Farid Kamil Sedia Ucap Selamat Tinggal



Pelakon dan pengarah, Farid Kamil membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya sudah bersedia bersara daripada industri hiburan pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 40, memaklumkan keputusan itu dibuat bukan disebabkan tekanan akibat kontroversi membabitkan dirinya sebelum ini.
Sebaliknya, katanya, keputusan itu akan menjadi kenyataan apabila kehadirannya dalam industri seni sudah tidak diperlukan.
"Saya sudah bersedia untuk bersara pada bila-bila masa jika sudah tidak diperlukan lagi. Apakan daya, takdir juga menentukan segala-galanya.
"Sebagai pelakon, modal kita pada instrumen iaitu tubuh badan. Kalau tidak mampu memberikan alunan atau getaran sama, bermakna di situlah titik yang menjadi pemisah untuk bersara atau sebaliknya," katanya pada sidang media drama Masih Ada Rindu secara virtual, hari ini.
Pengarah filem Remp-It itu turut memaklumkan alasan lain yang membuatkannya terdetik meninggalkan dunia seni selepas cita-cita yang diimpikan selama ini hampir terlaksana.
"Impian saya membintangi 100 filem. Sedar tak sedar hingga hari ini, saya sudah membintangi 60 filem, lagi enam akan menyamai rekod Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
"Lagipun sebagai hero filem di Malaysia, sejauh mana seseorang pelakon mampu bertahan? Apapun, ia berbalik kepada rezeki masing-masing," ujar suami kepada aktres Diana Danielle itu.
Antara filem pernah dibintangi aktor tinggi lampai itu termasuklah Mistik, 7 Perhentian, Remp-It, Anak Halal, Lagenda Budak Setan, J Revolusi dan akan datang Remp-It 2.
Tambah Farid, pembabitan anak sulungnya, Muhammad dalam dunia perfileman memberi isyarat yang dirinya sudah sepatutnya bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.
"Apabila bercakap soal pelakon bersara ini agak sukar kerana tiada peringkat umur tertentu untuk berbuat sedemikian. Tetapi, apa yang saya cuba disampaikan adalah saya sudah bersedia.
"Tindakan menampilkan hero baharu iaitu anak sulung, Muhammad, 8, dalam filem Remp-It 2 secara tidak langsung menunjukkan saya boleh meninggalkan legasi kepada anak dalam bidang seni," ungkapnya.
Drama Masih Ada Rindu yang bakal bersiaran di slot Akasia TV3, jam 7 malam ini menyaksikan kemunculan semula Farid ke layar kaca selepas empat tahun.
Drama arahan Osman Ali itu turut dibintangi Mimi Lana, Dayang Areeda, Halim Radzi, Fahmy Reza dan Aishah Ilias.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/06/farid-kamil-sedia-ucap-selamat-tinggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rekod Berlakon Filem Hampir Sama Dengan P Ramlee Farid Kamil Sedia Bersara

Rekod Berlakon Filem Hampir Sama Dengan P Ramlee Farid Kamil Sedia Bersara

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 311 hits
Nama pelakon hebat Farid Kamil rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi Bukan hanya sebagai bintang filem mahupun drama aktor tersebut juga merupakan antara pengarah yang kreatif Pelbagai kejayaan pernah diraih dalam bermacam anugerah menerus...
Hiburan Sudah Tak Diperlukan Lagi Apakan Daya Farid Kamil Sedia Bersara

Hiburan Sudah Tak Diperlukan Lagi Apakan Daya Farid Kamil Sedia Bersara

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 334 hits
Pelakon yang disukai ramai Farid Kamil mengumumkan dirinya sudah bersedia untuk bersara dari industri hiburan pada bila bila masa sahaja Namun menurut Farid beliau menyerahkan segalanya soal rezeki dan perancangan untuk bersara itu kepada k...
Drama Masih Ada Rindu Lakonan Farid Kamil Mimi Lana

Drama Masih Ada Rindu Lakonan Farid Kamil Mimi Lana

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 740 hits
Tonton drama Masih Ada Rindu diinspirasikan daripada novel karya Mimie Afinie Menampilkan gandingan Farid kamil dan Mimi Lana Diarahkan oleh Osman Ali Bakal bersiaran di slot Akasia TV3 JUDUL MASIH ADA RINDUTONTON FULL EPISOD 16TARIKH TAYAN...
Selamat Tinggal Adik Jumpa Umi Abi Di Syurga Adik Khaleel Islam Selamat Dikebumikan

Selamat Tinggal Adik Jumpa Umi Abi Di Syurga Adik Khaleel Islam Selamat Dikebumikan

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 338 hits
Bayi 14 bulan Khaleel Islam selamat dikebumikan di tanah perkuburan Felda Kerteh 4 Ketengah Jaya Dunggun pada petang semalam Artikel Berkaitan Artikel Berkaitan Ciuman terakhir dari seorang ayah Menurut bapa arwah semua proses dipermudahkan...
Selamat Tinggal I Sinar 2021

Selamat Tinggal I Sinar 2021

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 407 hits
Selamat tinggal i sinar 2021 Assalamualaikum dan salam sejahtera Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya kan Sama lah halnya dengan i sinar Ramai penerima bayaran i sinar meluahkan rasa sedih mereka dek kerana bulan ini adalah bul...
Selamat Tinggal Lee Kwangsoo Jalani Penggambaran Terakhir Sebagai Ahli Running Man Hari Ini

Selamat Tinggal Lee Kwangsoo Jalani Penggambaran Terakhir Sebagai Ahli Running Man Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 495 hits
Selepas 11 tahun akhirnya Lee Kwang soo akan meninggalkan Running Man bagi memberikan perhatian kepada rawatan kakinya akibat kemalangan kecil pada tahun lalu Rata rata peminat dan penonton setia rancangan itu nyata hampa dan sedih apabila ...
Sahabat Ultah Istri Wakil Wali Kota Solo Beri Ucapan Selamat Lewat Baliho Besar

Sahabat Ultah Istri Wakil Wali Kota Solo Beri Ucapan Selamat Lewat Baliho Besar

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 434 hits
Sherly membenarkan adanya pemasangan sejumlah baliho tersebut Baliho tersebut dipasang sejak Sabtu pekan lalu oleh tim yang dimintanya Ia sengaja tidak mengirim ucapan dalam bentuk karangan bunga atau lainnya karena ingin memberikan surpris...
Dua Tahun Menduda Ifan Seventeen Selamat Bernikah Lagi

Dua Tahun Menduda Ifan Seventeen Selamat Bernikah Lagi

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 485 hits
Selepas dua tahun nbsp kehilangan isteri tercinta disebabkan badai Tsunami vokalis kumpulan Seventeen Ifan Seventeen atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah selamat menamatkan zaman dudanya dengan Cita Monica tengahari tadi Ifan dan Cita Mon...
Selamat Hari Raya Eidullfitri

Selamat Hari Raya Eidullfitri

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 282 hits
Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir BatinBuat seluruh keluarga kalian lah yang terpenting dalam hidup saya Buat sahabat jangan lah lupakan saya bila kita terpisah nanti Buat musuh maafkan lah saya jika nampak salah di mata awak Buat yan...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri