun depan.
Untuk Yang Nak Ikut Perkembangan TARI’25 ASWARA
Sis pasti ramai yang tak sabar nak tahu tarikh dan jadual penuh festival ni nanti. So, boleh follow platform rasmi ASWARA dan Fakulti Tari untuk info terkini:

Facebook: ASWARA, Fakulti TariWebsite: ASWARA EduInstagram & X: @aswaraofficial, @tari_aswaraTikTok: @fakultitariaswara
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2025/11/festival-tari-rakyat-antarabangsa-ke-11.html