Fakta Fakta Yang Ingin Diketahui Pada Kabinet Muhyiddin



Selepas seminggu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan, Muhyiddin Yassin mengumumkan kabinet barunya pada hari ini

Seberapa besar kabinet? Berapa ramai wanita? Siapa pemimpin besar yang tidak tersenarai?


Adakah kabinet ini lebih besar?

Ya. Kabinet Dr Mahathir Mohamad mempunyai 27 menteri, yang mana Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang dua portfolio. Mahathir pula melantik 26 timbalan menteri.

Kabinet Muhyiddin Yassin memiliki 32 portfolio dan perdana menteri telah melantik 38 timbalan menteri. Tujuh kementerian mempunyai dua timbalan menteri.
Siapa di kalangan kabinet bukan ahli politik?

Kerajaan baru PN telah melantik dua orang bukan ahli politik ke dalam barisan jemaah menteri, bekas CEO Kumpulan CIMB, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, 46 dan bekas mufti Wilayah Persekutuan Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 51.
Mereka akan dilantik sebagai senator.

Tengku Zafrul berpengalaman luas selama 24 tahun dalam bidang industri kewangan, manakala Zulkifli pula dikenal dengan pendekatannya yang sederhana selama menjadi mufti sejak 2014.

Berapa kerusi dapat mengikut parti?
Bersatu menguasai sebahagian besar jawatan kabinet dan timbalan menteri, walaupun berada di tangga kedua dari segi jumlah anggota parlimen penyokong kerajaan.

Bersatu mengawal 34 peratus jawatan dalam kabinet walaupun mempunyai hanya 26 peratus jumlah anggota parlimen.

Umno berada di kedudukan kedua dengan menguasai 28 peratus jawatan kabinet walaupun memiliki 35 peratus MP penyokong kerajaan.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) berada di tempat ketiga walaupun dari segi jumlah MP, ia sama dengan PAS.
Kedua-dua PAS dan GPS (gambar, atas) mempunyai 18 MP tetapi gabungan dari Sarawak itu mendapat empat jawatan menteri kabinet manakala PAS mempunyai tiga orang.

Keseluruhannya, Bersatu kini mempunyai 11 menteri, manakala Umno sembilan, empat GPS, PAS tiga, MCA dua, MIC satu dan PBS satu.

Bagi timbalan menteri, Bersatu akan mempunyai 14 orang, diikuti oleh Umno dengan sembilan timbalan menteri, PAS dan GPS pada masing-masing lima, MCA tiga, PBRS satu dan Star satu.

Pemimpin kanan parti manakah tidak dilantik sebagai menteri?

Kedua-dua Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan tidak dilantik ke dalam barisan jemaah menteri kerajaan PN.

Pemimpin Umno paling kanan yang dilantik ke dalam kabinet ialah Noraini Ahmad (menteri pendidikan tinggi).

Beliau ialah ketua Wanita Umno, yang pada tahun lepas selepas pindaan perlembagaan parti telah dinaikkan setaraf dengan kedudukan timbalan presiden Umno.

Hanya satu daripada tiga naib presiden Umno yang dilantik ke dalam kerajaan PN. Ismail Sabri Yaakob (gambar, bawah) kini menjadi menteri pertahanan, manakala Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid tidak tersenarai ke dalam kabinet.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak termasuk dalam kerajaan baru tetapi timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai menteri alam sekitar.

Tidak mengejutkan apabila Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan MB Kelantan Mohd Amar Abdullah tidak dilantik kerana masing-masing sedang mentadbir kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, seorang lagi naib presiden PAS, Idris Ahmad, yang tidak memegang jawatan kepimpinan negeri, tidak dilantik ke dalam kabinet.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dilantik sebagai menteri di JPM yang bertanggungjawab terhadap urusan undang-undang dan hal ehwal parlimen, jawatan penting yang boleh mempengaruhi perubahan perundangan.

Presiden MIC S Vigneswaran (gambar, bawah) juga tidak termasuk dalam kabinet. Beliau kini merupakan Yang di-Pertua Dewan Negara.
Timbalannya, M Saravanan telah dilantik sebagai menteri sumber manusia.

Bagi GPS pula, presiden PBB (Abang Johari Openg), PRS (James Masing) dan SUPP (Sim Kui Hian) difahamkan tidak termasuk ke dalam kabinet kerana mereka sudah menjadi sebahagian daripada kabinet Sarawak

Pengecualian kepada Presiden PDP Tiong King Sing yang dilantik sebagai timbalan menteri perpaduan negara.

Berapa nisbah wanita jadi menteri ahli kabinet, timbalan menteri?

Terdapat lima menteri kabinet wanita dan empat timbalan menteri. Jumlah ini tidak berubah sebagaimana kabinet sebelumnya.

Bagaimanapun, perlu diingatkan Dr Wan Azizah memegang dua jawatan kabinet pada masa itu dan dari segi nisbah sekarang terdapat lebih ramai lagi timbalan menteri.

Berapa banyak kem Azmin Ali dapat jawatan?

Bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali memainkan peranan penting dalam membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baru kerana beliau merancang sekumpulan ahli parlimen untuk berpaling tadah kepada gabungan baru.
Termasuk Azmin, terdapat 10 MP yang meninggalkan PKR untuk menyertasi Bersatu susulan "Langkah Sheraton."

Daripada kumpulan bekas anggota parlimen PKR ini, Rashid Hasnon merupakan satu-satunya MP yang tidak menjadi menteri kabinet atau timbalan menteri. Perlu diingatkan Rashid masih lagi timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pelantikan kem Azmin adalah seperti berikut:

Menteri:
Azmin AliSaifuddin AbdullahZuraida KamaruddinTimbalan menteri:
Ali BijuJonathan YassinKamaruddin JaffarMansor OthmanSanthara KumarWillie MonginBerapa ramai menteri, timbalannya dari Sabah, Sarawak?

Terdapat empat menteri kabinet dari Sarawak dan dua dari Sabah. Ini menjadikan enam menteri dari Malaysia Timur, naik dari hanya empat ketika kabinet sebelumnya.

Jadi, pada masa ini, 18.75 peratus menteri kabinet berasal dari Malaysia Timur walaupun kira-kira 20 peratus MP yang menyokong Muhyiddin dari sini.

Adakah kementerian bubar? Adakah terdapat kementerian baru?

Paling ketara, tiada lagi jawatan timbalan perdana menteri di dalam kabinet buat masa ini. Walau bagaimanapun, Muhyiddin masih boleh menamakan timbalannya kemudian.

Muhyiddin juga telah menghapuskan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Jabatan Perdana Menteri dan menggantikannya dengan Kementerian Perpaduan Negara yang berdiri sendiri.
Empat kementerian pula sama ada dinamakan semula atau disatukan:
Kementerian Pertanian dan Industri Asas TaniKementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perbahan Iklim dan Alam SekitarKementerian Air, Tanah dan Sumber AsliKementerian Industri Utama.Laporan tambahan oleh Rameiza Wahid dan Naziatul Syahira Mustafa Kamel.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/fakta-fakta-yang-ingin-diketahui-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fakta Senarai Menteri Kabinet Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin

Fakta Senarai Menteri Kabinet Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1096 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akhirnya mengumumkan barisan kabinet untuk bersama sama pentadbirannya dan dalam sidang media memberitahu jawatan timbalan perdana menteri tidak diwujudkan sebaliknya beliau melantik empat orang menteri kana...
Kerajaan Pn Sekilas Fakta Kabinet Ts Muhyiddin

Kerajaan Pn Sekilas Fakta Kabinet Ts Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1380 hits
Selepas seminggu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan Muhyiddin Yassin mengumumkan kabinet barunya pada hari ini Seberapa besar kabinet Berapa ramai wanita Siapa pemimpin besar yang tidak tersenarai membantu anda mendapatkan ja...
Muhyiddin Yassin Umum Senarai Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2020

Muhyiddin Yassin Umum Senarai Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2020

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 815 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun diumumkan Pengumuman mengenainya telah dilakukan di semua media rasmi termasuklah siaran langsung di televisyen oleh Yang Berbahagia Perdana Menteri Pengumuman ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepa...
Ahli Parlimen Senior Umno Yang Tidak Mendapat Jawatan Akan Gugat Kabinet Muhyiddin

Ahli Parlimen Senior Umno Yang Tidak Mendapat Jawatan Akan Gugat Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 367 hits
Sebagaimana kita sedia maklum UMNO merupakan blok terbesar dalam PN dengan jumlah Ahli Parlimennya seramai 39 orang Bagaimanapun dalam sususan kabinet yang diumumkan semalam hanya 16 Ahli Parlimen UMNO yang dilantik sama ada sebagai menteri...
Komentar Kabinet Muhyiddin Kabinet Jaga Diri Bukan Jaga Negara Mso

Komentar Kabinet Muhyiddin Kabinet Jaga Diri Bukan Jaga Negara Mso

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 259 hits
ULAS KABINET Bhg Pertama dari dua bhg Oleh Mohd Sayuti OmarMuhyiddin tunjuk senarai kabinetnya yang dibentuk dengan ijtihad SUDAH banyak ulasan mengenai kabinet Muhyiddin Yassin yang diumum petang semalam Para pengulas membuat huraian mengi...
Kabinet Muhyiddin Petanda Kembalinya Rejim Lama Lapor Media Asing

Kabinet Muhyiddin Petanda Kembalinya Rejim Lama Lapor Media Asing

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 346 hits
MALAYSIA DATELINE Nikkei menyifatkan kabinet baharu Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diumumkan semalam sebagai petanda kembalinya rejim lama Sebahagian besar komposisi kabinet tersebut menurut Nikkei jawatan diberikan ...
Kabinet Muhyiddin Redhalah Penyokong Dan Ahli Pas

Kabinet Muhyiddin Redhalah Penyokong Dan Ahli Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 260 hits
Ketiadaan wakil PAS dilantik ke menteri kanan dalam Kabinet kerajaan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin mula di perkatakan pembual politik tanah air Tidak ketahuan sedalam dan sejauh mana kekecewaan dirasai terutama penyokong kuat parti Isla...
Barisan Kabinet Muhyiddin Yassin Di Mana Kekuatannya

Barisan Kabinet Muhyiddin Yassin Di Mana Kekuatannya

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 599 hits
Tahniah admin ucapkan kepada yang telah terpilih untuk menganggotai barisan kabinet TS Muhyiddin Yassin Secara keseluruhan rakyat Malaysia mengharapkan supaya barisan kabinet yang dilantik pada kali ini tidak lagi dibarisi oleh Si Dungu yan...
Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020 Dibawah Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020 Dibawah Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1019 hits
Berbagai reaksi yang diberikan ramai atas pengumuman Menteri Kabinet yang telah disenaraikan dalam Kabinet Di bawah Pentadbiran Tan Sri MuhyiddinYassin hari ini Rata ratanya ramai yang terkejut dan mempertikaikan tentang pelantikan Rizal Me...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip