Abc Food Corner Jalan Masjid India
Hi semua! Baru-baru ini Dae diajak untuk review di ABC Food's Corner yang terletak di Jalan Masjid India. So first thing in mind was, wah boleh la shopping di Jalan Tar ataupun SOGO!
And you know what, memang within walking distance, so memang sesuai la korang singgah especially lepas dah penat berjalan shopping! Haha
INFO MENGENAI ABC FOOD'S CORNER
Dibuka setiap hari 11 am - 11 pm
Alamat : ABC Food's Corner, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Konsep : Indian Fine Dining
So jom kita terjah restoran ini!
SUASANA DI DALAM RESTORAN ABC FOOD'S CORNER
Sebaik sahaja melangkah masuk ke restoran, boleh terasa kesejukan penghawa dingin (air cond) di dalam restoran ini. Amat menyegarkan, lagi-lagi kalau dah penat shopping tu kan! hihi
Restoran ini terdapat dua tingkat. So jom kita ke tingkat atas untuk lebih privasi.
So far nampak kemas, bersih dan selesa.
Tujuan mereka memanggil kami ke mari ialah untuk mencuba menu baru mereka iaitu :
Macam menarik, makan dalam talam siap ada daun pisang lagi.
ABC THALI COMBO MEALS
Tidak perlu menunggu lama, kami siap dihidangkan dengan set ABC Thali combo meals ini.
Menarik!
ABC Thali combo meals terdiri daripada :
Main course :Nasi PutihNasi BryaniKari ikanSambal SotongDaging kambing MassalaBurung Puyuh gorengIkan Tenggiri gorengUdang goreng rempahKetam gorengAyam 65Ayam VaruvvalDaging Kambing Sukka VaruvalHati Kambing goreng Kari Perut KambingSayur bendi gorengSayur kobis goreng
Beverage and Dessert :Laddusweet mysoriice creamJus tembikai 2 gelas
Macam-macam ada. Sesuai untuk dimakan untuk 2-3 pax.
Korang boleh pilih nak makan dengan pinggan atau atas daun pisang. Of course we chose daun pisang sebab nak authentic rasa macam ala-ala indian gitu kan! A nice experience!
My review :
Overall, makanan dia memang sedap! Kari dia memang korang kena cuba sebab memang kawwwwww! Semua lauk dia sedap-sedap, dan yang bestnya ada banyak variety so boleh cuba semuanya. Untuk harga RM 44.40, memang berbaloi sebab murah dan ada kepelbagaian. Lagi pula suasana ada aircond, selesa dan bersih. Yang penting Halal!
Double thumbs up!
Untuk pengetahuan korang, mereka turut menyediakan tempat untuk event yang siap ber-aircond, including mic, sepaker dan projector! Boleh memuatkan sehingga 150 orang dalam satu-satu masa.
Manager ABC Food's Corner
Bagi yang mahu makan secara ala carte, boleh la melihat menu di bawah :
ABC CORNER FINE DINING MENU
SCROLL KE BAWAH
_________________________________________________________________________________
For more info :
ABC Food's CornerJalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
016-217 5532
Facebook ABC Food Corner
Korang pun boleh order dari Food Panda okay! Senangggggg
Okay sekian sahaja review hari ini. Thank you for reading!
Disclaimer :DISCLAIMER : This is my honest review based on my personal experience at that moment. It might be different to your experiences in the future.
In collaboration with @socialfoodmarketer
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missdae.com/2019/07/abc-food-corner-jalan-masjid-india.html