Farhash Tuntut Polis Tahan Azmin Hilman



Farhash tuntut polis tahan Azmin, HilmanPosted By: Pentadbiron: July 25, 2019 Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang dibebaskan semalam daripada tahanan reman, hari ini mempersoalkan siasatan polis terhadapnya.Dalam satu kenyataan beliau berkata polis juga sepatutnya menahan reman Azmin Ali dan setiausaha politiknya, Hilman Idham berhubung video lucah yang dikaitkan dengan menteri hal ehwal ekonomi itu.“Sekiranya undang-undang yang sama digunakan untuk semua pihak yang terlibat dalam siasatan ini, maka Azmin dan Hilman mesti direman juga.“Mereka penting untuk fakta kes itu dan saya hanya boleh bayangkan kerjasama penuh mereka jika dalam tahanan sebagaimana polis menyifatkannya penting kepada perkembangan kes itu apabila ia menemubual suspek,” katanya.Farhash dalam kenyataannya turut mengakui beliau begitu marah dengan Azmin apabila dibebaskan semalam.“Saya marah dengan Azmin. Lepas dibebaskan, saya menyerangnya secara lisan sebab jika kita sebagai rakyat Malaysia perlu hormati undang-undang, kenapa dia berselindung di balik keistimewaan yang dia ada?” soalnya lagi.Katanya, siasatan itu meletakkan beliau seolah-olah seorang “ketua sorak” terhadap satu perlakuan homoseksual antara dua lelaki.“Saya disiasat di bawah seksyen 377B) antara lain berkaitan persetubuhan luar tabii. Dalam kata lain, saya dituduh bertanggungjawab menyorak dua lelaki dewasa untuk melakukan aktiviti homoseksual sesama mereka- macamlah saya ini ketua kumpulan sorak pula,” katanya.Katanya, pegawai penyiasat (IO) yang mengendalikan kes beliau juga kelihatan bersungguh-sungguh mengikut arahan daripada ‘orang atas’.“Setiap kali saya tanya apalah gunanya penahanan itu, dia asyik-asyik menekankan bahawa dia hanya terima arahan daripada IGP (Ketua Polis Negara),” katanya.Semalam, Farhash yang dibebaskan daripada tahanan polis mengakhiri ucapan kepada sekumpulan penyokongnya dengan laungan “Azmin semburit” selepas laungan “Reformasi” dan “Anwar for PM”.Dia ditahan pada 16 Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung video seks yang dikaitkan dengan Azmin bersama bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.Haziq yang ditahan dua hari sebelum Farhash turut dibebaskan semalam.Haziq merupakan individu yang mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan Azmin selepas beberapa siri video seks diedarkan kepada ahli-ahli politik dan wartawan Jun lalu.Pada 14 Jun, Hilman membuat laporan polis bagi menafikan laporan awal Haziq yang menuduhnya melakukan ugutan ketika pertemuan mereka di Putrajaya, tiga hari sebelum itu.Azmin sebelum ini berulangkali mengatakan beliau tidak bersalah dan video berkenaan dakwanya adalah komplot jahat untuk memusnahkan karier politiknya.Beliau juga mendakwa video itu dirancang pihak dari dalam PKR sendiri.Mengulangi pendiriannya semalam, Farhash percaya penahanannya untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap Anwar.Hal itu katanya berdasarkan pemerhatiannya sepanjang empat hari direman, apabila sesetengah anggota polis turut tertanya-tanya kenapa dia ditahan.Malah, dakwanya, soalan-soalan yang ditanyakan kepadanya juga tidak berkaitan dengan video itu atau penyebaran sebarang bahan terlarang, sebaliknya lebih tertumpu kepada nama-nama tertentu.Ada ketikanya, beliau hanya dipanggil untuk bersembang dan menghabiskan masa dengan mereka.“Politik ini seni persepsi dan tipu daya. Sesetengah ahli politik ini, tak berani nak bersuara dengan pemimpin, jadi mereka lebih suka guna jalan mudah.“Penampan dalam kes ini sayalah, selaku setiausaha politik Anwar yang memang dikenali dengan sifat lantang bersuara,” katanya.‘Tabiat lama dalam Malaysia Baru’Setakat ini, seramai 11 orang telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung video berkenaan.Mengulas lanjut, Farhash meluahkan kekecewaannya kerana “tabiat lama” iaitu mempergunakan kuasa untuk mempertahankan yang salah dan menghukum yang tidak bersalah masih diamalkan dalam Malaysia Baru.“Sebab itu saya percaya, apabila undang-undang membawa ketidakadilan, reformasi menjadi tanggungjawab!” katanya.Siang tadi, satu laporan dibuat kepada Lembaga Disiplin PKR terhadap Farhash atas laungan “Azmin semburit” yang dibuatnya semalam.Zuraida Kamaruddin turut mentafsir aksi Farhash itu sebagai tindakan seseorang yang tidak mendapat maklumat di dunia luar lokap, dan “masih terbelenggu” dengan tanggapannya sendiri. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/07/farhash-tuntut-polis-tahan-azmin-hilman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohamed Azmin Amirudin Dinasihat Bekerjasama Dengan Polis Wan Azizah

Mohamed Azmin Amirudin Dinasihat Bekerjasama Dengan Polis Wan Azizah

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 336 hits
22 Julai 2019 8 54 PMTIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan pada Program Wacana Ilmu di Sri Satria hari ini UTUSAN ONLINE BERNAMAPUTRAJAYA 22 Julai Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...
Benarkah Azmin Menang Besar Hilman Terkena Sindrom Umno

Benarkah Azmin Menang Besar Hilman Terkena Sindrom Umno

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 428 hits
Rupanya bukan mudah mempertahankan kedudukan bosnya Azmin Ali yang makin lama makin goyah kedudukannya baik dalam kerajaan mahupun parti Hingga terpaksa presiden Gerakan Dominic Lau mengadakan sidang media di Sungai Petani Kedah bagi menjel...
Tahan Azmin Ali Jeng Jeng Jeng

Tahan Azmin Ali Jeng Jeng Jeng

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 272 hits
Pejabat Peguam Negara akan memutuskan sama ada Azmin Ali harus ditahan atau sebaliknya selepas menerima kertas siasatan berhubung skandal video seks yang didakwa melibatkan menteri itu kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Buat masa ini...
Tangkap Azmin Kalau Ada Kredibiliti Farhash Cabar Igp

Tangkap Azmin Kalau Ada Kredibiliti Farhash Cabar Igp

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 289 hits
Farhash Wafa Salvador mencabar Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk menahan Azmin Ali berhubung video seks yang dikaitkan dengan menteri hal ehwal ekonomi itu Beliau juga percaya terdapat konspirasi politik terhadap presiden PKR Anwar...
Azmin Semburit Laung Farhash Pada Penyokong

Azmin Semburit Laung Farhash Pada Penyokong

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 350 hits
Azmin semburit laung Farhash pada penyokong Laungan itu dilontarkan selepas reformasi dan Anwar for PM
Dr M Tak Tahu Polis Tahan Pembantu Anwar

Dr M Tak Tahu Polis Tahan Pembantu Anwar

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 252 hits
Diterbitkan Hari ini 12 08 tengahariPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mengetahui pembantu Anwar Ibrahim ditahan berkaitan video seks membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali Saya tidak tahu ini kali pertama say...
Azmin Hilman Juga Mesti Ditahan Reman Setiausaha Anwar

Azmin Hilman Juga Mesti Ditahan Reman Setiausaha Anwar

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 321 hits
Azmin Hilman juga mesti ditahan reman Setiausaha Anwar Farhash Wafa berkata siasatan polis meletakkan dirinya seolah olah seorang ketua sorak terhadap satu perlakuan homoseksual antara dua lelaki
Polis Tahan Guru Didakwa Tendang Perut Koperal Baru Bersalin

Polis Tahan Guru Didakwa Tendang Perut Koperal Baru Bersalin

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 230 hits
PASIR MAS Seorang guru ditahan berikutan membuat kecoh di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini semalam selain didakwa mengasari termasuk menendang perut seorang koperal berusia 33 tahun yang baru lima bulan bersalin Malah suspek dikat...
Polis Bingung Kenapa Bukan Azmin Yang Ditahan Dedah Setpol Anwar

Polis Bingung Kenapa Bukan Azmin Yang Ditahan Dedah Setpol Anwar

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 503 hits
Setiausaha politik kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim mendedahkan polis bingung kenapa dia yang ditahan dalam siasatan terhadap video seks sejenis melibatkan individu yang dikatakan mirip seorang menteri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak b...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn