Fahmi Tahap Liputan Internet Dan Komunikasi Kawasan Berpenduduk Di Pahang Capai Lebih 94 Peratus






KUALA LUMPUR: Tahap liputan Internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di Pahang secara keseluruhannya telah mencapai 94.68 peratus manakala liputan kemudahan itu di Parlimen Kuala Krau kini di tahap 94.84 peratus.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa 1 di Parlimen Kuala Krau termasuk pembinaan dua menara baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak dan satu di DUN Jengka juga telah siap serta kini beroperasi.
Beliau berkata, pembinaan dua menara di DUN Kerdau iaitu di Kampung Tanjung Danolang dan Kampung Teluk Sabak sudah selesai manakala kerja-kerja sambungan gentian optik serta bekalan elektrik dan pemasangan peralatan elektronik sedang dilaksana.
Kedua-dua menara dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.
"Semua 87 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf dengan 6,885 daripada 8,689 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik dan satu lokasi di DUN Kerdau iaitu di Kampung Orang Asli Paya Sendayan menikmati perkhidmatan Internet menggunakan teknologi satelit (BWA),” katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat pada Rabu.
Fahmi berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) berhubung isu liputan komunikasi dan Internet yang masih lemah di kawasan Parlimen Kuala Krau.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, tiga aduan diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) pada April bagi DUN Jenderak dan DUN Kerdau iaitu di kawasan perumahan PRIMA Bukit Lada, Kampung Gunung Senyum serta Felda Jenderak Utara.
Beliau berkata, audit Standard Mandatori menemukan ketidakpatuhan di perumahan PRIMA Bukit Lada melibatkan rangkaian Celcom, Digi dan Maxis manakala di Felda Jenderak Utara hanya melibatkan rangkaian Celcom manakala semua rangkaian yang diuji di Kampung Gunung Senyum mematuhi piawaian.
"Surat amaran telah dikeluarkan kepada pihak CelcomDigi dan Maxis untuk membuat penambahbaikan sewajarnya... CelcomDigi telah membuat penambahbaikan dengan menjalankan kerja-kerja penaiktarafan rangkaian bagi lokasi perumahan PRIMA Bukit Lada dan telah disahkan oleh MCMC.
"Maxis telah memberikan maklum balas akan membuat penambahbaikan melalui projek penaiktarafan 4G yang dijangka selesai pada suku kedua 2025... tetapi secara peribadi, saya rasakan ini terlalu lama dan saya akan maklumkan kepada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Maxis (mengenai) ketidakpuasan hati atas kelewatan ini,” katanya.
Fahmi juga berkata, usaha meningkatkan capaian Internet di luar bandar menggunakan teknologi fiber juga giat dilaksanakan menerusi Titik Kehadiran (PoP) dengan menjadikan sekolah sebagai hab infrastruktur jalur lebar gentian optik dan boleh dilanggan oleh komuniti setempat.
Beliau berkata, di Pahang, setakat 22 Oktober lepas sebanyak 57 PoP berjaya disiapkan bagi Fasa Satu menjadikan 6,048 premis tersedia dengan sambungan gentian optik untuk dilanggan komuniti setempat manakala 382 PoP bagi Fasa Dua dijadualkan siap pada akhir 2025.
"Bagi Parlimen Kuala Krau, lima PoP selesai dibina sepenuhnya bagi Fasa 1 iaitu masing-masing satu di DUN Jenderak dan DUN Jengka serta tiga di DUN Kerdau manakala 23 PoP bagi Fasa 2 dijadualkan siap sepenuhnya akhir tahun depan
"Sebanyak 520 premis kini telah tersedia dengan sambungan gentian optik di Parlimen Kuala Krau,” katanya. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/10/fahmi-tahap-liputan-internet-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Liputan Internet Di Pahang Cecah 94 Dua Pecawang Baharu Kini Beroperasi

Liputan Internet Di Pahang Cecah 94 Dua Pecawang Baharu Kini Beroperasi

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 170 hits
Liputan internet dan komunikasi di Pahang kini mencapai tahap 94 68 kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Di Parlimen Kuala Krau liputan berada pada kadar 94 84 berkat pelaksanaan inisiatif Jalinan Digital Negara Fasa 1 Inisiatif ini terma
Sultan Pahang Ambil Kesempatan Untuk Melihat Sendiri Tinjau Kawasan Banjir Di Daerah Temerloh

Sultan Pahang Ambil Kesempatan Untuk Melihat Sendiri Tinjau Kawasan Banjir Di Daerah Temerloh

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 346 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meninjau keadaan banjir di daerah Temerloh Menurut kenyataan Kesultanan Pahang baginda mengambil kesempatan untuk melihat sendiri kawasan berkena...
Jpj Pahang Telah Periksa Sebanyak 325 326 Kenderaan 23 Peratus Daripadanya Dikenakan Tindakan

Jpj Pahang Telah Periksa Sebanyak 325 326 Kenderaan 23 Peratus Daripadanya Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 175 hits
KUANTAN Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang telah memeriksa sebanyak 325 326 buah kenderaan sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 28 Oktober lalu Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Ir Razali Kassim berkata daripada jumlah i...
Satelit Boeing Meletup 150 Negara Terputus Komunikasi Internet

Satelit Boeing Meletup 150 Negara Terputus Komunikasi Internet

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 253 hits
KOSMO WASHINGTON nbsp Sebuah satelit Boeing mengalami kejanggalan sistem yang menyebabkannya meletup secara spontan di orbit mengakibatkan internet dan komunikasi terputus secara meluas di seluruh dunia lapor portal berita MailOnline semala...
Parti Nyamuk Seperti Pejuang Jangan Bersikap Lebih Sudu Dari Kuah

Parti Nyamuk Seperti Pejuang Jangan Bersikap Lebih Sudu Dari Kuah

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 318 hits
Parti Nyamuk Seperti PEJUANG Jangan Bersikap Lebih Sudu Dari Kuah Permohonan maaf bekas perdana menteri DS Najib kepada rakyat Malaysia berkaitan skandal 1MDB terus mendapat pelbagai respon UMNO melalui Setiausaha Agung parti tersebut Dr As...
Lebih Ramai Kanak Kanak Autistik Dapat Menikmati Intervensi Awal

Lebih Ramai Kanak Kanak Autistik Dapat Menikmati Intervensi Awal

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 343 hits
PUTRAJAYA Dalam Belanjawan 2025 yang baru diumumkan terdapat berita baik untuk kanak kanak autistik Kerajaan berjanji untuk membina 11 pusat Permata baru di seluruh negara termasuk di Kelantan Terengganu Sabah dan Sarawak untuk memastikan s...
Pelanggan Terkejut Potong Piza Kena Bayar Lebih

Pelanggan Terkejut Potong Piza Kena Bayar Lebih

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 488 hits
KOSMO Gambar menunjukkan resit pembayaran yang diterima pada 20 Oktober lalu Mail OnlineROM Seorang pelanggan terkejut dikenakan caj tambahan untuk khidmat memotong piza dan kotak bungkusan semasa membeli hidangan itu di sebuah restoran di ...
Gaji Mb Lebih Besar Dari Sepatutnya

Gaji Mb Lebih Besar Dari Sepatutnya

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 263 hits
Kataleyaa qaseehOrang macam mamat nilahh yang membuatkan bangsa sendiri tersungkur cucu Buang alaf baru
Hiasan Halloween Lebih Menonjol Berbanding Perayaan Deepavali Di Mall Malaysia

Hiasan Halloween Lebih Menonjol Berbanding Perayaan Deepavali Di Mall Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 401 hits
Sewaktu musim perayaan menghampiri satu perdebatan hangat timbul di media sosial mengenai keutamaan hiasan Halloween di pusat beli belah tempatan di mana ramai netizen meluahkan rasa kecewa kerana ia lebih dipromosikan berbanding Deepavali ...
Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Kali Ke 17 Berkibar Sana Sini Bendera Warna Warni

Filem Sumpahan Nilam Utama

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Ultimate Middle Eastern Spiced Beef Recipe

Fam Boleh Pergi Mampus

Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia Berjaya Menahan 468 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Cameron Highlands


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gusi Sihat Gigi Kekal Kenali Penyakit Gusi Dan Rawat Sebelum Parah

Goreng Pisang Cheese

Foreclosure Defense Attorney In Hawaii Guiding Clients Through Complex Situations

Pelukan Teddy Cinta Yang Tak Pernah Pudar

2 Superkomputer Baharu Jepun Akan Dipacu 2 140 Gpu Nvidia

Whatsapp Tambah Baik Ciri About Kini Seakan Notes Di Instagram