Google Analytics Drop Statik Bagaimana Cara Selesaikan
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta dan yang bekerja terus bekerja semoga beroleh sukses dengan jayanya. Insha ALlah. Pada waktu ini, jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad semoga hari kita mulai dengan berkat Ilahi.
Sebenarnya baru-baru ini Naim klik pada Google Analytics untuk melihat statik blog Naim untuk blog Oktober kan. Tiba-tiba semua drop menjadi zero visit . Boleh lihat pada gambar di atas . Ini menyebabkan Naim berapa hairan, kerana selama 4 hari tiada statik yang baik bermula 1 Oktober hingga 4 Oktober 2020.
Kemudian Naim mula bergoogle dengan pelbagai cara dan Naim menemui satu solusi daripada otai blogger iaitu Abang Hasrul Hassan di dalam satu entri beliauGoogle Analytics Mudahkan Analisis Perkembangan Blog. Setelah membaca beberapa cara yang Abang Hasrul Hassan terangkan Naim mula mencuba agar Statik Google Analytic kembali normal. Kerana Analytic sangat berguna kepada blogger untuk melihat perjalanan blog kita di waktu biasa dan waktu puncak visit ( pageviews).
Ok, Naim tunjukkan beberapa cara selesaikan masalah zero visit di dalam Google Anaytics.
1) Pergi dekat dahbord blog dan klik pada Settings dan cari Google Analytic Proprety ID. Dan klik pada Google Analytic Proprety ID dan ia akan pop-up untuk masukkan ID Google Analytic kita.
2) Ia masih tidak selesai lagi , kita kena pergi Google Analytic ( https://analytics.google.com/ ).Setelah masuk Google Analytic dan pergi sebelah kiri dan scroll ke bawah cari Admin. Setelah jumpa klik pada Admin ya...
3) Setelah masuk admin, kena cari (<> Tracking Info ), setelah jumpa klik pada tracking info seperti gambar di atas. Selepas itu klik pada Tracking Code. Selepas itu cari Tracking ID. Copy ID di bawah itu dan pastekan di Google Analytic Proprety ID ( rujuk no 1) dan klik save.
4)Selepas itu, di dashboard blog pergi ke Theme untuk paste code di bawah <head>.
Setelah pergi Theme- Customise- edit html. Anda kena guna key (CTRL+F) untuk seach < head> di dalam html.
5) Pergi cara no 2 untuk copy code untuk paste di bawah <head>. boleh lihat pada gambar di bawah ini.
6) Setelah copy code tu, pergi edit html paste code di bawah <head> seperti gambar di bawah ini dan . Setelah paste code pastikan save html ya.. takut tak menjadi.
Begitulah cara-cara untuk selesaikan masalah zero visit di dalam Google Analytic. Google akan mengambil masa dalam 24 jam kalau tidak silap Naim. Kerana pada 5 Oktober 2020 statik blog Naim kembali normal. Alhamduillah boleh ushar yang mana kekurangan blog Naim ini.
Akhir sekali, Naim harap sedikit tutorial ini membantu sahabt-sahabat blog yang mungkin ada masalah yang sama. dan tidak lupa kepada Abang Hasrul Hassan kerana artikel beliau juga membantu Naim jua..
sumber rujukan :https://www.hasrulhassan.com/2012/06/google-analytics-mudahkan-analisis.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2020/10/google-analytics-drop-statik-bagaimana.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)