Felda Perlu Fgv Pampasan Sehingga Rm4 3 Bilion Ambil Semula 350 000 Hektar Tanah


 
FELDA perlu membayar pampasan dianggarkan sehingga RM4.3 bilion jika mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah ladangnya yang dipajakkan kepada FGV Holdings Bhd (FGV).


Pampasan itu berikutan langkah menamatkan lebih awal tempoh pajakan 99 tahun tanah terbabit yang bermula pada 2012.


Mengikut bank pelaburan, AmInvest dalam nota penyelidikannya, anggaran itu berdasarkan liabiliti Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) yang berada pada paras RM4.3 bilion setakat akhir Disember 2019.




"Jika diteliti dalam LLA, pampasan yang perlu dibayar juga boleh ditentukan sebahagiannya oleh keuntungan setiap hektar matang dan saiz tanah. Jika FELDA mahu menamatkan LLA, ia perlu memberi notis 18 bulan kepada FGV.


"Selepas itu, jumlah pampasan akan dikira dan kemudian aset yang dipajak akan dikembalikan kepada FELDA," kata bank pelaburan berkenaan, semalam.


AmInvest menjelaskan, jika urus niaga itu terlaksana, FGV berpeluang menggunakan tunai daripada pampasan berkenaan untuk meninjau peluang pelaburan lain.


Sementara itu, sumber rapat FGV pula menganggarkan pampasan yang perlu dibayar FELDA jika meneruskan hasrat mengambil balik tanah yang dipajakkan itu, mungkin sekitar RM3 bilion.



Katanya, ini setelah mengambil kira kos penanaman semula RM300 juta setiap tahun, kerja pembajaan sehingga RM300 juta setahun, pembinaan kediaman pekerja RM270 juta dan gaji pekerja ladang RM590 juta.


Dalam maklum balas menerusi e-mel kepada BH, sumber berkenaan berkata, setakat ini, FELDA belum lagi menghubungi FGV untuk berunding mengenai LLA berkenaan.


"Sekiranya FELDA mengeluarkan notis mengenai perkara itu, FGV akan mengikut prosedur yang digariskan dari segi proses dan bayaran pampasan FELDA kepada FGV. Sebarang cubaan untuk membeli kilang sawit milik FGV juga harus berlaku atas dasar 'sedia beli, sedia jual'.


"Ia juga perlu merujuk kepada nilai pasaran terkini dan mendapat kelulusan pemegang saham lain melalui Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM). Dalam hal ini (EGM), FELDA tidak boleh mengundi kerana ia adalah pihak berkepentingan," katanya.


Selain itu, beliau berkata, semua kegiatan perniagaan di dalam kumpulan perladangan berkenaan akan berjalan seperti biasa.



Pada sesi temu bual bersama BH dan Harian Metro pada Ahad lalu, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata agensi berkenaan mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV dalam usaha mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya.


Beliau juga dilaporkan berkata, perkara itu sudah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah FELDA dan kini sedang menunggu keputusan daripada kerajaan sebelum boleh memulakan rundingan dengan FGV.


Pengambilan balik tanah terbabit adalah sebahagian daripada transformasi yang ingin dijalankan FELDA menerusi pengenalan model perniagaan baharu dianggap lebih mampan dan berdaya saing untuk agensi itu.


Pada 2012, FELDA memajakkan 350,000 hektar tanah ladangnya kepada FGV menerusi LLA selama 99 tahun. Sebagai balasan, ia akan menerima RM250 juta setahun hasil pajakan itu dan perkongsian untung 15 peratus setahun daripada FGV.


FGV sudah membayar pajakan tetap dan perkongsian untung operasi ladang berjumlah RM1.9 bilion kepada FELDA sejak 2012 hingga 2017.



Sementara itu, ahli ekonomi secara umumnya menyokong langkah berkenaan yang menurut mereka memberi manfaat kepada semua pihak.


Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, antara lain mencadangkan FELDA mengambil alih FGV sepenuhnya, sekali gus menjadikannya anak syarikat 100 peratus milik FELDA.


Katanya lagi, cadangan itu memberi kelebihan kepada FELDA kerana pengurusan operasi FGV dapat disatukan dengan agensi berkenaan dan segala aktiviti syarikat perladangan terbabit adalah di bawah pemantauan FELDA.



Timbalan Presiden Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof Dr Jamal Othman pula berpendapat, FELDA perlu memastikan langkah mengambil semula tanah itu dapat memberi pulangan lebih baik selepas mengambil kira semua aspek kos, termasuk bayaran pampasan, prasarana baharu dan risiko perolehan hasil.


FELDA dianggar perlu bayar pampasan lebih RM4 bilion
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/743965/felda-dianggar-perlu-bayar-pampasan-lebih-rm4-bilion


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2020/10/felda-perlu-fgv-pampasan-sehingga-rm43.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngo Sokong Felda Tuntut Semula Tanah Yang Di Pajakkan Kepada Fgv Holdings Sdn Bhd

Ngo Sokong Felda Tuntut Semula Tanah Yang Di Pajakkan Kepada Fgv Holdings Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 274 hits
SEGAMAT Pertubuhan Bukan Kerajaan Wilayah Johor Utara dan Melaka menyokong cadangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan untuk menuntut semula ladang yang dipajakkan kepada FGV Holding Sdn Bhd kerana ia mampu mengembalikan institusi itu kepad...
Hampir 90 Peratus Dari 31 000 Hektar Tanah Wakaf Tak Dibangunkan

Hampir 90 Peratus Dari 31 000 Hektar Tanah Wakaf Tak Dibangunkan

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 201 hits
Pusaka disyariat supaya keturunan tak ditinggalkan papa kedana BANGI Sikap malas mengusahakan tanah pusaka keluarga hanya akan menyebabkan ekonomi umat Islam hilang di bumi sendiri Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia Ustaz Moh...
Fgv Baulks As Felda Mulls Taking Back Land

Fgv Baulks As Felda Mulls Taking Back Land

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 287 hits
FGV Holdings Bhd issued a pointed statement today in reaction to the revelation of the Federal Land Development Agency s plans regarding the company While the IPO in 2012 was often blamed for Felda s financial problems in recent years the c...
Dukung Ketahanan Pangan Keraton Nusantara Siapkan Lahan 142 000 Hektar

Dukung Ketahanan Pangan Keraton Nusantara Siapkan Lahan 142 000 Hektar

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 233 hits
Ketua Harian MAKN KPH Eddy Wirabumi mengatakan selain menjaga nilai nilai tradisi keraton mereka juga bersepakat untuk mendorong program ketahanan pangan nasional Menurutnya saat ini hampir seluruh elemen masyarakat disibukkan dengan penang...
Jumlah Pampasan Kepada Fgv Lebih Rendah Daripada Jangkaan Abdul Wahid Omar

Jumlah Pampasan Kepada Fgv Lebih Rendah Daripada Jangkaan Abdul Wahid Omar

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Jumlah pampasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan kepada FGV Holdings Bhd berikutan penamatan perjanjian pajakan tanah berkaitan ladangnya akan menjadi lebih rendah daripada jangkaan yang dinyatakan FGV iaitu antara RM3 5 bili...
Peneroka Sokong Felda Ambil Alih Fgv Video

Peneroka Sokong Felda Ambil Alih Fgv Video

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 306 hits
Gabungan Felda Wilayah Terengganu memohon campur tangan kerajaan untuk membayar pampasan bagi pengambilalihan semula 350 000 hektar tanah ladang di seluruh negara yang dipajakkan kepada FGV Holdings Bhd KUALA LUMPUR FELDA perlu membayar pam...
414 000 Rakyat Syria Pulang Ke Tanah Air Secara Sukarela

414 000 Rakyat Syria Pulang Ke Tanah Air Secara Sukarela

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 267 hits
ISTANBUL 29 Safar 1442H Sabtu Lebih 414 000 rakyat Syria yang kehilangan tempat tinggal akibat perang saudara telah kembali ke kawasan yang dibebaskan oleh tentera Turki secara sukarela Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu berkata atas...
Ngos Support Felda S Move To Reclaim Leased Plantation Land From Fgv

Ngos Support Felda S Move To Reclaim Leased Plantation Land From Fgv

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 303 hits
Non governmental organisations in the northern Johor region and Malacca support the plan by the Federal Land Development Authority to reclaim all plantation land leased to FGV Holdings Bhd as this move would enable the agency to return to p...
Baki Dalam Akaun Tinggal Rm14 000 Wang Simpanan Rm4 3 Juta Lesap Angkara Scammer Mangsa Saman Terhadap Pihak Bank

Baki Dalam Akaun Tinggal Rm14 000 Wang Simpanan Rm4 3 Juta Lesap Angkara Scammer Mangsa Saman Terhadap Pihak Bank

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 359 hits
Kira kira 30 tahun lalu Dolly Ng mewarisi harga peninggalan daripada ibu bapanya lebih daripada RM4 juta Wanita warga emas berusia 72 tahun itu telah menyimpan wang tersebut di beberapa akaun banknya selama bertahun tahun Namun pada Mei 201...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal