Fadhilat Membaca Surah Yassin Ketika Dilanda Musibah
Fadhilat Membaca Surah Yassin Ketika Dilanda Musibah. Negara kita sedang dilanda musibah wabak Covid-19, begitu juga dengan seantero dunia. Virus ni pun makhluk Allah. Dari Allah dia datang dan kepada Allah juga dia akan kembali. Mohon doa semoga virus Corona ni lenyap dari atas muka bumi ini. Kita dinasihatkan untuk #dudukrumah pada keadaan seperti ini. Ini merupakan ikhtiar kita dalam menghadapi wabak yang digelar pandemik oleh WHO.
Apa lagi usaha kita untuk mengatasi waktu-waktu sukar ini? Adakah kita perlu bimbang, stress, putus asa di dalam waktu seperti ini? Tidak ya kekawan, Allah dah kata dalam al Quran, disebalik kesusahan pasti ada kesenangan. Di setiap ujian, ada sesuatu yang lebih hebat Allah nak bagi. Okay 👌👌
Apakata, kita amalkan membaca surah yassin selepas solat fardhu mengikut kesempatan yang kita ada, agar kita merasai fadhilat yang dimaksudkan tersebut.
Fadhilat Membaca Surah Yassin Ketika Dilanda Musibah
Daripada pembacaan saya dan ajaran daripada ustaz ustazah terdahulu sewaktu belajar.. ada banyak fadhilat surah yassin, yang mana bila kita membacanya maka ia menjadi satu terapi penenang jiwa yang Allah hadirkan buat kita semua
Membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran.
Selain itu, hadith Nabi SAW juga menunjukkan bahawa sesiapa yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang besar.
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.[Riwayat al-Tirmizi, no. hadith 2835]
Hadith berkaitan kelebihan membaca Yasin
Terdapat sebuah hadith yang dinilai sahih oleh Ibn Hibban walaupun status menjadi perselisihan oleh para ahli hadith, namun Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam kitabnya Sahih Ibn Hibban. Daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ غُفِرَ لَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akan diampunkan dosanya”. [Riwayat Ibn Hibban, no. hadith 2574]
Sumber : website MAIWP
KEBERKATAN SURAH YASSIN
Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.“
Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Sumber : Shafiqolbu.com
Walaupun terdapat pendapat mengatakan segala fadhilat dan keberkatan membaca surah yassin di atas adalah hadith yang lemah dan tiada asas, tetapi yang pasti bacaan yassin ada di dalam al Quran.. dan sesiapa yang mengamalkan, membaca, menghafalnya.. diberkati hidupnya oleh Allah SWT
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/03/fadhilat-membaca-surah-yassin-ketika.html