Lawatan Singkat Muhyiddin Ke Indonesia Dikawal Ketat Sop Pencegahan Covid 19


BH ONLINE Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. KUALA LUMPUR: Lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia yang dijadualkan bermula esok, "dikawal ketat" dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pencegahan pandemik COVID-19 bagi mencegah sebarang bentuk penularan.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata program lawatan itu juga diringkaskan dan hanya disertai delegasi kecil yang diwajibkan menjalani ujian COVID-19, selain membabitkan individu yang tidak bergejala dan disahkan negatif 48 jam sebelum berlepas.
"Muhyiddin mendapat jemputan khas untuk mengadakan lawatan rasmi daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri pada Mac 2020.
"Lawatan ini akan menggunakan pesawat khas kerajaan, bukan pesawat komersial, bagi mewujudkan 'travel bubble' ke Indonesia.
"Delegasi Malaysia sekali lagi diwajibkan menjalani ujian sebaik sahaja tiba di lapangan terbang di Jakarta. Hanya individu yang negatif COVID-19 sahaja akan dibawa terus ke hotel penginapan," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu delegasi Malaysia tidak dibenarkan bergerak bersendirian, pergi ke tempat-tempat selain daripada tempat rasmi dan hanya dibenarkan berada di dalam bilik penginapan selain diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa sepanjang berada di tempat-tempat rasmi lawatan.
Turut dimaklumkan, tiada sesi berjabat tangan, berpelukan dan bersentuhan sepanjang lawatan rasmi ini berlangsung, dan pihak Kerajaan Indonesia telah memberi jaminan akan menganjurkan lawatan rasmi ini dengan SOP pencegahan COVID-19 yang amat ketat.
Memandangkan pandemik COVID-19 khususnya di Malaysia dan Indonesia masih berlarutan, Wisma Putra berkata Perdana Menteri sendiri meminta agar lawatan rasmi bagi memenuhi jemputan ini diadakan secara singkat iaitu kurang daripada 24 jam dan ini telah dimaklumkan serta diterima baik Kerajaan Indonesia.
Selain itu, Jokowi sendiri juga telah mengarahkan tempat acara rasmi yang sepatutnya berlangsung di Istana Bogor di Bogor, Jawa Barat dipindahkan ke Istana Merdeka di Jakarta atas sebab kepentingan logistik Muhyiddin dan delegasi rombongan.
"Program lawatan rasmi ini juga diringkaskan. Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama beberapa orang pegawai kanan Kementerian Luar Negeri terlebih dahulu akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Indonesia, Puan Yang Terutama Retno Marsudi sebelum lawatan rasmi Perdana Menteri bermula," menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan itu, Wisma Putra menjelaskan lawatan rasmi Muhyiddin ini akan bermula pada pagi Jumaat sebelum kedua-dua pemimpin menunaikan solat Jumaat di Masjid Baiturrahim yang terletak di dalam Istana Merdeka, dan seterusnya ke Jamuan Makan Tengahari Rasmi yang akan dihoskan Jokowi.
Selepas jamuan itu Perdana Menteri bersama delegasi Malaysia akan terus pulang ke tanah air dan seterusnya menjalani kuarantin wajib seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menyentuh mengenai lawatan itu juga, Wisma Putra memaklumkan Malaysia memenuhi jemputan ini atas dasar menghormati Indonesia sebagai rakan negara serumpun yang telah menjalin persahabatan akrab selama berpuluh tahun.
"Terdapat beberapa perkara dan isu yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara seperti kerjasama ekonomi, isu keselamatan serantau dan dua hala serta usaha menangani secara bersama pandemik COVID-19 yang memerlukan perbincangan teliti serta kesepakatan.
"Oleh sebab itu, pemimpin tertinggi kedua negara bersetuju mengadakan perbincangan secara bersemuka," menurut kenyataan itu.
Wisma Putra dalam kenyataan itu juga menggariskan beberapa kepentingan lawatan ini kepada kedua-dua negara berjiran itu, antaranya memperkukuh perancangan bagi bersama-sama memerangi diskriminasi minyak sawit terhadap Malaysia dan Indonesia di peringkat antarabangsa.
Selain itu, lawatan juga penting bagi memperkukuh kerjasama dalam memerangi isu alam sekitar khususnya masalah jerebu rentas sempadan, selain meningkatkan usahasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
Ia juga penting bagi mempertingkatkan rundingan untuk melaksanakan skim Laluan Hijau Timbal Balik atau Reciprocal Green Lane (RGL) di antara kedua-dua negara atas tujuan rasmi serta perniagaan selain berkongsi kaedah dan memperoleh informasi hasil penggunaan vaksin COVID-19 khususnya oleh Indonesia yang telah memulakan program vaksinasi kepada rakyatnya. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/lawatan-singkat-muhyiddin-ke-indonesia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Sifatkan Lawatan Rasmi Ke Indonesia Amat Berjaya

Muhyiddin Sifatkan Lawatan Rasmi Ke Indonesia Amat Berjaya

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 224 hits
BH ONLINE PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan rasmi ke Indonesia Foto BERNAMA JAKARTA Walaupun lawatan rasmi ke Indonesia tidak sampai 24 jam Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkannya sebagai amat berjaya Perdana Menteri b...
Ketua Kpk Beberkan 8 Rambu Pencegahan Korupsi Dalam Penanganan Pandemi Covid 19

Ketua Kpk Beberkan 8 Rambu Pencegahan Korupsi Dalam Penanganan Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 234 hits
Firli merinci delapan rambu tersebut yang pertama adalah tidak melakukan persekongkolan kegiatan korupsi Kedua tidak menerima balasan atas anggaran program yang dikerjakan
Muhyiddin Gesa Industri Orang Ramai Patuhi Sop Agar Perniagaan Dapat Beroperasi

Muhyiddin Gesa Industri Orang Ramai Patuhi Sop Agar Perniagaan Dapat Beroperasi

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 211 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin hari ini menggesa pihak industri dan orang ramai untuk mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh kerajaan negara itu bagi memastikan perniagaan dan perdagangan
Negeri Sembilan Benar Salat Jumaat Ikut Kapasiti Masjid Sop Ketat Kata Mufti

Negeri Sembilan Benar Salat Jumaat Ikut Kapasiti Masjid Sop Ketat Kata Mufti

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 274 hits
PETALING JAYA Pelaksanaan salat Jumaat dan fardu di Negeri Sembilan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan 2 0 dibenarkan dengan kehadiran jemaah berdasarkan kapasiti ruang masjid dan surau Mufti Negeri Sembilan Mohd Yusof Ahmad mempe...
Awani Ringkas Pkpd Dua Di Terengganu 1 Di Perak Mef Sokong Lanjutan Pkp Dengan Sop Lebih Ketat

Awani Ringkas Pkpd Dua Di Terengganu 1 Di Perak Mef Sokong Lanjutan Pkp Dengan Sop Lebih Ketat

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 245 hits
PKPD Dua di Terengganu 1 di Perak MEF sokong lanjutan PKP dengan SOP lebih ketat SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK h...
Mesej Sop Ketat Adalah Palsu Kkm

Mesej Sop Ketat Adalah Palsu Kkm

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 244 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan menegaskan mesej tular dalam dalam media sosial konon mengenai prosedur operasi standard yang lebih ketat bermula 4 Februari ini adalah palsu Justeru orang ramai diminta berhati hati dan tidak menyebarkannya ...
Muhyiddin Arrives For Official Visit To Indonesia

Muhyiddin Arrives For Official Visit To Indonesia

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 204 hits
JAKARTA Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has arrived here for a two day official visit to Indonesia at the invitation of President Joko Widodo Muhyiddin and his wife Puan Sri Noorainee Abdul Rahman arrived at the Halim Perdanakusuma ...
Parlimen Dibubarkan Lepas Covid 19 Reda Muhyiddin

Parlimen Dibubarkan Lepas Covid 19 Reda Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 205 hits
Saya ingin ulangi komitmen saya bahawa saya akan menasihati Seri Paduka Baginda untuk membubarkan parlimen sebaik saja penularan wabak Covid 19 reda dan Pilihan Raya Umum adalah selamat untuk diadakan Itu apa yang Perdana Menteri Tan Sri Mu...
Pakar Kelesuan Pandemik Punca Sikap Tak Acuh Terhadap Sop Covid 19

Pakar Kelesuan Pandemik Punca Sikap Tak Acuh Terhadap Sop Covid 19

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 234 hits
Gambar Hiasan PETALING JAYA Sebuah persatuan perubatan dan seorang bekas timbalan menteri kesihatan menyuarakan kebimbangan berhubung trend yang menyaksikan doktor dan pengamal perubatan berkongsi maklumat pesakit di media sosial Trend itu ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia