Facebook Blocked Website Cara Mudah Selesaikan
Assalamualaikum. Ayue faham, memang ramai blogger yang frust bila URL kita kena block dengan Facebook. Bukan saja Ayue tak dapat nak share segala content dari blog ke Facebook, malah orang lain juga tak boleh share. Rugi nya kalau ada pembaca yang suka dengan content blog Ayue dan nak share URL blog kita di Facebook, tapi tak boleh. Terjejas semua traffic dan income. Lagi-lagi bila client minta kita share URL job dekat Facebook, takkan nak kata tak boleh? Tergugat lah credibility kita sebagai blogger ye tak
Sebenarnya URL blog Ayue dah setahun pun kena block dengan Facebook. Masa tu Ayue perasan ramai juga blogger yang mengeluh terkena nasib yang sama, tapi semuanya tiada penyelesaian. Ayue cuba juga appeal dan report beberapa kali. Malangnya tidak berhasil. Traffic dan income jatuh merundum. Sedihnya bukan kepalang. Dan Ayue biarkan saja ianya di block selama setahun. FRUST
Tapi, lepas tengok Mira Cikcit semangat blogging baru-baru ni, berusaha naikkan traffic dia, Ayue pun bersemangat juga. Terus cari jalan untuk selesaikan masalah URL kena block dengan Facebook ni supaya traffic dari social media tinggi seperti dulu. Alhamdulillah usaha Ayue berhasil. Syukur
Jadi, Ayue nak kongsikan cara step by step untuk appeal jika URL anda kena blocked atau di report sebagai spam dengan Facebook. Cara ni berkesan dengan blog Ayue dan Ayue harap blog anda juga boleh diselesaikan dengan cara ini
Cara mudah selesaikan masalah URL kena blocked dengan Facebook
1) First, cuba post URL anda di status Facebook. Kalau anda mempunyai masalah yang sama dengan Ayue, anda boleh teruskan tutorial ini
Masalah : This URL goes against our Community Standards on spam
Pelik kan? Walaupun blog Ayue ni blog personal. Tapi tetap Facebook detect sebagai spam. Nak kata Ayue selalu letak URL blog di group-group Facebook, memang takda. Takpa lah, hopefully lepas ni Facebook tak block lagi blog Ayue ni. Ok, next
2) Untuk confirm kan yang URL anda di block oleh Facebook, sila guna tool Facebook Debugger ni
Pergi ke https://developers.facebook.com/tools/debug/ , masukkan URL anda dan klik "Debug"
Jika URL anda di blocked oleh Facebook, anda akan dapat message seperti ini:We can't review this website because the content doesn't meet our Community Standards. If you think this is a mistake, please let us know.
3) Step ini penting, sila jangan skip. Nampak button "let us know" tu
Ok, klik situ dan isi borang nya mengikut masalah anda. Ini contoh masalah yang Ayue adukan pada Facebook
Hi, my blog URL www.ayueidris.com is being blocked by Facebook. I got an error message saying that my URL is against the Community Standards when I ran a debug on you debugger. This is a personal blog, and I don't see any of my content is against the Community Standards. Could you please check and explain why is it reported. Thank you.
Dan klik button "Send"
4) Step seterusnya ni, anda wajib ada Ads Manager Account. Ayue memang ada sebab Ayue banyak buat ads berkaitan blog bila client minta. Kalau anda belum ada akaun, boleh lah terus buat sekarang. Dah buat nanti datang balik tengok step Ayue ni ok? Ayue tak nak explain dekat sini macam mana nak buka akaun ads dengan Facebook dekat entry ni sebab nanti panjang berjela pula. Ayue fokus pada URL blocked saja
Kenapa kena ada Ads Manager Account? Sebab secara logik nya, Facebook jana duit dari bisnes yang beli ads dari Facebook. Jadi semestinya mereka akan beri perhatian lebih pada user yang memberi keuntungan pada mereka daripada general user. Betul tak?
5) Jadi, macam mana nak contact Facebook dan adukan masalah kita ni.
Begini caranya, mula-mula pergi ke https://www.facebook.com/business/help
Scroll sampai bawah dah klik "Get Started" di "Find answers or contact support"
Page seterusnya, pilih "Policy & Account Security"
Scroll lagi sampai bawah dan anda akan jumpa button "Chat with a representative"
Tada! Disini lah magic yang tak semua orang tahu. Live Chat dengan Facebook? What?! Bukan senang ok. Google cara nak contact Facebook pun susah nak jumpa cara ni tau. Live Chat pula tu. Memang senang lah nak mengadu masalah apa-apa
6) Sebelum dapat chat dengan Facebook, anda kena isi form dulu untuk memudahkan urusan mereka. Dekat bahagian Ad Account ID tu, anda kena ambil dari Ads Manager Account yang ada buat tadi. Kalau takda, tak boleh klik "Start Chat" tu ye
Selesai isi semua maklumat dekat form tu, klik "Start Chat" dan anda akan terus di bawa ke Facebook Messenger. Bila ada Facebook Support Staff yang masuk dalam chat tu, anda dah boleh nyatakan masalah anda
Ini antara conversation Ayue dengan mereka
Nampak tak pentingnya step No.3 tu. Walaupun dah dapat chat dengan Facebook Support, anda masih perlu submit masalah anda di "let us know" tu supaya Facebook dapat rujuk dan memudahkan proces unblocked.
Selesai Live Chat, Ayue diminta untuk tunggu 24 hingga 48 jam untuk mereka unblocked URL blog Ayue. Tapi, lepas 48 jam, blog Ayue masih tidak dapat access ke Facebook. Jadi Ayue follow up dengan mereka menggunakan kaedah yang sama Ayue lakukan tadi. Ikut saja step by step hingga dapat live chat dengan Facebook Support. Ayue minta mereka follow up case Ayue dan speed up the process
Alhamdulillah, petang tu juga Facebook Support email Ayue beritahu yang URL blog Ayue tidak lagi disekat oleh Facebook. Syukur nya. Lega rasa bila lepas ni dah boleh update status dengan URL blog. Moga masalah traffic dari social media selesai juga lepas ni. Amenn
Anda yang ada masalah URL kena blocked dengan Facebook tu boleh cuba cara Ayue ni ye. Kalau berjaya jangan lupa komen
Best of luck
xoxo,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ayueidris.com/2020/10/facebook-blocked-website-cara-mudah-selesaikan.html