Faham Tak Maksud Sop Covid 19 Tak Kira Agama Bangsa Dan Keturunan


MCA, DAP merepek minta SOP Tahun Baru Cina ditarik balik
BANGI – Pemimpin parti perkauman MCA dan DAP kelihatan senada tidak bersetuju dengan prosedur operasi standard (SOP) untuk perayaan Tahun Baru Cina minggu depan.

Bantahan dapat dilihat apabila Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menggesa senarai yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu ditarik balik dan diganti dengan versi yang disemak semula.

Menerusi catatan di Facebook, Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu mendakwa seseorang telah melakukan kesilapan berhubung SOP itu.

Bagaimanapun, Lian Ker tidak menjelaskan kesalahan berkenaan atau memberikan cadangan untuk diperbaiki.

Beliau hanya menyertakan catatan yang memperincikan SOP, antara lain melarang keluarga pulang ke rumah untuk percutian dua hari, saling mengunjungi atau berkumpul untuk makan malam bersama keluarga yang disambut pada malam Tahun Baru Cina.

Sebagai gantinya, senarai itu mengatakan bahawa kerajaan hanya membenarkan keluarga yang tinggal di rumah yang sama untuk makan malam bagi memperingati majlis itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming menjelaskan, maksud makan besar untuk mereka yang tinggal di rumah sama oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanyalah bermaksud makan malam biasa dan bukan makan besar Tahun Baru Cina.

Justeru, pemimpin DAP itu meminta sekurang-kurangnya keluarga di daerah atau kawasan yang sama dibenarkan berkumpul untuk makan malam perjumpaan Tahun Baru Cina dengan kadar maksimum 10 hingga 15 orang.

Sementara itu, ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei – DAP – pula menyifatkan SOP Tahun Baru Cina itu sebagai gurauan.

Beliau secara sinis menyarankan MCA memberi nasihat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar mempunyai kesedaran budaya dalam isu berkenaan.

Meskipun SOP itu dipertikaikan, pengguna media sosial yang bimbang dengan lonjakan kes harian COVID-19 mendesak ahli politik patuh arahan pihak berkuasa.

Rata-rata netizen menyifatkan desakan mereka supaya SOP Tahun Baru Cina ditarik balik adalah tidak masuk akal dan merepek.

“Dia faham tak maksud SOP? Orang lain boleh ikut SOP. Kenapa dia tak boleh ikut SOP? COVID-19 tak kira agama bangsa dan keturunan. Apa merepek suruh tarik balik SOP?,” demikian kata Philip Jemat.

Pengguna sosial dikenali sebagai Juliana Rohaizat pula meminta semua pihak memahami krisis kesihatan yang berlaku ketika ini.

“Duduklah dekat rumah itu jaga diri sendiri. Kami boleh saja terima tak dapat sambut raya. Kaum India pun faham. Jadi kaum Cina janganlah nak banyak bunyi. Hadaplah sama macam kaum lain,” katanya.

Kok Sen Wai yang mendakwa sebagai seorang doktor merayu ahli politik terbabit menarik balik kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu dan menggesa mereka memikirkan nasib barisan hadapan.

“Kami takut, sakit dan letih. Jangan menyokong perjumpaan keluarga pada masa ini,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mendakwa SOP perayaan Tahun Baru Cina sebagai bukti terbaharu kegagalan kerajaan untuk merangka pendekatan dan strategi yang melibatkan ‘keseluruhan kerajaan’ dan ‘keseluruhan masyarakat’ dalam melawan wabak COVID-19.

Beliau turut meminta agar ia ditarik semula dan digantikan dengan SOP baharu yang lebih sensitif kepada keperluan mendapatkan semula kepercayaan, keyakinan, dan sokongan rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga menggesa kerajaan mengkaji semula SOP yang dianggapnya tidak sensitif terhadap masyarakat Tiong Hua.

Dakwanya, kontroversi terbesar adalah melarang makan malam perjumpaan Tahun Baru Cina dan keluarga berkumpul.

“DAP meminta kerajaan persekutuan untuk mengkaji dan memperbetulkan SOP terbaru mereka untuk perayaan Tahun Baru Cina, yang bukan hanya tidak sensitif terhadap masyarakat Cina tetapi benar-benar tidak menghormati,” dakwanya. - ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/02/faham-tak-maksud-sop-covid-19-tak-kira.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Agama Orang Kuat Yadim Didakwa Warganet Langgar Sop Cegah Covid 19

Menteri Agama Orang Kuat Yadim Didakwa Warganet Langgar Sop Cegah Covid 19

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 262 hits
FAZLI RADZIHanya selepas tiga bulan keluar dari wad pulih jangkitan Covid 19 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri didakwa netizen melanggar pematuhan prosedur operasi standard Turut sama dilihat berkump...
Hiburan Tak Kira Bangsa Dan Agama Ebit Lew Tampil Hulur Bantuan Untuk Gereja Katolik Di Lahad Datu

Hiburan Tak Kira Bangsa Dan Agama Ebit Lew Tampil Hulur Bantuan Untuk Gereja Katolik Di Lahad Datu

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 208 hits
Penceramah bebas dan ustaz selebriti Ebit Lew sudah pasti dikenali dengan sumbangan serta bantuannya daripada pihaknya yang tidak putus putus sepanjang negara mengalami pandemik COVID 19 ini Sumber Facebook Ebit Lew Terbaru Ebit Lew dilapor...
Lawatan Singkat Muhyiddin Ke Indonesia Dikawal Ketat Sop Pencegahan Covid 19

Lawatan Singkat Muhyiddin Ke Indonesia Dikawal Ketat Sop Pencegahan Covid 19

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 200 hits
BH ONLINE Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia yang dijadualkan bermula esok dikawal ketat dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard berkaitan pencegahan...
Covid 19 Kenapa Ada Menteri Langgar Sop

Covid 19 Kenapa Ada Menteri Langgar Sop

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 256 hits
SHORTS SINAR LIVE 6 FEBRUARI 2021 Ikuti petikan Sinar Live yang bertajuk Covid 19 Kenapa Ada Menteri Langgar SOP bersama Pengarah Eksekutif ILHAM CENTRE Hisommudin Bakar UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI https bit ly 36yWUMD Muzik www bensound ...
Awani Ringkas Rawatan Covid 19 Di Fasiliti Swasta Sop Tempat Kerja Perlu Diselaraskan

Awani Ringkas Rawatan Covid 19 Di Fasiliti Swasta Sop Tempat Kerja Perlu Diselaraskan

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 282 hits
Rawatan COVID 19 di fasiliti swasta SOP tempat kerja perlu diselaraskan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www
Ministers Defend Their Action Amidst Claims Of Flouting Covid 19 Sop

Ministers Defend Their Action Amidst Claims Of Flouting Covid 19 Sop

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 183 hits
PETALING JAYA Two senior ministers denied flouting Covid 19 standard operating procedure after their recent antics drew wide criticism from netizens on social media Federal Territories Minister Tan Sri Annuar Musa who uploaded a photograph ...
Masjid Tular Di Paroi Ikut Sop Kata Jabatan Agama

Masjid Tular Di Paroi Ikut Sop Kata Jabatan Agama

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 264 hits
Masjid tular di Paroi ikut SOP kata Jabatan Agama Dikemas kini 28 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 Jan 2021 4 32PM
Negri Islamic Affairs Dept Dismisses Claims Of Mosque Worshippers Violating Covid 19 Sop

Negri Islamic Affairs Dept Dismisses Claims Of Mosque Worshippers Violating Covid 19 Sop

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 170 hits
SEREMBAN The Negri Sembilan Islamic Affairs Department has rubbished claims that worshippers who turned up at a mosque here to perform Friday prayers had failed to follow Covid 19 standard operating procedures State director Datuk Mohd Zaid...
Covid 19 Sabah To Ease Sop On Houses Of Worship From Friday

Covid 19 Sabah To Ease Sop On Houses Of Worship From Friday

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 193 hits
KOTA KINABALU The Sabah government has announced a relaxation of rules and standard operating procedure covering mosques surau and houses of worship of other religions from Friday State Local Government and Housing Minister Datuk Seri Masid...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord