Fakta Menarik Mengenai Lebah


1. Nama saintifik lebah adalah Anthophila yang membawa maksud ‘peminat bunga’ (antho = flower, phila = lover). Lebah madu, antara lebah yang paling terkenal mempunyai nama saintifik Apis mellifera yang membawa maksud lebah, pembawa madu (Apis = bee, mellifera = honey-bearing).
2. Lebah adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia, yakni madu lebah. Madu lebah dihasilkan melalui pengumpulan nektar yang kemudiannya dikeringkan menggunakan kibasan sayap lebah. Madu mengandungi kira-kira 76% gula, 18% air dan 8% bahan lain.
3i. Sebuah koloni terdiri daripada tiga jenis lebah, iaitu ratu lebah (queenbee), lebah pekerja (worker bee) dan lebah jantan (drones).
3ii. Ratu lebah dianggap sebagai ketua bagi koloni lebah tertentu. Tugas ratu lebah adalah untuk mengawan dengan lebah jantan untuk menghasilkan telur lebah. Seekor ratu mampu menghasilkan sehingga 2,500 telur lebah sehari. Penggantian ratu lebah berlaku kira-kira setiap 2 hingga 3 tahun sekali setelah kematian ratu yang terdahulu.
3iii. Lebah pekerja (worker bees) adalah terdiri daripada lebah betina. Kesemua tugas melibatkan sarang lebah dikendalikan oleh lebah pekerja termasuk mencari nektar, mengukuhkan dan melindungi sarang serta memberi makanan kepada larva. Hanya lebah pekerja dan ratu sahaja yang mempunyai sengat, akan tetapi setiap lebah pekerja akan mati setelah menyengat sesuatu (kecuali ratu). Tempoh hayat lebah pekerja hanyalah sekitar 6 hingga 8 minggu.
3iv. Lebah jantan pula dikenali sebagai drone. Tugas drone adalah semata-mata unntuk mengawan dengan ratu lebah. Drone mengawan dengan ratu lebah menerusi upacara ‘mating flight’, dimana si ratu akan datang kepada sebilangan drone untuk mencari pasangan, manakala drone yang dipilih akan memasukkan ‘endophallus’ kedalam ratu untuk memancutkan semen (sama seperti penis bagi manusia). Endophallus tersebut kemudiannya direntap dari tubuh si drone selesai proses mengawan. Lazimnya drone akan mati sesudah mengawan dengan ratu. Seandainya ia masih hidup, ia akan diusir keluar kerana telah melaksanakan tugasnya dan sudah tidak diperlukan lagi.
4. Sarang lebah (honeycomb) terbentuk menggunakan sistem bentuk poligon hexagon sempurna (poligon bersisi enam). Susunan bentuk hexagon adalah bentuk pembinaan semulajadi yang paling luas (space efficient) dengan 0% pembaziran ruang serta menggunakan bahan yang paling minima (material efficiency). Ini membantu dalam memastikan penyimpanan madu yang banyak dalam setiap honeycomb tanpa perlu menggunakan banyak bahan (beeswax).
5. Lebah mempunyai dua perut, iaitu perut untuk menyimpan makanan (true stomach) dan perut untuk menyimpan nektar (crop / honey sack). Ia mampu menyimpan kandungan nektar sebanyak 80% dari berat badannya sendiri.
6. Ketika musim sejuk, sebahagian lebah pekerja akan mengambil peranan sebagai ‘heater bees’ dengan menggetarkan seluruh tubuhnya untuk menghasilkan haba bagi memastikan suhu sarang lebah kekal pada suhu 95ºF. (35ºC).
7. Lebah berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan sebaran bauan kimia yang dikenali sebagai feromon melalui kaedah tarian.
8. Menurut catatan beberapa laman sesawang, pakar arkeologi pernah menemui beberapa balang madu lebah didalam sebuah makam Mesir yang sudah mencecah umur 3,000 tahun ketika mereka sedang menjalankan proses penggalian piramid. Ia dikhabarkan ditemui di makam Tutankhamun, manakala ditempat lain ia direkodkan ditemui di kawasan makam yang lain. Ada juga sebahagian berita tersebut tidak menceritakan ciri-ciri madu itu sendiri. Berita ini telah dilaporkan sendiri oleh badan berautoriti sahih seperti National Geographic dan Smithsonian akan tetapi masih diragukan.
9. Lebah bertanggungjawab keatas percambahan sepertiga bekalan makanan manusia seluruh dunia dan 80% pendebungaan melalui serangga dilakukan oleh lebah. Ini adalah kerana lebah melakukan proses pendebungaan (pollination) setiap kali ia hinggap pada mana-mana bunga. Debunga pada benang sari bunga akan melekat pada tubuh badan dan sayap lebah. Ia kemudiannya disebarkan ke kawasan baharu ketika lebah terbang tempat lain. Oleh sebab ini, lebah seperti lebah madu dan lebah kumbang dengung (bumblebee) dikategorikan sebagai antara haiwan yang paling berpengaruh terhadap kehidupan umat manusia. Bahkan, ramai saintis berpendapat bahawa jika pupusnya lebah, maka pupuslah umat manusia.
10. Lebah mempunyai kira-kira 170 reseptor bauan dan deria bau 50 kali ganda lebih baik berbanding anjing. Hal ini ditemui oleh pakar entomologi, Hugh Robertson dalam kajian reseptor bauan (smell) dan rasa (taste) lebah madu di University of Illinois. Bahkan, terdapat beberapa eksperimen dilakukan di Semenanjung Balkan dimana lebah dilatih dan digunakan sebagai ‘smeller bees’ atau pencari periuk api yang masih aktif yang ditinggalkan pasca perang Bosnia 1992 hingga 1995. Selain daripada itu, lebah juga digunakan untuk mengesan sel kanser dari tubuh manusia.
11. Lebah mempunyai deria penglihatan berasaskan warna trichromatic, sama seperti manusia. Manusia boleh melihat warna gabungan yang terdiri daripada tiga warna asas iaitu merah, biru dan hijau. Manakala lebah pula mampu melihat gabungan warna biru, hijau dan ultraviolet. Lebah tidak mampu melihat warna merah akan tetapi boleh mengesan warna yang mempunyai ‘wavelength’ kemerahan seperti kuning dan ‘bee’s purple’ (suatu jenis warna ultraviolet). Kecekapan mata lebah juga 5 kali lebih baik berbanding manusia dimana ia mampu mengesan perubahan warna bunga pelbagai sisi yang dikenali sebagai ‘iridescent’. Kebolehan deria pandangan ini membantu lebah dalam proses pendebungaan dan pengumpulan nektar.
12. Lebah yang ditugaskan untuk menjaga koloni sangat sensitif terhadap gas karbon dioksida. Ini adalah kerana lebah telah berevolusi unntuk mengesan karbon dioksida dalam hembusan nafas musuh dan lazimnya akan menyengat musuh pada kawasan muka, dimana merupakan kawasan paling sensitif pada mana-mana haiwan. Tambahan pula, lebah lebih sensitif terhadap objek yang berwarna gelap dan berbulu, memandangkan kebanyakan mamalia yang menjadi musuh semulajadi lebah mempunyai ciri yang sama. Oleh sebab itulah penternak lebah mempunyai pakaian perlindungan khas yang berwarna putih.
13. Lebah mampu mengibas sayapnya sebanyak 230 kali sesaat, mengakibatkan getaran di udara membentuk bunyi ‘buzz’. Kibasan sayap ini membantu dalam proses pendebungaan, pembentukan madu dan mengekalkan suhu sarang lebah.
14. Lebah pekerja juga melaksanakan peranan sebagai ala-ala penggali kubur atau ‘Undertaker Bees’ dimana ia ditugaskan untuk mengeluarkan mana-mana mayat lebah yang telah mati didalam sesebuah sarang lebah.
15. Pada mulanya, saintis menjangkakan bahawa warna kuning hitam pada tubuh lebah adalah untuk memberi peringatan kepada pemangsa terutama sekali bagi yang pernah disengat untuk menjauhkan diri mereka. Akan tetapi setelah melakukan kajian lebih lanjut, Dr. Nigel Raine dari University of London berpendapat bahawa cara lebah terbang dan bunyi ‘buzz’ yang terhasil daripada lebah tersebut memainkan peranan lebih besar untuk menghalau pemangsa berbanding warna tubuhnya. Akan tetapi ia tetap memainkan peranan tersebut, hanya tidak begitu signifikan.
#AC #SNJoker
Rujukan :
Honey Bee Genus https://www.insectidentification.org/insect-description.asp…
Honey Composition 
https://ift.tt/1JcwonW
Why Nature Loves Hexagon – It’s Okay To Be Smart 
https://youtu.be/Pypd_yKGYpA
Honey Bee Queen Mating Flight
https://www.orkin.com/stin…/…/mechanics-of-honey-bee-mating/
Honey In The Pyramids
i) https://www.nationalgeographic.com.au/…/honey-in-the-pyrami…
ii) https://www.smithsonianmag.com/…/the-science-behind-honeys…/
The Guardian – Importance of Bees
https://www.theguardian.com/…/2015/jun/17/why-are-bees-impo…
Professor Hugh Robertson – Honey Bee’s Chemoreceptors For Smell and Taste
https://ift.tt/2pWjPfB
Smeller Bees and Landmines https://www.telegraph.co.uk/…/Sniffer-bees-reared-to-detect…
Bees and Cancer Cells Detection 
https://www.smithsonianmag.com/…/can-bees-be-trained-to-sn…/
Bees’ Trichromatic Sight
https://ift.tt/2BqRZNf
Honey Bee Aggression 
http://labs.biology.ucsd.edu/…/Teach…/honeybee_aggession.htm
Bee’s Wing Flap
http://m.caltech.edu/ne…/deciphering-mystery-bee-flight-1075
Undertaker Bees
https://www.sciencedaily.com/releas…/1997/…/970910052734.htm

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2018/12/fakta-menarik-mengenai-lebah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simak Fakta Fakta Menarik Selama Harbolnas 12 12 2018

Simak Fakta Fakta Menarik Selama Harbolnas 12 12 2018

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 235 hits
Ketua Hari Belanja Nasional 2018 Indra Yonathan mengatakan produk lokal berhasil menyumbangkan 46 persen dari total transaksi Rp 6 8 triliun selama Harbolnas 12 12 Harbolnas tahun ini memang pihaknya memfokuskan untuk membantu meningkatkan ...
Fakta Menarik Filem Aquaman

Fakta Menarik Filem Aquaman

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 1082 hits
Fakta Menarik Filem Aquaman 2018 Menutup tirai 2018 kita dihidangkan dengan sebuah lagi filem bertemakan superhero yang diadaptasi dari komik DC yang kini menjadi sebahagian daripada DC Extended Universe semakin digemari selepas kemunculann...
5 Fakta Menarik National Costume Perahu Bangau Miss Universe Malaysia 2018

5 Fakta Menarik National Costume Perahu Bangau Miss Universe Malaysia 2018

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 481 hits
Jika tahun lalu kostum nasional nasi lemak Miss Universe Malaysia mencipta fenomena apabila tular di media sosial Tahun ini kostum nasional untuk wakil Miss Universe Malaysia Jane Teoh diperagakan kepada khalayak sebentar tadi Perahu Bangau...
Tempat Menarik Di Pak Bara Satun Thailand

Tempat Menarik Di Pak Bara Satun Thailand

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 3320 hits
Pak Bara lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian Banyak tempat tempat menarik disekitar Pak Bara Ianya terletak dalam daerah Langu Mukim Pak Nam Wilayah Satun Anda digalakkan Lawati Blog Cikgu Joe Satun Untuk Info Satun Lebih...
Apa Yang Menarik Di Hari Graduasi Penyampaian Sijil Dan Hadiah Tadika Azzahra Kids

Apa Yang Menarik Di Hari Graduasi Penyampaian Sijil Dan Hadiah Tadika Azzahra Kids

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 1017 hits
HARI GRADUASI PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH TADIKA AZZAHRA KIDS PULAU PINANGApa yang menarik di Hari Graduasi Penyampaian Sijil dan Hadiah untuk sekolah tadika Soalan ini seakan bermain di minda saat mendapat jemputan ke majlis ini Seingat s...
Mengapa Subjek Sains Tidak Menarik Minat Generasi Muda

Mengapa Subjek Sains Tidak Menarik Minat Generasi Muda

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 285 hits
Maaf jika saya kata ini cuma pendapat peribadi sahaja tapi apa salahnya berkongsi pendapat untuk renungan bersama Sains itu membosankan apabila ianya dianggap hanya sebagai satu subjek akademik yang perlu diambil untuk lulus peperiksaan Sit...
Tarikkan Terbaru Dan Menarik Di Genting Highlands Musim Cuti Sekolah Ini

Tarikkan Terbaru Dan Menarik Di Genting Highlands Musim Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 935 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan seklaian Yes sekarang ni musim cuti sekolah dan musim untuk membawa anak anak dan keluarga pergi berjalan jalan betul tak Sapa ada rancangan nak pergi ker G...
Tawaran Menarik Ezbuy Dan Diskaun Hebat Sampena 12 12

Tawaran Menarik Ezbuy Dan Diskaun Hebat Sampena 12 12

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 416 hits
Tawaran Menarik ezbuy dan Diskaun Hebat Sampena 12 12Bercakap tentang shopping mesti ramai yang sekarang memilih untuk berbelanja melalui laman online saja Termasuklah Lisa pon lebih suka berbelanja secara online je kalau nak harapkan datan...
Travel Padang Sumatera Barat Indonesia Destinasi Marine Tempat Menarik Untuk Diterokai

Travel Padang Sumatera Barat Indonesia Destinasi Marine Tempat Menarik Untuk Diterokai

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 647 hits
TRAVEL to Padang Sumatera Barat Indonesia adalah buat pertama kali bagi Seri Wangi menjejakinya Hati rasa berbunga dan ofcourse tersangat happynya dapat merantau ke negara orang terutamanya ke Padang Sumatera Barat Indonesia selama 3 hari P...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever