Faezah Elai Tidak Kental Komen Biadab Netizen






Pelakon Faezah Elai memilih untuk hidup tanpa simbahan populariti kerana mengakui kehidupan seorang selebriti pada zaman sekarang lebih mencabar berbanding dahulu.

Apatah lagi dengan kewujudan media sosial yang menghubungkan semua orang dari serata tempat dalam satu platform yang sama membuatkan kehidupannya sebagai seorang artis sering menjadi salah seorang mangsa pembuli siber.

Faezah atau nama penuhnya Noor Faezah Md. Elai berkata, dia sudah tidak sanggup untuk berdepan dengan sikap segelintir netizen yang disifatkannya tidak beradab dan lebih gembira andainya dia hanya dikenali kerana bakat yang ada.

Ikuti penjelasan daripada pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi itu berkenaan perkara tersebut ketika ditemui baru-baru ini.

Benarkah anda hanya suka berlakon di bawah arahan suami, Heykal Hanafiah kerana sudah begitu jarang melihat kelibat anda dalam televisyen?

FAEZAH ELAI: Lakonan masih merupakan karier tetap, tetapi diakui sejak berkahwin saya banyak bekerja dengan suami sendiri. Bukannya soal selesa atau dia menghalang, tetapi faktor utama adalah disebabkan masa. Lebih-lebih lagi sejak memiliki anak. Saya masih menerima tawaran lakonan daripada produksi lain, tetapi lokasinya jauh di luar ibu kota. Jadi, memang saya tidak boleh terima.

Sampai bilakah anda akan bekerja dengan suami sendiri?

Mungkin sehingga anak sudah besar. Buat masa ini agak sukar kerana mereka masih kecil. Bukan sahaja anak-anak tidak boleh ditinggalkan dalam tempoh yang lama, tetapi saya juga tidak boleh pulang lewat malam. Cuma kalau saya terbuka menerima tawaran daripada pengarah lain ketika anak-anak sudah besar, waktu itu watak yang sesuai hanyalah emak orang (ketawa).



Mengapakah sejak kebelakangan ini anda dilihat mengurangkan pendedahan diri kepada umum?

Saya suka hidup begini. Sebolehnya saya mahu menghindarkan diri daripada tatapan umum. Cukuplah setakat bekerja di set penggambaran kemudian pulang ke rumah seperti biasa. Sebab zaman sekarang sangat berbeza tidak sama seperti dahulu. Kewujudkan media sosial menjadi punca mengapa saya suka untuk hidup dalam dunia sendiri.

Mungkinkah ada pernah melalui sebarang pengalaman pahit berkaitan media sosial dan netizen?

Kalau dilihat dalam Instagram saya, memang tidak banyak gambar suami dan keluarga. Sebab saya memang tidak mahu terlalu mendedahkan keluarga kepada umum. Pernah sekali saya mendapat komen daripada netizen yang bertanya adakah saya sudah bercerai? Puncanya sebab saya jarang kongsi gambar suami. Mereka boleh bercakap apa sahaja yang disukai tanpa ada rasa hormat pada orang lain. Seolah-olah mereka tinggal di sebelah rumah saya dan tahu semua perkara tentang keluarga kami. Kalau ditanya sebegitu rupa, siapa yang tidak marah kerana pertanyaan tersebut sangat biadab.

Jadi, apa tindakan anda apabila berhadapan dengan individu sebegitu?

Kalau boleh, saya mahu tutup sahaja Instagram. Tetapi disebabkan saya menjalankan perniagaan dalam platform tersebut, jadi mahu atau tidak saya perlu ada media sosial. Sekarang saya guna Instagram hanya untuk perniagaan sahaja. Berkenaan komen biadab seperti itu, saya sekat mereka.

Sesetengah artis atau selebriti media sosial menjadikan platform seperti Instagram sebagai sumber utama untuk mencari pendapatan. Bagaimana dengan anda?

Sesetengah daripada mereka suka meraih publisiti kerana secara tidak langsung dapat menaikkan nama dan pengikut akaun media sosial. Namun, saya bukan begitu. Jujur dikatakan, saya tidak kental untuk membaca komen netizen kerana boleh membuatkan saya mudah naik angin. Kadang-kadang saya tidak faham, mereka yang meninggalkan komen itu ada antaranya dalam kalangan pelajar sekolah. Jadi, saya tidak boleh menerima perkara ini. Sebab itu dengan anak-anak, saya sangat garang. Biarlah orang mahu kata apa pun sebab lain orang, lain caranya. Hal ini kerana, saya takut anak-anak sendiri pula akan menjadi seperti netizen yang tiada rasa hormat terhadap orang lain jika tidak dididik dengan betul.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/faezah-elai-tidak-kental-komen-biadab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Jodoh Dia Kau Mengelabah Kenapa Netizen Selar Individu Biadab Kutuk Pasangan Pengantin Baharu Ini

Dah Jodoh Dia Kau Mengelabah Kenapa Netizen Selar Individu Biadab Kutuk Pasangan Pengantin Baharu Ini

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 314 hits
Viral di media sosial gambar gambar perkahwinan pasangan pengantin baharu yang mana pengantin lelaki berasal dari Guinea Afrika menarik perhatian netizen nbsp Difahamkan Adama Camara menyambung pengajiannya di Malaysia namun tidak menyangka...
Buat Jer Empangan Elektrik Sendiri Datuk Aliff Syukri Minta Tips Jimatkan Elektrik Netizen Komen Pedas

Buat Jer Empangan Elektrik Sendiri Datuk Aliff Syukri Minta Tips Jimatkan Elektrik Netizen Komen Pedas

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 373 hits
Sebentar tadi Datuk Aliff Syukri telah memuat naik gambar sekeping cek dengan jumlah RM8 142 90 hanya untuk membayar bil rumahnya yang gah seperti istana itu di laman Instagram dan di BACA Gambar sekeping cek itu dimuat naik bersama dengan ...
Biadab Remaja Tarik Kopiah Jatuhkan Motor Warga Emas Buat Netizen Panas

Biadab Remaja Tarik Kopiah Jatuhkan Motor Warga Emas Buat Netizen Panas

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 551 hits
Viral di media sosial video sekumpulan remaja membuli seorang lelaki warga emas di Sijangkang Selangor mengundang kemarahan warga netizen Dalam kejadian itu sekumpulan remaja itu terutamanya remaja berbaju hitam merampas kopiah milik mangsa...
Perempuan Macam Ni Kita Panggil Bohsia Netizen Selar Emma Maembong Ada Kekasih Baru

Perempuan Macam Ni Kita Panggil Bohsia Netizen Selar Emma Maembong Ada Kekasih Baru

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 471 hits
Sebelum ini Emma Maembong didakwa hangat bercinta dengan abang kepada Menteri Belia Sukan Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah yang berakhir apabila foto panas mereka tersebar Terbaharu Emma didakwa sedang rapat dengan seorang penyanyi rap yang ...
Suruh Jer Amalina Balik Malaysia Buat Apa Nak Susahkan Keluarga Ainul Netizen Bidas Tweet Lelaki Pintar Ini

Suruh Jer Amalina Balik Malaysia Buat Apa Nak Susahkan Keluarga Ainul Netizen Bidas Tweet Lelaki Pintar Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 1367 hits
Suruh jer Amalina balik Malaysia buat apa nak susahkan keluarga Ainul Netizen bidas tweet lelaki pintar iniBaru baru ini Dr Amalina Bakri dan pakar perubatan di London telah menyatakan persetujuan untuk membantu Ainul Mardhiah yang menghida...
Belanja Netizen Berbuka Setiap Hari Semoga Bank Islam Dirahmati

Belanja Netizen Berbuka Setiap Hari Semoga Bank Islam Dirahmati

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 333 hits
Bila tiba bulan puasa banyak perkara yang perlu dilakukan dalam keadaan tergesa gesa Nak balik rumah memasak la pastu teringin pergi ke bazaar Ramadan satu hal pula Ada juga yang terlalu fokus bagi menyiapkan tugasan di tempat kerja last la...
Hiburan Hati Tidak Tenang Linda Rafar Minta Maaf Daripada Netizen

Hiburan Hati Tidak Tenang Linda Rafar Minta Maaf Daripada Netizen

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 306 hits
Tentunya ramai yang masih ingat kes penyanyi Linda Rafar memfailkan saman terhadap lebih 100 netizen yang melemparkan kata kata negatif berunsur kecaman terhadap dirinya berhubung isu fitnah jururawat Linda ketika itu memberitahu apa yang b...
Hanez Suraya Kecewa Dengan Netizen

Hanez Suraya Kecewa Dengan Netizen

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 229 hits
Sejak kebelakangan ini termometer industri hiburan tempatan dipanaskan dengan isu buka tudung dalam kalangan artis wanita Selepas Uqasha Senrose dan Sara Ali peminat dikejutkan pula dengan keputusan Emma Maembong yang kembali tidak mengenak...
Ewww Geli Weh Remaja Cabar Netizen Letak Lipas Di Muka

Ewww Geli Weh Remaja Cabar Netizen Letak Lipas Di Muka

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 591 hits
The Reporter20 April lalu seorang remaja lelaki dari Myanmar membuat cabaran yang mungkin akan membuatkan anda terasa jijik apabila serangga yang adakalanya digelar sebagai babi itu diletakkan di muka Alex mencabar netizen meletakkan lipas ...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini