Farhash Hantar Notis Tuntut Zuraida Minta Maaf


Adam Abu Bakar


PETALING JAYA: Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menghantar notis tuntutan kepada Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung ucapannya pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di ibu negara selepas kongres nasional PKR pada 8 Dis lepas.

Notis yang dilihat FMT itu, dibuat menerusi Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co, mendakwa Zuraida membuat kenyataan berunsur fitnah, merosakkan dan tidak berasas terhadapnya.

Notis itu berkata beberapa bahagian dalam ucapan Zuraida itu membawa maksud Farhash seorang “gangster”, ada “niat jenayah” dan “agenda tersembunyi”, dan “menggunakan keganasan dan taktik menakut-nakutkan” untuk mencapai matlamat.

“Anak guam kami sangat percaya kenyataan-kenyataan fitnah tersebut, dibuat oleh anda, dibuat dengan niat jahat,” kata peguamnya, Nik Zarith Nik Moustpha dalam notis itu.

“Akibat daripada kenyataan tersebut, anak guam kami mengalami kerugian dan hilang reputasi,” tambahnya.

Farhash mahu Zuraida memohon maaf tanpa syarat dalam tempoh 7 hari bermula tarikh notis dikeluarkan, iaitu 23 Dis lalu, kerana ucapan yang mengandungi dakwaan tidak berasas terhadapnya.

Ketua PKR Perak itu juga mahu Zuraida menyiarkan permohonan maaf itu di akhbar The Star dalam tempoh yang sama.

“Jika anda gagal untuk memenuhi tuntutan ini dalam tempoh masa ditetapkan, kami diarahkan untuk meneruskan tindakan undang-undang, yang mana anda boleh dikenakan ganti rugi, kos, faedah, injunksi dan sebarang perintah ansiliari yang mungkin diperintahkan mahkamah,” katanya.

Nik Zarith ketika dihubungi mengesahkan notis tuntutan itu dan memaklumkan pihaknya belum menerima apa-apa jawapan daripada Zuraida.

“Surat itu mungkin sampai lambat kepada Zuraida. Kita berikan masa yang sesuai,” katanya.

Sebuah majlis makan malam “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”, menyaksikan Zuraida menyampaikan ucapan berapi-api dan menempelak beberapa individu dalam PKR.

Majlis makan malam itu diadakan selepas kongres nasional tahunan PKR, yang berlangsung ditengah-tengah perselisihan antara Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali dan Anwar dan dicemari kejadian pegaduhan dan rasa tidak puas hati Azmin dan sekutu terhadap kandungan ucapan perwakilan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/farhash-hantar-notis-tuntut-zuraida.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zuraida Serah Kepada Peguam Urus Notis Tuntutan Maaf Daripada Farhash

Zuraida Serah Kepada Peguam Urus Notis Tuntutan Maaf Daripada Farhash

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 303 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan notis tuntutan yang dihantar Setiausaha Politik Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung ucapannya pada majlis makan malam di sebuah hote...
Farhash Ancam Saman Zuraida

Farhash Ancam Saman Zuraida

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 272 hits
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak setiausaha politik kepada Presiden PKR mengancam untuk menyaman Zuraida Kamaruddin kerana didakwa memfitnah Ini berkenaan ucapan Zuraida pada majlis makan malam di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada 8 Di...
Elaun Ahli Majlis Tak Boleh Diselaras Kerana Ada Pbt Tak Mampu Kata Zuraida

Elaun Ahli Majlis Tak Boleh Diselaras Kerana Ada Pbt Tak Mampu Kata Zuraida

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 310 hits
AMPANG Penyelarasan elaun ahli ahli majlis pihak berkuasa tempatan seluruh negara belum boleh dilaksanakan kerana masih terdapat PBT yang belum berkemampuan kata Zuraida Kamaruddin Menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu menjelaskan ken...
Zuraida Kunci Mulut Ulas Soal Dalaman Pkr

Zuraida Kunci Mulut Ulas Soal Dalaman Pkr

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 291 hits
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menurunkan tandatangan sebagai gimik Perasmian Tapak Senario Ampang di Ampang Point Selangor foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin nampaknya mengambil...
Apologise Or Face Suit Anwar S Aide Tells Zuraida Over Mafia Remark

Apologise Or Face Suit Anwar S Aide Tells Zuraida Over Mafia Remark

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 762 hits
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak the political secretary to PKR president Anwar Ibrahim has sent a notice of demand to Zuraida Kamaruddin claiming the party vice president defamed him in a speech at a dinner in early December last year F...
Azmin Mukhriz Zuraida Pemimpin Masa Depan

Azmin Mukhriz Zuraida Pemimpin Masa Depan

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 336 hits
Itu hanya satu andaian Jika ia suatu perancangan ia AKAN kekal sebagai perancangan manusia sekadar percaturan manusia Selalunya gagal atau kurang sempurna Perancangan akan bertembung dengan satu perancangan pihak lain JUGA normal Islam is w...
1 Mil Affordable Houses In 10 Years Achievable Says Zuraida

1 Mil Affordable Houses In 10 Years Achievable Says Zuraida

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 252 hits
Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin says private developers are willing to build more units priced at less than RM300 000 PUTRAJAYA The government is on track to achieve one million affordable houses for the B40 group w...
Cukai Taksiran Seluruh Negara Akan Disemak 2020 Kata Zuraida

Cukai Taksiran Seluruh Negara Akan Disemak 2020 Kata Zuraida

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 317 hits
Zuraida Kamaruddin AMPANG Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata cukai taksiran semua pihak berkuasa tempatan seluruh negara akan disemak bermula tahun depan Semakan dibuat selepas kementerian mendapati terdapat ...
Zuraida Bidas Kritikan Najib Berhubung Rasmi Balai Bomba Kimanis

Zuraida Bidas Kritikan Najib Berhubung Rasmi Balai Bomba Kimanis

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 277 hits
January 7 2020 2 26 PMZuraida Kamaruddin ketika merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis pada 4 Jan lalu PUTRAJAYA Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin membidas bekas perdana menteri Najib Razak yang mengkritiknya merasmikan Balai Bomb...
Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Friday Notes From The Quran Declaring This Halal And Declaring That Haram

Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E Dagang Yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Garlic Oyster Lamb

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy

Pokok Cili Padi Vs Pokok Ciku Di Kebun Kecilku

Brownies Dan Creampuff Nuttella Ekin Yusof

Siti Nurhaliza Bisakah Chord