20 Tahun Reformasi Pkr Masih Di Bawah Telunjuk Dr Mahathir


April 5, 2019 rhg
“PKR sedarkah tidak? PKR sekarang duduk di bawah siapa ketika menyambut 20 tahun? Dulu ditubuh PKR nak menentang dasar Mahathir, tubuh PKR nak jatuhkan Mahathir. Selepas 20 tahun dia duduk di bawah telunjuk Dr Mahathir, kesian,” sinis Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Semalam, diadakan sambutan ulangtahun yang ke-20 penubuhan Parti Keadilan Nasional, nama awalnya yang kemudiannya berubah menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tercetusnya reformasi menentang dasar-dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, diadakan di Dataran Rantau, di sini memandangkan calonnya turut bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Justeru, Annuar menimbulkan persoalan apakah sebenarnya yang mahu direformasikan oleh PKR kerana objektif penubuhan parti tersebut adalah jelas mahu mereformasikan dasar-dasar yang dibuat oleh Dr Mahathir, selain menjatuhkannya.

“Jadi sempena perayaan PKR ini kita nak tanya… sebenarnya PKR ini apa yang hendak direformasikan? Kalau saya ingat dulu nak direformasikan adalah dasar-dasar yang dijalankan oleh Dr Mahathir kerana bersama saya sebagai Menteri Luar Bandar, Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, sayalah antara menteri terakhir mengiringi beliau pergi ke Melaka dua puluh empat jam sebelum dia kena pecat…

“Yang kita hendak peringatkan terutama penyokong-penyokong parti PKR, sempena 20 tahun mari kita perbaharui, yang hendak direformasikan itu apa? Dan adakah hari ini setelah berkuasa kamu telah mereformasikan diri dan telah berjaya membawa kebaikan yang lebih baik daripada sebelum kamu berkuasa.

“Kalau dulu yang hendak direformasikan kononnya adalah kerana sistem perundangan, ketidakadilan, peguam negara berat sebelah dan sebagainya, apakah mata kamu buta atau telinga kamu pekak atau adakah hati kamu menjadi terlalu keras untuk melihat di depan mata kamu bagaimana urusan keadilan dan juga mahkamah sedang dijalankan di depan mata kamu oleh orang yang sama dulunya kamu menentang,” bidasnya lagi.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian di dalam ceramahnya di Kampung Linsum, di sini, malam tadi sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Barisan Nasional (BN) diwakili Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Jalaluddin Alias, Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzri dan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berhubung dengan Peguam Negara (AG), Tommy Thomas, Annuar turut menempelak peneraju perundangan negara itu yang dahulunya juga berpegang kepada prinsip bahawa negara ditadbir secara diktator.

“Kita mempunyai peguam negara yang ternyata tidak tahu apa dasar yang beliau bawa. Ya, kita tahu latarbelakangnya dia berpegang pada prinsip bahawasanya peguam negara kita ini pernah menulis bukunya ‘The Abuse of Power’. Dia kata masalah Malaysia ini antara lain adalah kerana dipimpin oleh seorang ‘authoritirian’, dalam bahasa lain dipimpin oleh seorang diktator.

“Sekarang disahkan oleh Nurul Izzah juga mengulangi kata-kata sukar hendak membuat kerja dalam kerajaan sekarang. Sebab apa? Sebab terpaksa bekerja dengan bekas diktator. Jadi apa yang hendak direformasikan?

“Tidak hairan Nurul Izzah yang dipanggil ‘puteri reformasi’ melahirkan rasa kecewa mengumumkan tak mahu dah bergiat dalam politik, mengisytiharkan rasa kecewa kerana tidak cukup perubahan dibawa sepertimana yang dijanjikan,” katanya yang turut mempersoalkan apakah bentuk ketulenan reformasi PKR yang telah berjaya dibawa hingga ke hari ini.

Peguam Negara kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga jelasnya telah melakukan dua kesalahan yang besar.

“AG inilah yang mengumumkan kononnya kerajaan boleh menerima sijil yang tidak diiktiraf, UEC sebagai sijil yang boleh digunakan pakai untuk CLP ataupun amalan guaman, sehinggakan semalam Dr Mahathir terpaksa membuat kenyataan bahawasanya hanya kerajaan yang bolen iktiraf.

“Itulah bentuk AG yang kita ada… mana mungkin seorang AG boleh mendahului kerajaan tapi itulah wataknya,” bidasnya lagi.

Manakala yang terbaharu lebih serius, tegas Annuar lagi.

“AG telah gagal memberi nasihat kepada kerajaan termasuk kepada Majlis Raja-raja apabila kerajaan telah menandatangi satu perjanjian ataupun triti antarabangsa yang kita dengar sekarang sebagai Rome Statute.

“Nasihat undang-undang tidak mengapa, boleh ditandatangani tanpa perlu perkenan Raja-raja. Tiba-tiba bila peguam-peguam lain, pakar undang-undang memberi pendapat dan menjelaskan apa yang kerajaan kita lakukan adalah sangat besar kerana menyerahkan kekuasaan, kedaulatan dan kedudukan Raja-raja terutama Yang diPertuan Agong boleh dihadapkan di bawah ICC (Mahkamah Jenayah Antarabangsa),” jelasnya.

Annuar turut menimbulkan persoalan kepada kerajaan PH apakah kepentingan Rome Statute tersebut kepada negara.

“Amerika pun tak tandatangan, (begitu juga) China, Rusia, seluruh Asia Tenggara, Singapura, Thailand, (manakala) Filipina masuk sekejap kemudian lari keluar. Semua negara Asia Tenggara ini hanya Kemboja satu sahaja masuk.

“Kita nombor dua, tetapi dengan berbuat demikian ertinya kita menyerahkan kuasa untuk mahkamah antarabangsa yang kita tahu tidak pernah berlaku adil. Kalau mahkamah antarabangsa berlaku adil berapa ramai rakyat Palestin disembelih tiap-tiap hari. Berapa ramai rakyat dan umat Islam di Rohingya ada yang dibakar hidup-hidup, adalah ICC pernah mengambil untuk memberikan pembelaan? Jawabnya tidak,” tegasnya lagi.

Tambah memburukkan keadaan apabila Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan kononnya perkara tersebut telah diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong.

“Kita tahu Yang diPertuan Agong tidak memperkenankannya, dia tidak memberi nasihat undang-undang yang baik sedangkan perlembagaan kata Yang diPertuan Agong perlu diberikan nasihat dan Yang diPertuan Agung ada hak untuk mendapatkan maklumat-maklumat dalam hal ehwal perjalanan kerajaan.

“Maka negara ini apa jadi? Apa nak jadi kalau di peringkat AG, peringkat Majlis Raja-raja, peringkat kabinet dan sebagainya… ini bukan setakat caca-merba… yang di kampung berhempas-pulas dengan masalah janji yang tidak ditunai, soal harga barang yang semakin mahal, soal terpaksa membayar tol yang tinggi, masalah harga sawit yang jatuh menjunam… tapi kerajaan bukan sahaja nak menolong menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapi rakyat, (bahkan) mereka melakukan kesalahan dan kesilapan yang lebih besar di peringkat triti antarabangsa,” ujarnya.

Annuar juga menimbulkan persoalan khusus buat Anwar yang diberi keistimewaan oleh Yang diPertuan Agong.

“Sebab itu kita nak tanya kepada kerajaan, reformasi apa wahai Anwar yang kamu mahu lakukan… kamu, sedang sihat wal afiat, kamu sudah dibebaskan dengan pengampunan Raja-raja.

“Kamu dapat pengampunan istimewa daripada Yang diPertuan Agong. Kalau kamu pejuang reformasi yang betul… kita mahu Anwar bersuara apa pendirian dia tentang Rome Statute yang telah gadai kedudukan dan martabat Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara… itu baru reformasi,” tegasnya lagi. 
– MediaUMNO
   Umno Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/20-tahun-reformasi-pkr-masih-di-bawah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Duduk Di Bawah Siapa Ketika Sambut 20 Tahun

Pkr Duduk Di Bawah Siapa Ketika Sambut 20 Tahun

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 250 hits
News Diterbitkan Hari ini 1 04 tengahariSetiausaha Agung Umno Annuar Musa memperlekehkan sambutan ulangtahun PKR ke 20 yang diadakan di Rantau malam semalam tadi dengan berkata parti yang ditubuhkan untuk menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad seb...
Usia Masih 24 Tahun Pemuda Ini Raih Gelar Doktor Termuda Its

Usia Masih 24 Tahun Pemuda Ini Raih Gelar Doktor Termuda Its

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 307 hits
Kelulusan Rendra serupa dengan prestasi Grandprix Thomryes Marth Kadja mahasiswa Institut Teknologi Bandung yang juga menjadi doktor termuda di usia 24 tahun pada 2017 silam
Dia Menangis Saya Masuk Islam Berlainan Agama Tapi Syurga Masih Di Bawah Tapak Kaki Ibu

Dia Menangis Saya Masuk Islam Berlainan Agama Tapi Syurga Masih Di Bawah Tapak Kaki Ibu

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 392 hits
Bukan mudah untuk seseorang itu untuk mengubah pegangan atau kepercayaan agama yang telah lama dianutinya seperti penyanyi Mark Adam yang dulu bukanlah seorang Islam namun telah menanam cinta terhadap agama suci ini Perkenalannya dengan ist...
Dr Mahathir Rasmi Lima Sekali Lagi Selepas 28 Tahun

Dr Mahathir Rasmi Lima Sekali Lagi Selepas 28 Tahun

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 440 hits
LANGKAWI Dr Mahathir Mohamad merasmikan pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 hari ini kira kira 28 tahun sejak acara dwitahunan itu diperkenalkan Perdana menteri berkata beliau melancarkan pelan pertama negara bagi Pem...
4 Tahun Belum Terungkap Polisi Klaim Masih Menyelidiki Pembunuhan Akseyna

4 Tahun Belum Terungkap Polisi Klaim Masih Menyelidiki Pembunuhan Akseyna

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 244 hits
4 Tahun Belum Terungkap Polisi Klaim Masih Menyelidiki Pembunuhan Akseyna Polisi mengklaim kasus tersebut masih dalam proses penyelidikan Hal tersebut lantaran kasus pembunuhan yang ditangani wilayah hukum Polda Metro Jaya jumlahnya banyak
Pasukan Bawah 23 Tahun Gagal Layak Ke Piala Afc B23 Apa Yang Kita Boleh Pelajari

Pasukan Bawah 23 Tahun Gagal Layak Ke Piala Afc B23 Apa Yang Kita Boleh Pelajari

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 677 hits
Mungkin ramai yang dah mengetahui tentang kegagalan skuad bola sepak Bawah 23 tahun negara untuk melangkah ke pusingan akhir Piala AFC pada tahun hadapan Boleh dikatakan Malaysia hampir layak ke Bangkok namun dinafikan gol Jiang Sheng pada ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities