Komentar Kabinet Muhyiddin Kabinet Jaga Diri Bukan Jaga Negara Mso


ULAS KABINET
[Bhg Pertama dari dua bhg]

Oleh: Mohd Sayuti Omar

Muhyiddin tunjuk senarai kabinetnya yang dibentuk dengan ijtihad.
SUDAH banyak ulasan mengenai kabinet Muhyiddin Yassin yang diumum petang semalam. Para pengulas membuat huraian mengikut kecenderungan masing-masing. Kita kena hormat apa dan siapa juga yang mengulasnya. Sesiapa boleh membuat ulasan mengikut perspektif masing-masing.

Bagaimana pun bagi saya ada beberapa sisi yang menimbulkan tanda soal dengan kabinet kerajaan hasil rompakan itu. Antaranya tentang saiz kabinet itu lebih besar berbanding dengan kabinet Mahathir Mohamad dahulu.

Pembesaran saiz kabinet ini tidak perlu dan munasabah dengan keadaan negara kini yang meruncing. Saiz kabinet itu seperti orang "jubur" kecil tetapi nak berak besar.

Pembesaran saiz kabinet ini sebenarnya tidak perlu memandangkan keadaan ekonomi negara yang kritikal dengan pelbagai masalah. Negara kehilangan dan kehabisan wang yang banyak sementara usaha untuk menambah kantung negara masih terkial-kial. Kerajaan PH berusia 22 bulan masih belum berjaya memulihkan kesakitan negara.

Apakah Muhyiddin mengambil langkah itu, tambah anggota kabinet untuk mereka tambah dan usahakan pendapatan negara, atau ada maslahah dan tujuan lain.

Daku tidak melihat keutamaan tersebut ke arah dicari Muhyiddin dengan pembentukan kabinetnya itu. Beliau ada alasan dan sebab lain kenapa kabinet dibesarkan saiznya. Melihat kepada sosok yang dilantik jadi anggota kabinet yang tidak memiliki pakar tertentu, punya keterampilan terbukti, macam mana masalah dihadapi negara kini dapat diselesaikan. Tidak mungkin.

Justeru, saya melihat pembesaran kabinet itu lebih kepada untuk memberi jawatan atau kerja atau upah kepada ahli parlimen yang mewakili kumpulan tertentu yang kemudian berjaya merampas kerajaan PH dan berhasil pula menunaikan cita-cita terpendam Muhyiddin untuk jadi PM. Itu sahaja. Ertinya jawatan dan pelantikan mereka lebih kepada sebagai upahan, bukan kepada kepentingan untuk negara. Kabinet Muhyiddin adalah kabinet yang resah gelisah kabinet untuk menjaga dirinya bukan menyelamatkan negara.

Dalam pembentukan kabinet diumumkan semalam, yang dibuat dengan ijtihad kononnya, Muhyiddin mewujudkan 37 jawatan menteri dan 38 jawatan timbalan menteri. Saiz kabinet ini rasanya terbesar berbanding dengan kabinet sebelum ini. Berbanding dengan kabinet kerajaan PH lalu, Mahathir mewujudkan sebanyak 27 jawatan menteri dan 26 timbalan menteri. Beliau memperkecilkan saiz kabinet. Sebaliknya Muhyiddin membesarnya. Kabinet Muhyiddin juga ada ada tujuh kementerian mempunyai dua orang timbalan menteri.

Keadaan ini menjelaskan Muhyiddin membentuk kabinet untuk mengurangkan pengangguran di kalangan ahli parlimen? Dari sini juga dapat difahami bahawa beliau terpaksa melakukan begitu walaupun negara tidak memerlukan kabinet sebesar itu. Ia dibuat bukan untuk negara tetapi untuk dirinya sendiri. Jelas. Tindakan ini sangat tepat dilakukan oleh seorang pencuri yang senantiasa dikejar bayang-bayangnya sendiri.

Menurut eceran mengikut parti pula, Bersatu mendapat 10 menteri dan timbalan 15 orang, atau kira-kira 34% menguasai kabinet walaupun partinya memiliki 26 kerusi parlimen. Umno pula mendapat 9 menteri dan timbalan 8 orang, menguasai 28% walaupun memiliki kerusi parlimen 35%, yakni parti terbesar.

Manakala parti-parti lain, GPS dan Pas masing-masing mendapat tiga menteri dan lima menteri. Apa yang jelas pemberian jawatan sebagai upah ialah kepada serpihan PKR, dibawah pimpinan Azmin Ali mendapat empat (4) menteri dan lima (5) timbalan, hampir semua ahli parlimennya diberikan jawatan, kecuali Abdul Rashid Hasnon, yang kini memegang jawatan timbalan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Wajar kalau serpihan PKR mendapat upah paling ramai kerana mereka adalah kumpulan yang memberi kejayaan kepada Muhyuddin. Anjing pemburu yang dapat menangkap mangsa yang besar sepantasnya diberi upah tulang dan daging yang banyak.

Apabila mengenang Umno mempunyai kerusi paling banyak, 35 orang, tetapi hanya sembilan (9) dilantik menjadi menteri, ia menunjukkan parti berkenaan berada di bawah kekuasaan Bersatu yang bergabung dengan serpihan PKR. Penerimaan kabinet ini oleh Umno seakan terpaksa dan dibuat-buat sahaja. Ia sungguh tidak memuaskan. Umno pasti tidak berpuas hati dan situasi ini membahayakan Muhyiddin. Apa pun keadaan Umno tetap merasakan mereka gah dan berhak untuk mengatasi Bersatu dan lain-lain.



Apa lagi terdapat lapan (8) ahli parlimen Umno yang mempunyai pengalaman jauh lebih luas berbanding dengan setengah mereka dilantik sebagai menteri, tidak berada sama dalam jemaah kabinet itu. Mereka adalah, Shahidan Kassim, Tajuddin Abdul Rahman, Ahmad Maslan, Azalina Othman Said, Noh Omar, Mahdzir Khalid, Khalid Nordin, Jazlan Yaakob dan Mohamad Hassan, menyebabkan timbul persoalan.

Mereka itu adalah bekas menteri kabinet, Menteri Besar atau timbalan menteri yang sudah ada pengalaman, tetapi kenapa tidak diambil?

Apakah mereka tidak melepasi saringan SPRM dan PDRM? Muhyiddin semasa hendak umum barisan kabinet dengan bangga mengatakan senarai kabinet yang akan diumumkan merupakan nama-nama yang lepas saringan SPRM dan PDRM?

Daku tidak melihat apa dinyatakan Muhyiddin itu jujur. Mungkin boleh jadi, mereka tidak melepasi saringan itu kerana sebab-sebab tertentu. Dan molek kalau Muhyiddin mahukan anggota kabinetnya mereka yang bersih, berintegriti dan berwibawa.

Tetapi bukankah ada mereka yang pernah disiasat oleh SPRM dan PDRM dan dikatakan ada masalah tetapi diangkut ke dalam kabinet, seperti Annuar Musa dan Hishammuddin Hussein. Isu MARA, PPRT dan pembelian helikopter oleh Mindef semasa Hishammuddin jadi menteri, masih diperkatakan dan belum selesai sampai kini. Kalau pun kasus itu tidak membabitkan Hishammuddin tetapi ia sedikit sebanyak menyebabkan beliau tercalar dan pemilihannya boleh dipersoal.

Oleh sebab itu daku kata Muhyiddin tidak jujur dan tidak benar kalau beliau kata pemilihan ahli parlimen untuk menganggotai kabinetnya "belaka" mereka bersih, berintegriti dan berwibawa. Pelantikan itu lebih berdasarkan kepada kepentingan dan keuntungan buat dirinya. Sebenarnya Muhyiddin melantik orang yang rapat dan mesra dengannya.

Misalnya ada beberapa orang yang mempunyai hubungan rapat dan mesra dengannya diambil menjadi anggota kabinet walaupun mereka boleh dipertikaikan soal kemampuan dan integriti. Dr Radzi Jidin, Annuar Musa, adalah individu dikenali sebagai orang dan kawan baiknya. Radzi dilantik menjadi Menteri Pendidikan adalah pemungut bola golf kepada Muhyiddin begitu juga dengan Annuar Musa merupakan kawannya.

Setiap kali Muhyiddin mengadakan lawatan ke Australia Radzilah yang mengelap kayu golf Muhyiddin.

Paling ketara ialah pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang dikatakan ada bau-bau bacang dengan Muhyiddin? Jika disusul galur Zafrul ada talian sabit dengan Muhyiddin. Cuba pakat-pakat semak. Ertinya selain individu berintegriti mereka yang mesra dengannya juga diambil kira. Misalnya kenapa beliau tidak mengambil Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetahui Kementerian Kewangan?

Pelantikan bekas Mufti Wilayah Dr Zulkifly Mohamad al-Bakri (foto atas) dilihat lebih kepada untuk dijadikan pelindung kepada kabinet dan kerajaan Muhyiddin. Umum sudah tahu kabinet dibentuk itu adalah hasil daripada pengkhianatan secara berkumpulan. Maka untuk tidak dilihat ia jahat, maka seorang agama seperti Zulkifli itu diambil.

Apakah Muhyiddin mampu "melindungi-tusuk" (melindungi) kejahatan itu hanya dengan mengambil seorang anggota kabinet yang arif mengenai hukum hakam? Bolehkah Zulkifli melenyapkan persepsi umum kepada kerajaan Muhyiddin yang dibentuk atas pengkhianatan itu hanya dengan menampilkan dirinya dan membaca doa-doa panjang dalam majlis?


Mampukan Zulkifli menangkis segala tuduhan ke aras kerajaan yang dibentuk dengan cara menafikan kuasa rakyat itu. Timbul sedikit kepelikan kepada daku, macam mana seorang Mufti yang dipuja sebagai sederhana, mendamaikan tiba-tiba sanggup bersekongkol dengan pengkhianat?

Selepas ini kita percaya dan yakin Zulkifli juga akan membaca dan menelaah kitab politik sama dengan apa yang dibaca oleh Abdul Hadi Awang selama ini. Kalau itu berlaku ini bermakna bekas Mufti itu cuba mengapor dirinya sendiri.

Sejarah lalu tidak dapat dielakkan oleh Zulkifli, apabila seseorang itu terjun ke dunia politik, ia umpama terjun ke dalam car. Bak kata pepatah Arab kalau berkawan dengan penjual minyak attar, minyak akan terbau kepada kita, dan kalau berkawan dengan tukang besi percikan api terkena ke baju kita.

Dan bagi daku penerimaan beliau untuk berada dalam jemaah kabinet walaupun dengan nawaitu yang bersih, satu keputusan yang kurang bijak kerana beliau tetap akan dicemuhi. Dan langkah itu akan mengotorkan serban dan kopiah merah yang dipakainya itu.

Kita rasa tidak sampai setahun, sebulan dua sahaja, kopiah merah bekas Mufti itu akan bertukar menjadi kelabu atau perang. Pelantikannya seperti mahu membunuh saksyiahnya selama ini. Bersambung. Sorotan kepada menteri daripada parti agama. [wm.kl. 1:46 pm 10/03/2020].

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/03/komentar-kabinet-muhyiddin-kabinet-jaga.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Di Luar Negara Dinasihati Segera Daftar Diri Di Kedutaan

Rakyat Malaysia Di Luar Negara Dinasihati Segera Daftar Diri Di Kedutaan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 301 hits
Manchester Rakyat Malaysia di luar negara dinasihatkan segera mendaftar diri dengan misi diplomatik Malaysia yang terdekat berikutan penularan COVID 19 kata Wisma Putra Kementerian Luar secara berterusan melaksanakan pemantauan berhubung si...
Fakta Fakta Yang Ingin Diketahui Pada Kabinet Muhyiddin

Fakta Fakta Yang Ingin Diketahui Pada Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 512 hits
Selepas seminggu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan Muhyiddin Yassin mengumumkan kabinet barunya pada hari ini Seberapa besar kabinet Berapa ramai wanita Siapa pemimpin besar yang tidak tersenarai Adakah kabinet ini lebih bes...
Barisan Kabinet Muhyiddin Yassin Di Mana Kekuatannya

Barisan Kabinet Muhyiddin Yassin Di Mana Kekuatannya

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 599 hits
Tahniah admin ucapkan kepada yang telah terpilih untuk menganggotai barisan kabinet TS Muhyiddin Yassin Secara keseluruhan rakyat Malaysia mengharapkan supaya barisan kabinet yang dilantik pada kali ini tidak lagi dibarisi oleh Si Dungu yan...
Kabinet Tanpa Tpm Strategi Baik Untuk Survival Muhyiddin Kata Penganalisis

Kabinet Tanpa Tpm Strategi Baik Untuk Survival Muhyiddin Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 255 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik memuji langkah Muhyiddin Yassin mengecualikan jawatan timbalan perdana menteri daripada Kabinetnya yang disifatkan strategi baik bagi membantu memastikan survival politiknya Kamarul Zaman Yusoff da...
Ujian Pertama Sprm Siasat Kabinet Muhyiddin Berpaling Tadah

Ujian Pertama Sprm Siasat Kabinet Muhyiddin Berpaling Tadah

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 255 hits
Cabaran pertama kepada Pesuruhjaya SPRM yang baharu Azam Baki ialah menyiasat beberapa menteri kabinet Muhyiddin yang sebelum ini menyokong Tun Mahathir Menurut Pengarah Komunikasi PKR itu beberapa bekas menteri kebinet Dr Mahathir muncul d...
Fakta Senarai Menteri Kabinet Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin

Fakta Senarai Menteri Kabinet Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1097 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akhirnya mengumumkan barisan kabinet untuk bersama sama pentadbirannya dan dalam sidang media memberitahu jawatan timbalan perdana menteri tidak diwujudkan sebaliknya beliau melantik empat orang menteri kana...
Muhyiddin Dalam Dilema Untuk Pilihan Anggota Kabinet

Muhyiddin Dalam Dilema Untuk Pilihan Anggota Kabinet

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 614 hits
ULASANMuhyiddin sedang memilih MP untuk dilantikanggota kabinet MUHYIDDIN kini terjempik dan berada dalam keadaan dilema untuk membentuk kabinetnya Gabungan yang merampas kuasa menjatuhkan kerajaan PH mempunyai ahli parlimen yang mencukupi ...
Kabinet Muhyiddin Redhalah Penyokong Dan Ahli Pas

Kabinet Muhyiddin Redhalah Penyokong Dan Ahli Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 261 hits
Ketiadaan wakil PAS dilantik ke menteri kanan dalam Kabinet kerajaan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin mula di perkatakan pembual politik tanah air Tidak ketahuan sedalam dan sejauh mana kekecewaan dirasai terutama penyokong kuat parti Isla...
Senarai Penuh Kabinet Muhyiddin

Senarai Penuh Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 378 hits
MALAYSIAKINI Berikut senarai penuh kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin seperti diumumkan sebentar tadi Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin AliTimbalan Menteri Lim Ban Hong Menteri Kanan Menteri Per...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut