Fatwa Merokok Itu Haram





Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telahmemutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.


Keterangan/Hujah:  
1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut: i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan
 ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi
 iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti
 iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”
 v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut: a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”
 c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni) d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan” e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah: i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia
 vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok
 Antaranya seperti berikut: a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan
 b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat
 c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan
 2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini
 3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.” Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2014/06/fatwa-merokok-itu-haram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Saman Sebab Merokok Dalam Kereta Ini Jawapan Jpj Tentang Saman Yang Viral Itu

Kena Saman Sebab Merokok Dalam Kereta Ini Jawapan Jpj Tentang Saman Yang Viral Itu

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 558 hits
JABATAN Pengangkutan Jalan menafikan mengeluarkan saman atas kesalahan merokok kepada pemandu kenderaan persendirian sebagaimana tular di media sosial sejak semalam Sebaliknya JPJ dalam satu kenyataan hari ini berkata surat saman atas kesal...
Fatwa Rokok Haram Tapi 7 Individu Islam Cabar Undang2 Akta Rokok

Fatwa Rokok Haram Tapi 7 Individu Islam Cabar Undang2 Akta Rokok

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 306 hits
7 individu hari ini memulakan tindakan undang undang bagi mencabar keputusan kerajaan menguatkuasakan larang merokok di semua premis makan bermula esok Mereka memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman secara ex parte di Pejabat...
Fatwa Kerajaan Ph Hina Ydp Agong Halal Usik Kerabat Ph Dan Dap Haram

Fatwa Kerajaan Ph Hina Ydp Agong Halal Usik Kerabat Ph Dan Dap Haram

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 483 hits
Bila KERABAT PH Di Kritik Perintah Tangkapan WAJIB Di KeluarkanPada pukul 2 00 petang 10 Januari 2019 Dato Lokman di minta hadir ke JSJ Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung satu video live bertajuk Kerajaan PH Cuba Melindungi Pembu...
Romy Pak Prabowo Arahkanlah Anak Buah Itu Untuk Tak Produksi Hoaks Dan Fitnah

Romy Pak Prabowo Arahkanlah Anak Buah Itu Untuk Tak Produksi Hoaks Dan Fitnah

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 274 hits
Rommy sapaannya menyebut meski dibantah BBP tetap pendukung pasangan calon presiden nomor urut 02 Dia tak ingin menduga apakah ada instruksi dari timses
4 Alasan Kenapa Bercinta Pasca Nifas Jadi Terasa Bak Perawan Lagi Jangan Cemas Itu Normal Kok

4 Alasan Kenapa Bercinta Pasca Nifas Jadi Terasa Bak Perawan Lagi Jangan Cemas Itu Normal Kok

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 257 hits
Ena ena pasca melahirkan umumnya nggak akan senikmat sebelum lahiran Tenang kamu nggak sendirian kok
Yang Jual Negara Masa Itu Miti Ke

Yang Jual Negara Masa Itu Miti Ke

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 275 hits
Dulu Guru besar marah pelajar Salah Najib Teoh Beng Hock dijumpa mati di MACC Salah Najib Pelaburan MCKIP di Kuantan Melaka Gateway Forest City dan Geely beli 49 Proton ialah jual negara Salah Najib Kucing tak beranak Juga salah Najib Semal...
Nak Jumpa Baginda Itu Sahaja Tun M

Nak Jumpa Baginda Itu Sahaja Tun M

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 421 hits
PUTRAJAYA Ya saya nak jumpa dengan baginda Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Endie Shazlie Akhbar dilaporkan berkata pertemuan tertutup bersama Sultan Ibrahim itu ditunda sejak kira kira dua minggu lalu Endie berkata tiada jadual rasmi dite...
Enggan Tambah Dosa Sebab Itu Noorkhiriah Tidak Kongsi Gambarnya Bersama Amyra Rosli

Enggan Tambah Dosa Sebab Itu Noorkhiriah Tidak Kongsi Gambarnya Bersama Amyra Rosli

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 413 hits
ELAKON Noorkhiriah menjelaskan dia tidak memuat naik foto bersama pelakon utama watak Nur iaitu Amyra Rosli disebabkan ingin menjaga aurat wanita itu Pemilik nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie 42 berkata dia cuba untuk mengelak daripa...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda