Tiada Restu Untuk Berjasa Pas Arah Semua Ahli Undi Mca


Ramieza Wahid   
PRK TG PIAI | Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjelaskan parti itu tidak memberi restu kepada Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai.

Jelasnya, semua ahli PAS diarahkan untuk mengundi calon BN dari MCA, Wee Jeck Seng.

“Apa yang saya boleh beritahu sebetulnya Berjasa tidak mendapat restu dari PAS (untuk bertanding).

“Walaupun Berjasa dari Gagasan Sejahtera, kami juga sudah nasihat mereka untuk tidak letak calon tetapi mereka letak, itu kehendak mereka.

“Kita akan beri arahan kepada ahli PAS untuk tidak undi Berjasa, tidak satu undi pun. Semua harus undi MCA,” katanya ketika ditemui pemberita pada hari penamaan calon PRK Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian hari ini.

Gagasan Sejahtera merupakan pakatan yang mendakwa sebagai blok kuasa ketiga dan diwujudkan pada 2016. Pakatan itu dianggotai PAS, Berjasa dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Pada hari pencalonan pagi tadi, Berjasa diwakili presidennya Dr Badhrulhisham Abdul Aziz sebagai seorang calon yang bakal bertanding pada PRK itu.

Semalam, Badhrulhisham memberitahu bahawa Berjasa mampu mengungguli persaingan dengan kelebihan antara 1,500 hingga 2,000 undi.

Beliau juga mendedahkan pada PRU ke-14 lalu, calon yang diturunkan PAS untuk bertanding di Tanjung Piai juga  adalah ahli Berjasa.

'Kita tengok berapa banyak undi mereka dapat'
Sementara itu, Takiyuddin menjelaskan jumlah undi sebanyak 2,962 yang diperoleh anggota Berjasa, Nordin Othman pada PRU lalu adalah atas bantuan PAS.

“Tidak tidak, masa lalu Berjasa bawah bendera PAS kerana itu mereka dapat 2,900 lebih undi, tetapi kali ini mereka bertanding sendiri dan kita tengoklah berapa banyak undi mereka boleh dapat,” katanya.
Tambahnya, calon BN Wee Jeck Seng dilihat mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRK tersebut.

“Pada rekod PRU-14, kita berjaya dapatkan 2,900 lebih undi manakala majoriti PH juga menang dengan hanya 500 undi.

“Jadi kita rasa, kita ada peluang baik untuk ambil balik Tanjung Piai,” katanya.

PRK Tanjung Piai diadakan selepas penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik, 42, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lalu.

Pada PRU ke-14, Farid memenangi kerusi Parlimen itu apabila memperoleh 21,255 undi, menewaskan Wee (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi).

Sementara itu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata Berjasa menimbulkan sentimen tidak baik susulan keputusan bertanding di PRK itu

“Sentimen kaum jangan duduk negara ini selama-lamanya, hantu hasut orang terutama isu perkauman. Bentangkan, hidangkan politik matang,” katanya.

PRK Tanjung Piai menyaksikan pertembungan enam penjuru selain Berjasa iaitu calon dari Pakatan Harapan (PH), BN, Gerakan dan dua calon Bebas.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tempoh kempen selama 14 hari bermula hari ini dengan tarikh mengundi pada 16 November manakala 12 November ditetapkan sebagai hari pengundian awal.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/tiada-restu-untuk-berjasa-pas-arah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prktgpiai Pas Tak Setuju Berjasa Tanding Di Tg Piai Akan Kaji Kerjasama

Prktgpiai Pas Tak Setuju Berjasa Tanding Di Tg Piai Akan Kaji Kerjasama

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 295 hits
PAS hari ini mengakui parti itu tidak bersetuju dengan keputusan rakan sekutunya dalam Gagasan Sejahtera Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia yang mengambil ketetapan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Tanjung Piai 16 November ini Sehu...
Hadi Mca Candidate Against Act 355 Bill Is Personal Pas Works With Party

Hadi Mca Candidate Against Act 355 Bill Is Personal Pas Works With Party

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 371 hits
TG PIAI POLLS PAS president Abdul Hadi Awang today downplayed BN s Tanjung Piai candidate Wee Jeck Seng s opposition to the Islamist party s bid to amend Syariah Courts Act 1965 also known as Act 355 that would allow the partial implementat...
Kerjasama Politik Berjasa Bersikap Terbuka Dengan Pas

Kerjasama Politik Berjasa Bersikap Terbuka Dengan Pas

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 297 hits
Astro Awani Badhrulhisham berkata parti juga tidak berkecil hati dengan kenyataan itu malah tetap dengan pendirian untuk terus bersama Gagasan Sejahtera Gambar fail PONTIAN Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia tidak berkecil hati terhadap ke...
Salahkah Ijtihad Pas Sokong Mca

Salahkah Ijtihad Pas Sokong Mca

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 352 hits
Via WhatsApp Bila aku menulis post pasal Allah memilih Tanjung Piai Di kalangan Ulama PAS sudah mengeluarkan dalil dalil mereka atas alasan mengikat Perjanjian DAN Persefahaman Tawwun DAN Tahaaluf ramai sahabat PAS bertanya salah kah kita m...
Pas Desak Berjasa Tarik Balik Hasrat Letak Calon Untuk Prk Tanjung Piai

Pas Desak Berjasa Tarik Balik Hasrat Letak Calon Untuk Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 726 hits
BERNAMA Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia yang mahu meletakkan calon untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai diharap dapat menarik balik hasrat itu bagi menghormati kerjasama parti itu bersama Pas di bawah Gagasan Sejahtera Pesuruh...
Mat Sabu Jabs Pas For Backing Mca After Previous Vote Muslim Call

Mat Sabu Jabs Pas For Backing Mca After Previous Vote Muslim Call

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 313 hits
TG PIAI POLLS Amanah president Mohamad Sabu took a jab at his old party PAS tonight for their support of MCA in the Tanjung Piai by election This is because during the Cameron Highlands by election 10 months ago PAS had to back BN because t...
Suasana Sambutan Hari Lahir Prsiden Pas Bersama Ahli Palimen Pas

Suasana Sambutan Hari Lahir Prsiden Pas Bersama Ahli Palimen Pas

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 531 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua Jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad SAW Semoga kita akan mendapat syafaat daripada Baginda kelak Apa khabar anda semua Naim harap semua di berada di dalam rahmat Allah dan ...
D Rakyatt Patuh Syariah Semua Aktiviti Sukan Pas Setiu

D Rakyatt Patuh Syariah Semua Aktiviti Sukan Pas Setiu

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 261 hits
Pakaian patuh syariah untuk sukan antara tumpuan Dewan RakyatKL Persoalan mengenai perpaduan dan langkah kerajaan untuk menangani dan mengendurkan ketegangan berikutan meluasnya isu isu sensitif perkauman adalah antara perkara yang akan dib...
Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Lorry Driver Charged With Causing Death Of Nine Fru Personnel

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Janji Dengan Cikgu

May 17 2025

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Buku Teks Sains Tingkatan 2 Kssm Bahasa Melayu English