Banteras Golongan Pertikai Islam Istimewa Melayu Raja Titah Sultan S Ngor




SHAH ALAM 13 Nov. - Tindakan golongan tidak bertanggungjawab mempersoalkan kesucian agama Islam, keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja-raja Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu segera ditangani dan dibanteras.Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, golongan ini juga tidak boleh dibiarkan daripada terus menghasut rakyat membangkit serta mempersoalkan perjanjian ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui oleh kaum-kaum majoriti di Malaysia sebelum negara mencapai kemerdekaan.Baginda bertitah, perjanjian yang telah dipersetujui ini telah diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai sehingga ke hari ini.“Walau berulang kali beta telah menyentuh tentang isu-isu ini, namun beta akan terus bersuara dan menegaskan bahawa tiada sebarang tolak ansur dalam cubaan golongan tertentu mengikis kuasa dan keistimewaan yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ini.“Peranan raja-raja Melayu dalam memayungi kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera tanpa mengetepikan hak kaum lain akan terus bertapak di negara ini dan dipertahankan,’’ titah baginda.Sultan Selangor bertitah pada program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah 2018, Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme serta Pelancaran Buku Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor di sini, hari ini.Turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Ab. Wahid dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.Sultan Sharafuddin dalam pada itu menzahirkan rasa dukacita apabila terdapat pemimpin beragama Islam menyokong tuntutan golongan liberal sedangkan pemikiran liberal jelas bertentangan de­ngan ajaran Islam sebenar.“Fahaman liberalisme ini telah berjaya mempengaruhi segelintir umat Islam sehingga muncul golongan yang me­nuntut kesamarataan gender, perkahwinan sesama jantina, menolak para ulama, wanita menjadi imam solat dan wali perkahwinan, menghalalkan perkahwinan orang Islam de­ngan penganut agama lain serta tuntutan kebebasan beragama dan menukar agama sesuka hati.“Beta amat khuatir jika pemikiran ini tidak dibendung secara serius, ia mungkin akan menjadi satu jalan memudahkan musuh Islam menghancurkan agama Islam di negara ini dan dikhuatiri Allah SWT akan menurunkan malapetaka kepada kita semua,’’ titah baginda.Sultan Selangor bertitah ba­ginda tidak mahu Selangor menjadi pusat penyebaran ideo­logi fahaman-fahaman sesat sebegini.Justeru, baginda mengingatkan Jabatan Agama Islam Selangor supaya memantapkan tindakan penguatkuasaan ter­hadap semua pihak yang didapati cuba menyebarkan sebarang bentuk fahaman bertentangan dengan ajaran Islam atau yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng.“Program-program keseda­ran berkenaan ancaman terhadap akidah umat Islam dan program pengukuhan akidah juga perlu dipertingkatkan bermula dari peringkat sekolah lagi serta di masjid dan surau seluruh Se­langor,’’ titah baginda.Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa amat dukacita apabila mendapati ada umat Islam yang tidak mempunyai kepakaran dalam membicarakan isu berkaitan hukum Islam mempertikaikan fatwa dikeluarkan oleh Selangor yang telah diputuskan dan diwartakan.Baginda bimbang pertikaian itu dibuat secara terbuka dan ia boleh menyebabkan umat Islam menjadi keliru, berbalah dan berpecah-belah.“Sekiranya ada pihak tidak berpuas hati dengan fatwa ne­geri Selangor yang dikeluarkan, ia tidak perlu dibahaskan secara terbuka sebaliknya terdapat saluran tertentu bagi menyuarakan pendapat mereka berkaitan sesuatu fatwa yang dipertikaikan tersebut.“Beta percaya jika pendekatan ini diambil, perbincangan secara ilmiah akan dapat dilakukan bagi mengatasi sebarang pertikaian dan perbezaan pendapat berkaitan dengan sesuatu fatwa,’’ titah baginda. – BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/banteras-golongan-pertikai-aislam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Kuat Islam Terbela

Melayu Kuat Islam Terbela

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 619 hits
Pesan Hasan Al Banna Jika bangsa Arab terhina hinalah Islam Ungkapan pesanan itu sesuai digunakan untuk bangsa Melayu Jika bangsa Melayu terhina maka hinalah Islam Maka bangsa Melayu mesti menjdi bangsa berkuasa hebat dan dihormati agar Isl...
Titah Ucapan Kdymm Tuanku Sultan Kedah Di Majlis Konvokesyen Uum Ke 31

Titah Ucapan Kdymm Tuanku Sultan Kedah Di Majlis Konvokesyen Uum Ke 31

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 758 hits
TITAH UCAPANKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH DARUL AMANDI MAJLIS KONVOKESYEN KE 31SESI PERTAMA UNIVERSITI UTARA MALAYSIAAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulilah syu...
Sultan Selangor Titah Remove All Chinese Street Signs

Sultan Selangor Titah Remove All Chinese Street Signs

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 409 hits
DYMM Sultan Selangor titah supaya semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam di tanggalkan
Sultan Selangor Titah Papan Tanda Tulisan Cina Ditanggalkan

Sultan Selangor Titah Papan Tanda Tulisan Cina Ditanggalkan

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 591 hits
THE MALAYSIAN TIMES SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan satu bahasa sahaja iait...
Ganti Papan Tanda Tulisan Cina Sultan S Ngor

Ganti Papan Tanda Tulisan Cina Sultan S Ngor

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 774 hits
KUALA LUMPUR Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam ditanggalkan dan digantikan dengan papan tanda jalan dalam Bahasa Melayu Titah itu disampaikan pada hari ...
Ayuh Perhimpunan Islam Melayu Besar Besaran Pada 8 Disember Bantah Icerd

Ayuh Perhimpunan Islam Melayu Besar Besaran Pada 8 Disember Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 645 hits
Satu perhimpunan besar besaran membabitkan penyertaan ahli PAS dan UMNO akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini bagi membantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Presiden...
Dap Nafi Biadap Terhadap Raja Melayu

Dap Nafi Biadap Terhadap Raja Melayu

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 423 hits
GEORGETOWN PAS didakwa sengaja memainkan politik kebencian apabila menuduh DAP biadap terhadap raja raja Melayu dalam isu penerimaan pingat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata DAP menghormati sistem Raja berperlembagaan sepenuhnya dan...
Ketuanan Melayu Bercanggah Dengan Falsafah Islam Khalid Samad

Ketuanan Melayu Bercanggah Dengan Falsafah Islam Khalid Samad

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 423 hits
Pendekatan ICERD adalah untuk menghapuskan diskriminasi kaum dari segi sosial dan ekonomi selain membasmi kemiskinan katanya Istilah Ketuanan Melayu bercanggah dengan falsafah Islam Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata Isla...
Simpan Sikit Bodoh Tu Menteri Tak Faham Maksud Kata Ketuanan Melayu Bercanggah Dengan Islam

Simpan Sikit Bodoh Tu Menteri Tak Faham Maksud Kata Ketuanan Melayu Bercanggah Dengan Islam

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 598 hits
Fahami ketepatan maksud ketuanan MelayuKETUANAN Melayu telah dikaitkan sebagai antara faktor penyumbang kekalahan kerusi kerusi Barisan Nasional pada pilihan raya umum Kononnya istilah itu menakutkan masyarakat bukan Melayu sehingga timbul ...
Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Having A Strong Company Culture

Haze Faced By Malaysia And Singapore Due To Forest Fires From A Neighbouring Country

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Rafizi Maklumat Dah Cukup Untuk Sprm Siasat Farhash

Anwar S Tribute Pre Election Relief Or Long Term Reform


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord