Fam Fries Kitchen Dan Ayo Fried Chicken Ada Di Food Monger Cyberjaya
Kalau bercerita berkenaan makanan di kawasan Cyberjaya, mesti akan terlintas dengan Nasi Arab! Orang kata, kalau ke Cyberjaya ni hanya nampak benda tu aja lah kan? Tapi untuk pengetahuan korang, sekarang kat Cyberjaya dah ada buka satu food court tertutup yang diberi nama Food Monger. Ianya bertempat di Tamarind Square iaitu betul-betul berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya .
Menurut pemiliknya Mohd Naufal Abd Latif, Food Monger akan dibuka setiap hari kecuali hari raya aidilfitri dan raya haji. Waktu operasi mereka pula adalah seawal 8 pagi dan akan ditutup pada 2 pagi.
Pemilik Food Monger En. Mohd Naufal Abd Latif
Menurut beliau lagi, menu yang akan mereka sediakan adalah sesuai untuk semua lapisan iaitu bermula dari menu ekonomi sehingga menu premium seperti stik, lobster dan sebagainya. Kini Food Mongger sudah mempunyai lima (5) vendor makanan yang sudahpun mula beroperasi di sini.
MENU MENARIK DI FOOD MONGER CYBERJAYA
Apa yang menariknya di Food Monger ni, ia merupakan sebuah mini food court yang mempunyai vendor-vendor makanan yang cukup hebat, dan ada diantaranya merupakan makanan yang pernah viral dan mendapat sambutan yang cukup bagus di tempat lain. Apa yang saya maksudkan adalah seperti jenama hebat Fam' Fries Kitchen, Ayo Fried Chicken dan lain-lain
Pemilik Fam' Fries Kitchen (Aedy Ashraf ) & Ayo Fried Chicken (Zahiruddin Ariffin)
Fam' Fries Kitchen
Mesti ramai dah cuba makan kentang goreng dari Aedy Ashraf ni kan? Apa yang menarik sangat dengan kentang goreng beliau ni? Mereka ada menawarkan tiga (3) pilihan iaitu Chili Cheese Fries, Beef Bacon Cheese Fries dan Melted Cheese Fries dengan pilihan tahap rasa original, spicy dan very spicy. Nak EXTRA!! boleh dengan hanya tambah RM3 untuk setiap satu seperti Double Trouble Cheese, Extra Beef Bacon atau Extra Chili
foto ihsan facebook https://www.facebook.com/FamFries.Official/
Pemilik Fam's Fries Kitchen Aedy Ashraf
Dalam tempoh 3 bulan beroperasi, pelakon dan juga usahawan muda Aedy Ashraf mampu membuka 2 cawangan Fam' Fries Kitchen . Ini membuktikan bahawa produk yang dikeluarkan oleh beliau merupakan produk yang berkualiti dan disukai ramai. Beliau sendiri sangat serius dalam menjadikan perniagaan Fam' Fries Kitchen ini sebagai punca pendapatan beliau
Ayo Fried Chicken
Ayo Fried Chicken merupakan Ayam Goreng Cheese yang cukup popular. Rasanya cukup berbeza dengan mana-mana ayam goreng lain kerana ianya merupakan resepi dan ramuan tepung cheese yang dicipta sendiri (homemade) oleh pemiliknya. Mereka ada jual 3 jenis set Ayo Fried Chicken di Food Monger ni iaitu set 12pcs, set 9 psc dan set 6 pcs
Pemilik Ayo Fried Chicken En. Zahiruddin Ariffin
Harganya tidak terlalu mahal dan bagi saya ianya harga mampu milik. Harga untuk set 12pcs + Cheese hanya RM15, Manakala untuk set 9pcs + Cheese pula RM13 dan harga untuk set6pcs pula adalah RM10. Kalau korang rasa ayam tu tak cukup, korang boleh oder tambahan RM0.99 untuk setiap 1pcs. Amacam, murah kan
Mungkin baru pertama kali saya dengar dan cuba, tapi siapa sangka ini merupakan cawangan ke-5 Ayo Fried Chicken . Menurut kata En. Zahiruddin Ariffin, mereka telah memulakan perniagaan mereka di Shah Alam dan oleh kerana sambutan yang sangat bagus kepada Ayo Fried Chicken, mereka telah mempunyai 6 cawangan dalam masa 8 bulan. Ini cukup-cukup luar biasa bagi saya
311 SATAY
Ada pelbagai jenis satay yang ditawarkan oleh 311 Satay ni. Bukan sekadar satay biasa seperti satay ayam dan daging, mereka juga ada menawarkan satay kambing, rusa dan perut untuk pelanggan-pelanggan Food Monger di Cyberjaya. Satay mereka mempunyai texture dan rasa yang menarik, dan yang lebih penting ianya besar dan gebu
MENU DAN HARGA MAKANAN DI FOOD MONGER
Selain dari makanan-makanan yang saya nyatakan di atas ni, korang juga boleh cuba set nasi dan nasi goreng dari Food Monger ni. Korang juga boleh menikmati pelbagai jenis minuman dari Pastel Juice Bar
Food Monger CyberjayaC-01-03, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2019/07/fam-fries-kitchen-dan-ayo-fried-chicken.html