Farid Kamil Tak Pernah Takut Malu Untuk Hidup



Bukan sesuatu yang pelik apabila ramai menyimpulkan kerjaya seni aktor, Farid Kamil Zahari menuju zaman gerhana apabila disabitkan kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat menghalangnya melakukan tugas, dua tahun lalu.
Farid juga dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2 Jun, tahun lalu.
Susulan kontroversi buruk yang melanda diri hingga gelaran Datuk ditarik balik, andaian kemasyhuran dan kerjaya yang dibina hampir dua dekad lalu disifatkan bakal menemui titik noktah.
Mengulasnya, suami kepada aktres Diana Danielle itu berkata, apa yang berlaku sudah tertulis dalam hidupnya.
"Sebagai manusia, apa sahaja ditakdirkan, saya terima dengan hati yang reda. Saya juga tidak pernah takut untuk hidup atau malu kerana tahu di mana saya berdiri.
"Saya tidak nampak apa-apa masalah kerana setakat ini, masyarakat tetap melayan saya seperti biasa, sama macam dahulu. Pun begitu, saya sudah bersedia bersara pada bila-bila masa, andai ditakdirkan diri saya tidak diperlukan dalam industri seni.
"Jujurnya, saya tidak pernah tertekan dengan apa yang berlaku. Sebaliknya, saya mengucapkan syukur kerana pengalaman yang dilalui secara tidak langsung mematangkan saya. Ketika ini, saya hanya mampu menyerah kepada Allah kerana dia lebih mengetahui apa seterusnya yang akan berlaku," katanya kepada BH Online.
Jika bukan disebabkan merajuk dengan industri mahupun tekanan, bagaimana boleh terfikir mengucapkan selamat tinggal, bintang filem Lagenda Budak Setan dan Bencinta itu berkata, dia sudah membintangi sebanyak 60 filem sepanjang dua dekad dalam dunia lakonan.
"Lagi enam filem sahaja saya sudah menyamai rekod Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Ia bagaikan satu perjalanan yang cukup panjang buat saya.
"Datang dari Kedah, belajar mengenai filem, kemudiannya menceburi bidang perfileman. Jujurnya, saya tidak pernah terfikir sudah berlakon 60 filem. Impian saya membintangi 100 filem. Namun, saya akur, jika ditakdirkan rezeki saya sampai di sini sahaja," katanya.
Mengulas soal persediaan bersara, Farid berkata, agak sukar untuk menentukannya.
"Tetapi, apa yang cuba disampaikan adalah saya sudah bersedia. Tindakan menampilkan hero baharu iaitu anak sulung, Muhammad, 8, dalam filem Remp-It 2 secara tidak langsung menunjukkan saya boleh meninggalkan legasi kepada anak dalam bidang seni," katanya.
Selepas empat tahun kelibat tidak muncul dalam televisyen (TV), Farid berkata, dia muncul membintangi drama rantaian Masih Ada Rindu.
"Saya memilih kembali ke kaca TV kerana drama rantaian diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd dan arahan Osman Ali. Saya bertuah berlakon di bawah arahannya kerana segala pandangan yang diberikan dari aspek pelakon dan pengarah boleh diterima pakai.
"Apabila berlakon di bawah Osman, saya bebas memberi pandangan. Saya juga dapat mengorek ilmu dengannya. Boleh dikatakan, kami mempunyai keserasian apabila bekerja.
"Sepanjang bekerja dengan produksi Nuansa dan Osman, mereka sangat menjaga kualiti kerja tanpa mengira produk drama atau filem. Mereka meletakkan satu standard yang tinggi dalam hasil kerja," katanya.
Katanya, dia harap syarikat produksi lain mempunyai standard sama dengan Nuansa jika ditawarkan berlakon dalam drama.
"Saya pernah bekerja dengan produksi lain dan sangat mengecewakan kerana melayan pelakon dan kru produksi seperti standard dunia ketiga," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/06/farid-kamil-tak-pernah-takut-malu-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Farid Kamil Sedia Ucap Selamat Tinggal

Farid Kamil Sedia Ucap Selamat Tinggal

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 642 hits
Pelakon dan pengarah Farid Kamil membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya sudah bersedia bersara daripada industri hiburan pada bila bila masa Bagaimanapun Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari 40 memaklumkan keputusan itu dibuat...
Drama Masih Ada Rindu Lakonan Farid Kamil Mimi Lana

Drama Masih Ada Rindu Lakonan Farid Kamil Mimi Lana

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 766 hits
Tonton drama Masih Ada Rindu diinspirasikan daripada novel karya Mimie Afinie Menampilkan gandingan Farid kamil dan Mimi Lana Diarahkan oleh Osman Ali Bakal bersiaran di slot Akasia TV3 JUDUL MASIH ADA RINDUTONTON FULL EPISOD 16TARIKH TAYAN...
Rekod Berlakon Filem Hampir Sama Dengan P Ramlee Farid Kamil Sedia Bersara

Rekod Berlakon Filem Hampir Sama Dengan P Ramlee Farid Kamil Sedia Bersara

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 324 hits
Nama pelakon hebat Farid Kamil rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi Bukan hanya sebagai bintang filem mahupun drama aktor tersebut juga merupakan antara pengarah yang kreatif Pelbagai kejayaan pernah diraih dalam bermacam anugerah menerus...
Hiburan Sudah Tak Diperlukan Lagi Apakan Daya Farid Kamil Sedia Bersara

Hiburan Sudah Tak Diperlukan Lagi Apakan Daya Farid Kamil Sedia Bersara

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 347 hits
Pelakon yang disukai ramai Farid Kamil mengumumkan dirinya sudah bersedia untuk bersara dari industri hiburan pada bila bila masa sahaja Namun menurut Farid beliau menyerahkan segalanya soal rezeki dan perancangan untuk bersara itu kepada k...
Hiburan Tolong Dm Saya Jangan Malu Malu Puteri Sarah Liyana Niat Sedekah Makanan Tengahari Pada Insan Terkesan Pkp

Hiburan Tolong Dm Saya Jangan Malu Malu Puteri Sarah Liyana Niat Sedekah Makanan Tengahari Pada Insan Terkesan Pkp

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 289 hits
Pelakon jelita Puteri Sarah Liyana menerusi sebuah hantaran di Instagramnya memanggil mereka yang terkesan dengan perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh kini untuk menghantar DM agar bantuan makanan tengah hari secara percuma dapat diberikan...
Timbalan Menteri Mosti Kena Ada Rasa Malu Kalau Fitnah

Timbalan Menteri Mosti Kena Ada Rasa Malu Kalau Fitnah

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 250 hits
Saya nak tengok apakah Timbalan Menteri MOSTI dari PAS dan Harakahdaily akan memohon maaf atas tuduhan dusta mereka sebelum ini ke atas SELangkah Teruk kalau puak lebai nie berbohong Pinnochio pun surrender
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle