Family Gathering Yang Masih Tertunda


21 Oktober 2025, genap 4 tahun memori paling bermakna dalam hidup aku - dapat jumpa balik dengan family sebelah abah yang dah lama lost contact sejak arwah meninggal tahun 1999

Pencetus 'pertemuan' ni dari komen kakak aku kat post FB trainer perunding imej dia tentang orang asli. Mungkin sebab kakak tag nama aku yang ada nama abah, tu yang buat seorang mamat ni nak bertanya lanjut. Aku memang suka usung nama abah merata alam. Hahahaha. Rupanya mamat tu kazen aku. Anak kepada adik perempuan abah

Masa tu kan aku rasa excited sangat tau. Sebab lamaaaaa gila abah 'sorok' kami dari family dia. Entah la kenapa. Tapi bila dia ada kekuatan nak kenalkan kami dengan family dia, Allah pula jemput dia pulang

Aku sempat jumpa sekali atau dua kali camtu ja dengan mendiang nenek dan adik-adik abah. Tu pun masa bebudak kanyaq lagi. Kazen-kazen yang ada pun aku tak berapa nak cam sangat. Sumpah memang takde dalam ingatan raut wajah depa. Lupa weh

Yang aku ingat, pertama kali jumpa masa aku nak buat IC waktu umur 12 tahun.  Kali kedua masa ada perayaan apa entah, kenduri kahwin sedara abah kot. Aku lupa yang tu. Trauma nak ingat sebab masa aku pergi tengok acara joget lambak malam nya, ada malaun mabuk mana entah kacau aku. Takut gilaaaa. Lari tak cukup tanah aku dibuatnya. Huhu


Kenangan 'pertemuan' itu

Salasilah KeturunanBuat kengkawan dan pembaca blog yang belum tahu lagi salasilah keturunan seketul CikSha yang comel ini, aku sebenarnya mix Melayu + Asli Semai. Pernah tulis dalam blog 14 tahun lepas. Nak baca boleh klik link ni ye 🔗Aku Memang Anak Keturunan Orang Asli
Dalam artikel tu aku meluahkan rasa je sebab geram dengan orang yang asyik perlekehkan orang Asli. Terasa la jugak weh sebab ada darah tu mengalir dalam tubuh badan sendiri. Dia macam ibarat 'cubit paha kanan, paha kiri pun rasa sakit' gitu. Apa ingat orang Asli bisher-biasher je ke? Ramai okay yang luar biasa hebat! Termasuk aku. Tiberrrr. Hahaha

Misi PencarianWalaupun macam 'terputus hubungan', dalam fikiran ni tak pernah lupa yang abah masih ada family lagi sebelah dia. Cuma masa tu masih bebudak kan, teruskan je kehidupan dengan mak dan family sebelah mak ikut apa yang Allah dah atur. Bila dah besar, memang terfikir nak mencari. Tapi tak tahu camna. Nama mak-mak sedara (abah ada 2 adik perempuan) dan sepupu sepapat sebelah sana memang tak ingat pun. Sebab tak pernah kenal rapat. Huhu. 
Sesungguhnya Allah tu Maha Mengetahui niat di hati kami adik beradik. Syukur alhamdulillah. Akhirnya Allah temukan kami di laman FB pada tarikh keramat 21 Oktober 2021. Comel sangat tarikh tu. Kebetulan juga tarikh yang sama, ulangtahun kelahiran anak susuan aku (anak kedua kakak) yang ke-8. Cantik kan percaturan Allah

Dengan izin Allah, dapat jugak aku kenal dengan family sebelah abah. Ramai rupanya sepupu sepapat aku sebelah sana weh. Hihi. 
Gambar Family AbahLepas dari 'pertemuan' tu, kakak ada buat group wasap khas untuk family sebelah abah. Laju kakak i buat keroje ye. Hahaha. Masa tu la kami saling berkenalan dan berbalas gambar. Jadi aku nak simpan gambar-gambar tu dalam blog ni juga. Sekadar untuk tatapan kenangan dan bukti yang kami dah 'jumpa' dengan family abah walaupun sekadar berbalas mesej dan gambar je


Sebahagian ahli keluarga besar sebelah abah
Dia ni la kazen aku yang jumpa kat FB tu. Kerja cikgu. Muka dia ada iras abah sikit.

Adik perempuan abah dengan suami dia.

Rancangan Nak Buat Family GatheringSebenarnya memang ada rancangan nak buat family gathering. Tapi itulah, masih tertunda lagi. Mungkin Allah belum izinkan atas sebab-sebab tertentu agaknya. Lagipun kat group wasap tu pun macam dah sunyi sepi je. Maklum le sebelum ni kan tak pernah beramah mesra, jadi macam awkward gitu nak menyembang santai-santai pun. Sabor je la. Hahaha

Apapun, aku sentiasa berharap yang ikatan kekeluargaan ni takkan terputus lagi walaupun ada antara kami berbeza agama dan kepercayaan. Tapi itulah keunikan kami. Izin Allah belaka dapat sebuah keluarga besar yang bercampur. Nanti boleh celebrate memacam perayaan sama-sama. Seronok nye weh! Happening, kan

Bisik-bisik :: Aku tak pernah malu dengan asal usul keturunan abah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2025/10/family-gathering-yang-masih-tertunda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Jantanlah Lelaki Kalau Culas Nafkah Chazynash Dedah Masih Beri Bekas Isteri Rumah Dan Kenderaan

Tak Jantanlah Lelaki Kalau Culas Nafkah Chazynash Dedah Masih Beri Bekas Isteri Rumah Dan Kenderaan

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 317 hits
Personaliti media sosial Chazynash menegaskan bahawa hubungannya dengan bekas isteri Fatin Morat masih kekal baik walaupun mereka sudah memilih untuk membawa haluan masing masing Ketika ditemui OhBulan pada majlis pelancaran koleksi Christy...
Young Syefura Gerak Kerja Dap Di Pahang Tidak Pernah Berhenti Meskipun Pilihan Raya Umum Masih Jauh

Young Syefura Gerak Kerja Dap Di Pahang Tidak Pernah Berhenti Meskipun Pilihan Raya Umum Masih Jauh

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 191 hits
SHAH ALAM Gerak kerja DAP di Pahang tidak pernah berhenti meskipun Pilihan Raya Umum masih jauh kata Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman Beliau berkata tumpuan kini diberikan kepada usaha mendekati rakyat di semua peringkat tanpa men...
Himpunan Hogoh Jelai Pn Hambar Rakyat Pahang Sebenarnya Masih Terlalu Yakin Dan Amat Memerlukan Kepimpinan Wan Rosdy

Himpunan Hogoh Jelai Pn Hambar Rakyat Pahang Sebenarnya Masih Terlalu Yakin Dan Amat Memerlukan Kepimpinan Wan Rosdy

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 264 hits
Biar pun musuh menyerang kawasannya di DUN Jelai dengan mengadakan Himpunan Hogoh Jelai baru baru ini namun kreadibiliti dan kepercayaan rakyat di situ terhadap Menteri Besar Pahang Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail ternyata terlalu sukar un...
Rawatan Tradisional Tombong Petua Orang Lama Yang Masih Relevan

Rawatan Tradisional Tombong Petua Orang Lama Yang Masih Relevan

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 239 hits
atau nama mediknya antara masalah wanita yang jarang dibincangkan tapi makin ramai alami terutamanya selepas bersalin Ada yang malu nak cerita ada juga yang tak tahu sebenarnya apa yang mereka rasa itu ialah tanda tanda tombong contohnya ra...
Kenapa Masih Menulis Blog Di Zaman Orang Sibuk Buat Video

Kenapa Masih Menulis Blog Di Zaman Orang Sibuk Buat Video

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 285 hits
Setiap kali orang bertanya Masih menulis blog ke Bukan orang sekarang tengok video je aku cuma tersenyum Menulis blog bukan sebab nak popular Menulis blog kerana ia jadi tempat untuk bernafas Apabila aku luahkan yang aku dah berhenti menuli...
Saya Masih Sayangkan Keluarga Saya Isteri Nubhan Dedah Diceraikan Kali Pertama Ketika Hamil Anak Sulung

Saya Masih Sayangkan Keluarga Saya Isteri Nubhan Dedah Diceraikan Kali Pertama Ketika Hamil Anak Sulung

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 271 hits
Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mendedahkan bahawa dirinya pernah diceraikan kali pertama ketika sedang hamil enam bulan anak sulung mereka Ketika ditemui portal OhBulan selepas prosiding pengesahan lafaz ...
Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan

Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 258 hits
MH370 Antara Fakta dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan Setiap kehilangan meninggalkan gema yang tak mudah padam antara fakta yang berserakan dan hati yang masih bertanya Kisah Yang Tular Siapa Philip Wood Beberapa minggu selepas kehilangan ...
Hamas Selesai Bebaskan Semua 20 Tahanan Israel Yang Masih Hidup Di Semenanjung Gaza

Hamas Selesai Bebaskan Semua 20 Tahanan Israel Yang Masih Hidup Di Semenanjung Gaza

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 217 hits
Hamas Selesai Bebaskan Semua 20 Tahanan Israel Yang Masih Hidup Di Semenanjung Gaza BAITULMUQADDIS ISTANBUL 13 Okt Sayap tentera pergerakan Hamas Briged Al Qassam pada Isnin telah menyempurnakan pembebasan 20 tahanan Israel yang masih hidup...
Keajaiban Melk Permata Sejarah Di Tepian Sungai Danube

Donut Kampung Lembut Gebu Resipi Nostalgia Paling Sedap Yang Wajib Cuba

Usd Jpy Analisis Harga Dan Ramalan Yen Jepun Mencuba Mempertahankan Sentimen Kenaikan Harga Menjelang Kdnk Jepun

Macam Mana Nak Dapat Gelaran Datuk

The Ultimate Moist Yummy Banana Cake Recipe

Malaysia Warns Palm Oil Firms Mspo Certification At Risk If Ncr Land Rights Breached Says Deputy Minister

Pasaran Bersedia Untuk Mengambil Risiko

Enjoy Menu Ren Christmas Eve Dinner Buffet Renaissance Johor Bahru Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidup Dalam Koridor Algoritma Menyelami Rasa Penat Dan Ketentuan

Tajuk Kisah Yang Mengajarkan Kita Erti Kesabaran Dan Pengorbanan

Resepi Pizza Roti Gardenia

Assalam Buat Bos Mara Azhar Sulaiman Seru Asyraf Wajdi Berkenaan Konflik Rita Rudaini Dan Muafakat Mrsm

Mata Amp Hidung Dah Jatuh Isteri Dedah Detik Sayu Face Id Telefon Suami Gagal Berfungsi 40 Hari Sebelum Meninggal

Penganggur Didakwa Bunuh Warga Emas