Tema Logo Hari Merdeka 2022 Menara Merdeka 118 Malaysia Simbolik Kemerdekaan


Selamat Hari Merdeka 2022. Tarikh 31 Ogos 2022, cuti Hari Merdeka 2022 merupakan cuti umum seluruh Malaysia. Hari Merdeka 2022 tahun ni lebih banyak aktiviti menarik sempena sambutan Merdeka. Lebih meriah sambutan Merdeka selepas 2 tahun bersama COVID-19. 
Masih ada yang tertanya tanya lagi Merdeka 2022 how many years? Hari Kemerdekaan 2022 ke berapa? Hari Merdeka 2022 adalah Hari Merdeka ke 65 tahun.

baca juga : senarai tema dan Hari Kemerdekaan dari 1970-2022
Tema Hari Merdeka 2022 dan logo Hari Merdeka 2022 seperti dibawah

Tema & Logo Hari Merdeka 2022 dan Hari Malaysia 2022Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 adalah ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’. Tema ini dipilih selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa.
Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022 tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan Internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat

Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat

Tema Hari Merdeka 2022 dan Hari Malaysia 2022 : Teguh Bersama‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia 2022 selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia

KELUARGA MALAYSIA : Merujuk kepada masyarakat hidup aman damai & bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.TEGUH :  Bermaksud kukuh, kuat dan eratBERSAMA : membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan
Manakala frasa TEGUH BERSAMA mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan

Konsep logo Hari Kebangsaan tahun 2022
LOGO BERKONSEPKAN JALUR LIPUTAN INTERNETMelambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat

TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNINGMerupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni

TITIK MERAHMelambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan

KEDUDUKAN YANG BERSELANG-SELIMelambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

Sambutan Hari Kemerdekaan/Kebangsaan Malaysia 2022Tiga aktiviti utama diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai di PutrajayaSambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka Kuala LumpurSambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka
Di samping itu, pelbagai program dan pertandingan berunsur kenegaraan telah disusun bagi memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Ia antaranya Pertandingan ILHAM Merdeka Tik Tok Challenge, Pertandingan KLIK@Merdeka, Pertandingan Bintang Smule, Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandingan Mewarna dan Melukis MYDOODLE@Merdeka, Program Pengisahan Kenegaraan, Sayembara Sajak Merdeka yang kesemuanya akan bermula pada 30 Julai hingga 16 Sept.

Bagi menyemarakkan semangat patriotisme pula, program Kembara Keluarga Malaysia 2022 (KKM2022) yang berkonsepkan serah baton akan diadakan bermula pada 30 Julai di Putrajaya, dengan acara pelepasan akan dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara yang menjadi perhatian rakyat Malaysia adalah reka bentuk logo dan tema hari Kebangsaan Malaysia

Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2022 di laman web : www.merdeka360.my
Menara Merdeka 118 MalaysiaMenara 118 berketinggian 678.9 meter adalah menara tertinggi di Malaysia, tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Menara 118 dimiliki 100 peratus oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) bukan dimiliki oleh unit amanah sahammelalui pegangan ekuiti dalam PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd.

Tinggi : 678.9 meterMula dibuka : 2022
Jumlah tingkat : 118
Lokasi : Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Mula dibina : 3 July 2014
Kos : RM5 billion ($1.5 billion USD)
Firma seni bina : Fender Katsalidis Architects
Suntikan ekuiti untuk Merdeka 118 diperoleh daripada dana PNB sendiri dengan pembiayaan pembangunan disokong oleh dua terbitan sukuk iaitu Sukuk Hijau Merdeka ASEAN SRI dan Sukuk Murabahah mulai lima tahun lalu.

Hasil daripada sukuk ini digunakan untuk membiayai sebahagian daripada ruang pejabat 83 tingkat di Menara Merdeka PNB118 dan selebihnya digunakan untuk aktiviti sokongan

Bangunan Menara Merdeka 118 Malaysia bukan sekadar projek ikonik bertaraf dunia. Ia turut melambangkan kebudayaan dan sejarah kemerdekaan Malaysia serta memiliki sentuhan luar biasa antara seni bina bersejarah dan kontemporari.

Pembinaannya Menara Merdeka 118 Malaysia bermula pada tahun 2014 dengan pembangunan seluas 40 ekar, dimana 50 peratus keluasan tanah tersebut terdiri daripada Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Ketinggian puncak menara atau ‘spire’ Merdeka 118 adalah berukuran 160 meter dengan berat 1,015 tan, bersamaan dengan berat 852 buah kereta Proton Saga dan ia diperbuat daripada keluli dan panel aluminium, dan tempoh pemasangan mengambil masa tiga bulan.

sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/179460/berita/nasional/menara-merdeka-118-milik-pnb

Dari segi reka bentuk, puncak menara Merdeka 118 merupakan simbolik kepada bentuk tangan Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang dijulang tinggi ketika melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali 64 tahun yang lalu. Nombor “118” pula menandakan jumlah tingkat menara tersebut

Nama “Merdeka” dipilih bersempena lokasinya yang terletak berhadapan tapak warisan Stadium Merdeka yang menyaksikan detik sejarah terpenting bagi Malaysia iaitu pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957.
Inilah pencapaian yang hebat dalam bidang kejuruteraan, malah mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai negara yang moden dan maju. Lokasi strategik Merdeka 118 juga bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia dengan menjadi pemangkin baharu ekonomi negara khususnya Kuala Lumpur.

Menara kebanggaan kita ini bukan sahaja akan merancakkan ekonomi negara dan rakyat, tetapi jua akan menarik kehadiran pelancong antarabangsa dan menjadikan Malaysia gah di persada dunia
sumber : https://www.mkn.gov.my/web/ms/2021/12/01/menara-merdeka-118/
Gambar diambil masa tengah sesak di jalan raya. Bila kereta dalam keadaan pegun, sempatlah saya ambil sekeping dua. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/08/tema-logo-hari-merdeka-2022-menara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan Ke 65 Tahun 2022

Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan Ke 65 Tahun 2022

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 242 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada setiap tahun menjelangnya sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia sudah pastinya adalah kepada reka bentuk logo dan...
Rasional Logo Maksud Tema Lirik Lagu Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 65

Rasional Logo Maksud Tema Lirik Lagu Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 65

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 273 hits
Lirik Lagu Rasional Logo Cara Download Logo Merdeka Maksud Tema Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan bagi tahun 2022 telahpun diperkenalkan iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama TEMA RASIONAL TEMA HARI KEBANGSAAN HARI MALAYSIA 2022Pemilihan ad...
35 Logo Merdeka Malaysia Dari Tahun 1976 2022 Sekarang

35 Logo Merdeka Malaysia Dari Tahun 1976 2022 Sekarang

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 721 hits
Jom tengok logo logo dan tema Hari Kebangsaan yang telah digunakan dari tahun 1976 hingga 2022 sebelum ini SENARAI LOGO TEMA HARI KEBANGSAAN Jangan Lupa Like Share Komen
10 Tips Untuk Ke Dataran Merdeka Menyaksikan Perarakan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2022 Dan Senarai Jalan Yang Ditutup

10 Tips Untuk Ke Dataran Merdeka Menyaksikan Perarakan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2022 Dan Senarai Jalan Yang Ditutup

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 169 hits
Pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2022 dijangka 50 000 orang akan membanjiri Dataran Merdeka untuk menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan ke 65 Dah pasti ramai yang teruja untuk menyaksikan sambutan Merdeka 2022 kali ke 65 s...
Koleksi Ucapan Pantun Merdeka Dan Hari Kebangsaan 2022

Koleksi Ucapan Pantun Merdeka Dan Hari Kebangsaan 2022

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 266 hits
Inilah masanya kita boleh bagi ucapan atau pantun sekali pun sempena atau Hari Kebangsaan yang bakal menjelang pada 31 Ogos Ianya dibuat bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini Perayaan ini juga antara yang ditunggu tunggu...
Senarai Lokasi Perarakan Bagi Sambutan Hari Kemerdekaan Di Seluruh Malaysia

Senarai Lokasi Perarakan Bagi Sambutan Hari Kemerdekaan Di Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 224 hits
Tak lengkaplah sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan 31 Ogos tanpa perarakan Dengan adanya acara ini orang ramai boleh berkumpul bagi melihat lebih dekat perarakan berwarna warni yang bakal ditonjolkan Jika sebelum ini 2 tahun Mala...
Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia Di Aeon Mall Nilai Negeri Sembilan Selamat Hari Merdeka Ke 65

Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia Di Aeon Mall Nilai Negeri Sembilan Selamat Hari Merdeka Ke 65

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 249 hits
Salam to all my readers Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai Negeri Sembilan Selamat Hari Merdeka ke 65 Selamat Hari Merdeka buat semua harini timeline media sosial aku dibanjiri dengan status kemerdekaan S...
Hari Merdeka 2022

Hari Merdeka 2022

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 295 hits
Selamat Hari Merdeka yang ke 65 tahun Merdeka tahun ini Sofia banyak teringat kat lagu Warisan yang dinyanyikan oleh arwah Sudirman Kisahnya minggu lepas Bella dan kawan kawan sekelasnya ada membuat persembahan bagi meraikan Hari Kebangsaan...
Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia Sempena Hari Kebangsaan Ke 65 Disambut Penuh Patriotik Di Aeon Mall Nilai

Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia Sempena Hari Kebangsaan Ke 65 Disambut Penuh Patriotik Di Aeon Mall Nilai

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 170 hits
Assalamualaikum Salam Kemerdekaan yang ke 65 buat semua rakyat Malaysia Kemeriahan sambutan pada tahun ini memang lain dari yang lain Fiza pun seronok sangat walaupun tak berkesempatan nak pergi Dataran Merdeka dapat tengok perarakan merdek...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Tiada Peruntukan

How Working For Google Amazon And Microsoft Lost Dream Job Status

5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih