Feebay Co Konsep Grab And Go Tapi Masih Ada Menu Tradisional Melayu


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalunya makanan yang terdapat kat kafe mesti makanan yang simple dan mudah untuk dinikmati hanya perlu pergi kaunter bayar dan makan. Itulah cara hidup warga kota terutamanya kat Kuala Lumpur ini. Tapi ada ker kalau kafe macam ni menyediakan juadah makanan tradisi Melayu seperti nasi dan lauk pauk


Kalau ada pun mungkin sandwich atau juga makanan ringan seperti kuih muih betul tak. Tapi percaya atau tidak sekarang ni ada sebuah kafe yang menyajikan hidangan Melayu klasik untuk konsep Grab and Go ni. Lebih senang macam konsep layanan tingkap di mana pelanggan akan membuat pesanan, bayaran, dan mengambil makanan tanpa perlu masuk ke dalam kafe




Itu lah yang menariknya di Feebay.Co yang terletak di dalam Avenue K. Kafe ini baru sahaja beroperasi di sini. Nama Feebay.Co adalah daripada olahan perkataan Coffee Bay. Dekorasi luaran kafe ini penuh gaya modern dan lebih segar. Selain daripada boleh beli dan bayar untuk mereka yang nak cepat, di sini juga ada sediakan ruang dinning di tingkat atas


Kalau korang datang kat sini boleh tengok susunan anak tangga untuk naik ke tingkat atas kafe ini. Style konsep macam kat dalam stadium boleh duduk kat tangga ni untuk nikmati makan atau boleh makan diruang atas yang luas dan selesa. Ini semua adalah idea pemilik kafe ini yang direalisasikan oleh jurureka dalaman 6ix Design Office yang berpengalaman di Melbourne, Australia. 

Tu baru saja Maha cite pasal konsep kafe ini tapi tak masuk lagi makanan. Macam Maha cakap tadi yang kafe ini bukan sahaja ada makanan simple tapi juga makanan yang mengabungkan ciri-ciri tradisional dan barat serta fusion. Kalau korang tak percaya boleh datang sini ada lebih daripada 25 menu yang menarik. Paling mengejutkan Maha bahawa kat kafe ini ada menghidangkan Nasi Ikan Patin Temerloh.
Nasi Ikan Patin Temerloh - RM23.00
Ikan Patin ini mereka dapatkan daripada supplier di Temerloh. Maha sendiri orang Pahang boleh terima masakan Ikan Patin Tempoyak mereka ini kerana ia sangat cukup rasa daripada tempoyak cuma kepedasan itu telah dikurangkan untuk memenuhi kehendak pelanggan mereka dari pelbagai bangsa di sini. Selain itu juga kat sini ada Ikan Patin Goreng dan juga Paih Ikan Patin. 
Nasi Lemak Ayam Rempah - RM19.00
Kalau yang tak makan ikan sungai macam ni boleh cuba mereka punya signature dish iaitu Nasi Lemak Ayam Rempah. Bagi Maha nasi lemak ini sangat cukup rasa santannya dan juga sambal seperti makan nasi lemak di kampung-kampung. Kalau yang suka nak Grab and Go mereka sediakan Nasi Lemak Bungkus boleh sambil lalu nak pergi pejabat beli jer dan boleh makan kat pejabat. 
 Chicken Mariposa - RM22.00
Chao Praya - RM20.00
Pelanggan mereka selalu juga makan tengah hari kat sini dengan makanan barat fusion seperti Chao Praya, Chicken Mariposa dan Shell Pesto Pasta With Grilled Chicken. Menu ini semua adalah ilham daripada pengalaman chef mereka bertahun-tahun mengembara luar negara dan menghasilkan semua hidangan unik ini. Bagi Maha ia kena cuba kerana lain daripada lain dan tiada kat tempat lain hanya di sini sahaja

Shell Pesto Pasta With Grilled Chicken - RM24.00
Ada juga makanan finger food yang mudah tapi juga kesedapan terasa seperti Briyani Chicken Wings dan juga Gyoza Enoki. Korang pernah bayang yang kepak ayam diperap dengan rempah briyani dan kemudian digoreng rangup dan dicicahkan dengan sos briyani. Kemudian yang gyoza tu adalah kulit dumpling yang digunakan dan intinya adalah cendawan dan juga tauhu bersama sos hoisin. Nak tahu macam mana rasa kena cuba sendiri memang menjilat jari punya

Gyoza Enoki - RM14.00
Briyani Chicken Wings - RM13.00
Kalau minuman kat kafe ini ada Barista mereka sendiri yang memang terlatih untuk menghasilkan beberapa minuman seperti Nitro, Coklat, Kopi, Teh Hijau dan juga jus segar. Selain itu juga minuman seperti mocktail dan soda berperisa juga terdapat di sini. 
Raspberry Thrill - RM13.00
Feebay.Co ini juga ada dua lagi cawangan lain iaitu HQ mereka di Sunway Nexus, cawangan kedua di Publika dan yang ketiga ini di Avenue K ini. Kafe ini beroperasi seawal jam 8.30 pagi untuk pelanggan yang bekerja sekitar menikmati sarapan pagi dan kopi panas. Sambil lalu untuk ke pejabat dan beli makanan di sini terus masuk kerja sangat cepat. 
Macchiato - RM9.00
Burnt Cheesecake
Kafe ini di bahagian atas ada ruang dinning yang bukan sahaja boleh makan tapi boleh lepak-lepak bersama kawan-kawan atau layan internet dan main game. Korang boleh order minuman dan makanan sambil tu boleh sembang-sembang bersama. Mereka juga ada sediakan ruang exclusive yang tertutup untuk siapa-siapa nak buat private event seperti harijadi, majlis koporate, launch produk dan banyak lagi. 


Maha sampai sana pun sendiri kagum dengan kafe ini kerana membawa kelainan daripada segi dekorasi tapi masa sama masih membawakan makanan tempatan yang pelbagai rasa dan keunikannya. Nanti kalau korang datang beli-belah kat mall yang ada kafe ini boleh lah datang singgah dan cuba semua makanan mereka. Maha dah pergi dan korang bila lagi. Selamat menjamu selera semua ok

Promosi dan juga senarai menu boleh layari :-Laman web : https://www.feebay.coFacebook : https://www.facebook.com/feebay.coInstagram : https://www.instagram.com/feebay.co 




   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/04/feebayco-konsep-grab-and-go-tapi-masih-ada-menu-tradisional-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti Bakar Telur Bersama Keju Menu Sarapan Ringkas Tapi Sedap

Roti Bakar Telur Bersama Keju Menu Sarapan Ringkas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 1354 hits
Sarapan sangat penting Ramai yang skip sarapan sebab tak sempat nak memasak Sibuk sesangat Nak sarapan tak payah susah susah nak sedia macam macam Sediakan sesuatu yang ringkas tapi mengenyangkan Misalnya roti bakar telur bersama keju ni Na...
18 Resepi Kuih Tradisional Melayu Yang Famous Ketika Ramadhan

18 Resepi Kuih Tradisional Melayu Yang Famous Ketika Ramadhan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 3674 hits
18 Resepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Haa pejam celik pejam celik dah nak dekat dah kita dengan bulan Ramadhan bulan yang dinanti nanti untuk memperoleh pahala berlipat kal...
Foto Video Majlis Bertandang Fasha Sandha Berkonsep Melayu Tradisional Cantik

Foto Video Majlis Bertandang Fasha Sandha Berkonsep Melayu Tradisional Cantik

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 885 hits
FOTO VIDEO Majlis Bertandang Fasha Sandha Berkonsep Melayu Tradisional Cantik Hari ini berlangsungnya majlis bertandang bagi pasangan pengantin Fasha Sandha dan Aidil Aziz di Rembau Negeri Sembilan Majlis yang diadakan di kampung halaman Ai...
Ni Mesti Kerja Melayu Hantar Benda Tutup Rezeki Orang Masih Ada Guna Cara Ini

Ni Mesti Kerja Melayu Hantar Benda Tutup Rezeki Orang Masih Ada Guna Cara Ini

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 524 hits
Selalu kita tengok dalam drama TV Melayu terutamanya ada je scene orang bergaduh mulut sampai bertumbuk dan tak puas hati kalau berniaga sebelah sebelah Sampaikan terfikir betul ke memang orang berniaga selalu berdepan dengan masalah macam ...
Lepas Kandungan Kembar Gugur Wanita Ini Rupanya Masih Hamil Tapi Luar Rahim Kisahnya Dalam Pa Ma Tv

Lepas Kandungan Kembar Gugur Wanita Ini Rupanya Masih Hamil Tapi Luar Rahim Kisahnya Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 691 hits
Kandungan gugur tapi ujian air kencing tetap positif ujian darah menunjukkan hormon beta hCG terus meningkat Rupa rupanya masih ada satu janin di tiub fallopian Perkongsian Puan Waheeda dalam rancangan TV Pa Ma episod 5 yang bertajuk Kompli...
Survei H 12 Pencoblosan Jokowi Masih Ungguli Prabowo

Survei H 12 Pencoblosan Jokowi Masih Ungguli Prabowo

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 259 hits
Meskipun demikian paslon Jokowi Ma ruf masih unggul jauh dengan perbedaan elektabilitas sebesar 20 3 persen Berdasarkan hasil survei Y Publica elektabilitas Jokowi mencapai 53 1 persen sedangkan Prabowo 32 8 persen
20 Tahun Reformasi Pkr Masih Di Bawah Telunjuk Dr Mahathir

20 Tahun Reformasi Pkr Masih Di Bawah Telunjuk Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 299 hits
PKR sedarkah tidak PKR sekarang duduk di bawah siapa ketika menyambut 20 tahun Dulu ditubuh PKR nak menentang dasar Mahathir tubuh PKR nak jatuhkan Mahathir Selepas 20 tahun dia duduk di bawah telunjuk Dr Mahathir kesian sinis Setiausaha Ag...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya