Istighfar Ketika Ditimpa Musibah Allah Pasti Tunjukkan Jalan Penyelesaiannya


Kita semua pasti pernah mengalami hari yang sukar. Kereta rosak, anak sakit, tiada air berhari-hari, dibebani hutang, pasangan merajuk, kerja tidak siap, dilanda wabak penyakit dan pelbagai lagi cabaran hidup.


Pada saat itu, emosi pasti terganggu bagaikan mengalami cuaca panas terik. Allah mengajar kita, penyejuknya adalah dengan beristighfar.

Firman Allah yang bermaksud, "Sehingga Aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)." (Surah Nuh, ayat 10-12)

Firman Allah itu pasti membuatkan kita bertambah bersemangat untuk selalu memohon keampunan Allah. Kayanya Allah, Dia bukan sahaja menjanjikan keampunan-Nya, bahkan menjanjikan kekayaan daripada limpah kurnia-Nya yang luas.

Allah sengaja mendatangkan pelbagai masalah untuk melihat sejauh mana kita menyelesaikannya.

Adakah kita menjadi seorang merintih masalah atau berusaha mencari jalan penyelesaian?

Para ulama yang dekat dengan cara fikir al-Quran dan al-Sunnah cukup memahami hakikat kehidupan ini. Ibnu Kathir berpesan, "Barang siapa yang menghiasi dirinya dengan amalan ini iaitu memperbanyak istighfar, maka Allah akan: memudahkan rezekinya, memudahkan urusannya dan menjaga kekuatan jiwanya.

Ibnu Qayyim pula berkata: "Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya."

Lazimnya lafaz istighfar itu diungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah. Ia juga dilafazkan selepas kita tersedar daripada melakukan dosa.

Harapan kita tentu sekali supaya dosa kita dihapuskan namun, manfaat istighfar lebih jauh daripada itu.

Kalimat zikir sering diucapkan Nabi SAW memiliki banyak keutamaan lain jika diamalkan. Ada beberapa kisah menceritakan bagaimana ajaib amalan istighfar dalam kehidupan.

Seorang pakar bedah kardiotorasik terkenal dari Mesir, Dr Khalid Abdul Aziz Al-Jubair menulis sebuah buku bertajuk Kesaksian Seorang Doktor iaitu versi terjemahan.

Beliau menceritakan masalah yang dialami dan bagaimana Allah menyelamatkannya dengan keberkatan istighfar.

Dr Khalid Al-Jubair mendapat fitnah daripada beberapa rakan sekerjanya. Fitnah itu cukup berat dan jika dapat dibuktikan, jawatannya akan terancam.

Seterusnya beliau akan dipencenkan dan tidak dibenarkan lagi berkhidmat untuk merawat pesakit.

Komplot fitnah itu dilakukan dengan cukup teliti. Mereka semuanya berpakat untuk menjadi saksi dan mencipta bukti kukuh.

Dr Khalid berasa dia tidak berupaya melawan fitnah itu dan mulai murung. Dia hanya mampu mencari Allah.

Seterusnya, keajaiban berlaku pada saat-saat akhir. Allah mendatangkan ilham pada saat dia di masjid untuk menunaikan solat fardu.

"Selama ini orang datang kepadaku dengan harapan yang besar agar aku mengubati mereka. Kini aku juga mempunyai harapan yang besar. Seharusnya aku datang kepada-Nya dan meminta pertolongan daripada-Nya," kata beliau sendirian.

Kemudian beliau teringat kelebihan istighfar. Dia segera melafazkan kalimah zikir itu sebanyak mungkin.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah dan juga ke hospital beliau tidak henti-henti melafazkan kalimat berkenaan.

Astaghfirullahal-ladzi la ilaha illa huwal-hayyul-qayyum, wa atubu ilaih, bermaksud, "Aku memohon ampun kepada Allah, Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus, dan aku bertaubat kepada-Nya." (Riwayat al-Hakim dari Ibnu Mas’ud dan At-Tirmidzi dari Bilal bin Yasar bin Zaid)

Selepas itu, ada perasaan hebat menyelubungi jiwanya. Beliau seakan-akan mengalami sentuhan spiritual sehingga perasaan resah dan berserabut kerana fitnah itu terus hilang.

Tidak lama selepas itu, semua tuduhan dikenakan ke atas beliau digugurkan kerana tidak dapat dibuktikan. Namanya dibersihkan dan beliau bebas untuk berkhidmat seperti biasa.

Rakan-rakannya yang melakukan komplot fitnah pula turut menerima hukuman.

Sebahagian daripada mereka ditamatkan perkhidmatan, ada juga yang dilucutkan jawatan dan ada yang dipindahkan ke bahagian lain. Sebahagian yang lain pula datang kepadanya dan memohon maaf.

Ibnu Qayyim pula mengisahkan; "Aku sering menyaksikan guruku, Syaikhul Islam (Ibnu Taimiyah) ketika menghadapi masalah-masalah berat, beliau segera bertaubat kepada Allah, memperbanyakkan istighfar, bersandar kepada-Nya dan mengharap turunnya kebenaran dari-Nya.

"Biasanya tidak lama selepas itu, bantuan daripada Allah pun turun mencurah-curah sehingga beliau boleh memilih mana-mana sahaja jalan penyelesaian yang beliau mahu."

Ibnu Taimiyah sendiri berkata, "Saat ada masalah yang amat pelik dan rumit, yang membuatkan aku berasa buntu, maka aku akan beristighfar kepada Allah sebanyak 1000 kali atau lebih kurang, sampai Allah bukakan dan pecahkan masalah masalah untukku."


Ada sebuah mutiara kisah yang cukup manis untuk diamalkan. Kisah itu dipetik daripada kitab Tafsir al-Maraghi, hasil tulisan ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi.

Kisah iktibar itu mengenai tabi'in bernama Hasan al-Basri. Beliau sering didatangi segenap lapisan masyarakat bertanyakan hukum agama dan meminta nasihat.

Satu hari, seorang lelaki datang mengadu kepadanya kerana masalah kelaparan. Beliau dengan penuh hikmah menjawab, "Istighfarlah kepada Allah."

Kemudian beliau didatangi seorang mengadu masalah ketiadaan zuriat. Beliau menjawab, "Istighfarlah kepada Allah."

Kemudian datang seorang lelaki mengadu kebunnya kekeringan kerana musim kemarau. Beliau dengan penuh hikmah menjawab, "Beristighfarlah kepada Allah."

Jawapan Hasan al-Basri menghairankan masyarakat sekitarnya.

Salah seorang daripada penduduk itu bertanya, "Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai masalah, tetapi tuan hanya menyuruh mereka semua untuk melafazkan istighfar."

Hasan al-Basri menjawab, "Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman seperti itu."

Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah Surah Nuh ayat 10-12.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka." (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Oleh itu, apa sahaja masalah yang datang, 'halau' ia dengan istighfar. Insya-Allah, dengan membawa hati kembali kepada Ilahi, masalah akan berlalu pergi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
25 Janji Allah Kepada Manusia Yang Sentiasa BeristighfarMahu Bertaubat Kenapa Perlu Istighfar?
sumber: hmetro



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/03/istighfar-ketika-di-timpa-musibah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allah Pernah Tolong Saya Masa Musibah Pemuda Cina Cari Ustaz Untuk Peluk Islam

Allah Pernah Tolong Saya Masa Musibah Pemuda Cina Cari Ustaz Untuk Peluk Islam

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 495 hits
Memperoleh pertolongan daripada Allah SWT ketika menghadapi musibah menjadi asbab seorang lelaki Cina membuat keputusan untuk memeluk agama Islam Memilih nama Muhammad Aziz Chong lelaki tersebut selesai mengucap dua kalimah syahadah di Masj...
Doa Ketika Ditimpa Penyakit Dan Kesusahan

Doa Ketika Ditimpa Penyakit Dan Kesusahan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 421 hits
Ini adalah doa ketika ditimpa penyakit dan kesusahan Doa ini amat sesuai dibacakan ketika keadaan genting spt berlaku penularan wabak penyakit dan keadaan darurat Apa
Doa Ketika Menghadapi Musibah

Doa Ketika Menghadapi Musibah

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 461 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat semua pembaca dan rakan rakan sekalian Bagaimana dengan kehidupan anda semua Baiklah fokus kepada perkara yang aku nak kongsikan kali ini adalah mengenai doa ketika menghadapi musibah Aku t...
Musibah Sebagai Ajakan Dan Peringatan Allah Agar Kekal Mengesakan Nya Aamiin 9939

Musibah Sebagai Ajakan Dan Peringatan Allah Agar Kekal Mengesakan Nya Aamiin 9939

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 371 hits
Foto dari Pada saat bahagia terkadang manusia menjadi lupa Sebaliknya saat duka mendera seringkali manusia berkeluh kesah lupa pulak dpt dari iklan apa pic nehKoran Sindo 9 minutes agoPemerintah meminta pengelola tempat tempat ibadah untuk ...
Ampunilah Kami Ya Allah Ya Mujib Terimalah Taubat Kami Ini

Ampunilah Kami Ya Allah Ya Mujib Terimalah Taubat Kami Ini

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 528 hits
2 3 minggu yang lepas kecoh belah utara ikan temenung murah Sekarang heboh sana sini virus covid19padahal sebelum tu dah ada kan Tapi Memasing tak ambil kisah lagi Sehinggalah wujudnya tempoh kawalan pergerakan selama 14 hari itupon kita ma...
Malaysia Dengan 14 Harinya Ingatlah Sesungguhnya Pertolongan Allah Itu Dekat 9990

Malaysia Dengan 14 Harinya Ingatlah Sesungguhnya Pertolongan Allah Itu Dekat 9990

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 550 hits
Allah adalah Pelindung orang orang yang bertakwa TOLONG BACA TOLONG SEBARKAN SELAMATKAN MALAYSIA Salam Sejahtera Murid sekolah diCUTIkn 14 hari sayangnya banyak orang yg tidak memahami Kenapa 14 hari dan untuk apakah 14 hari tersebut 14 har...
Bayi Baru Lahir Positif Covic 19 Ya Allah

Bayi Baru Lahir Positif Covic 19 Ya Allah

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 387 hits
Memang betul wabak Covic 19 ni memang ganas tak kenal umur bangsa dan agama Di UK bayi baru lahir positif Covic 19 ya Allah Baca selanjutnya Bayi Baru Lahir Positif Covic 19 Ya Allah
Covid 19 Walau Dah 233 Mati Di Uk Konsert 10 000 Pengunjung Telah Dijalankan Ya Allah

Covid 19 Walau Dah 233 Mati Di Uk Konsert 10 000 Pengunjung Telah Dijalankan Ya Allah

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 359 hits
Ketika dunia tengah kalut dengan wabak Covid 19 dan 233 pun dah mati di UK Sebuah konsert penuh stadium dengan 10 000 pengunjung telah dijalankan di UK Ini komen netizen China Baca selanjutnya Covid 19 Walau Dah 233 Mati Di UK Konsert 10 00...
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Racists Are Those Disregarding Local Sensitivities Akmal To Tiong

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Kemahiran Tvet Untuk Pelajar Perempuan Lepasan Spm

Homemade Potato Wedges

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Tiga Pengawal Keselamatan Dihadap Ke Mahkamah Kes Curi Rm200 000

Malaysia Tingkatkan Hubungan Semikonduktor Global Di Tengah Ketakutan Terhadap Perlindungan Trump

Pelajar Sekolah Rentas Sungai Golok Berisiko Jadi Keldai Dadah