Explore Tempat Menarik Di Dabong Kelantan


Gua Ikan
Gua Ikan – Kuala Krai

Lokasi
Terletak di Kampung Slow Pak Long kira-kira 95 km dari Bandar Kuala Krai dan 7 km dari Pekan Dabong. Perjalanan dengan kereta mengambil masa lebih kurang 30 minit menghala ke Gua Musang melalui Jalan Persekutuan 8 dan akan menemui satu simpang ke Dabong. Dari simpang tersebut, menghala ke Dabong kira-kira 40 km ke hadapan akan menemui pintu masuk ke tarikan di sebelah kiri

Explore Tempat Menarik Di Dabong, Kelantan


Pengangkutan Awam
Tiada perkhidmatan bas awam yang beroperasi ke Gua Ikan. Teksi boleh diperolehi di Bandar Kuala Krai dengan tambang RM60



Tarikan
Merupakan tarikan rekreasi alam semulajadi yang terkenal di Kuala Krai




Terdapat gua-gua yang menarik di dalam Bukit Batu Kapor yang direntangi oleh anak sungai yang jernih. Antara aktiviti yang menarik ialah menikmati keindahan flora dan fauna, mandi-manda, rekreasi dan perkelahan





View this post on Instagram A post shared by Zaidalifah Aisheteru 🧕🏻 (@zaidalifah_aisheteru)

Gunung StongAir Terjun Gunung Stong – Kuala Krai
Gunung Setong (Stong)- Gunung Ayam, Dabong, Kelantan



Kedua-dua gunung yang berada di Hutan Jelawang ini kebiasaannya didaki dalam satu ekspedisi. Dabong adalah pekan kecil yang terdekat, kemudahan stesen keretapi menjadikan keretapi sebagai pengankutan pilihan para pendaki untuk ke Dabong



Dari Dabong pendaki perlu menaiki bot untuk merentas Sg. Galas kira-kira 5 minit perjalanan. Perjalanan seterusnya sejauh 5KM jalanraya berturap dengan van atau kereta sapu untuk tiba di Kg. Jelawang


Pendaki boleh memulakan pendakian dari Kg. Jelawang melalui trek balak atau meneruskan perjalanan dengan van atau kereta sapu menyusuri jalan kampung sejauh 2.8KM ke Resort Jelawang


Resort Jelawang berada di kaki Air Terjun Jelawang 666 kaki dari aras laut. Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik mesyuarat, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian.
Terdapat dua lagi trek ke Baha’s Camp yang berada di puncak Air Terjun Jelawang pada ketinggian 1404 dari aras laut. Satu trek terus ke trek balak dan satu lagi menyusuri kaki air terjun jelawang sebelum masuk ke trek balak.
Pendaki boleh tiba di Baha’s Camp kira-kira 45 minit berjalan. Baha’s Camp diselia oleh sekumpulan anak tempatan yang memberi perkhidmatan jurupandu arah selain mengawasi kawasan Hutan Jelawang. Tapak khemah di sini cukup luas dan boleh menampung ratusan orang.
Beberapa tempat menarik boleh dilawati di sekitar Baha’s Camp seperti Gua Rantai, Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun Dua Gunung.
Gua Rantai
Gua ini dinamakan gua rantai kerana dipasang rantai di dalamnya bagi memudahkan pengunjung melalui gua ini. Walaupun tidaklah begitu jauh perjalanan dalam gua ini namun tetap memberi keseronokkan kepada pengunjung.
Kolam Puteri / Air Terjun Kolam PuteriAir terjun ini agak tinggi dan mempunyai kolam yang besar, dalam dan tenang. Seronok bermain air di sini sama ada mengelunsur di air terjun mahupun berenang.
Telaga Tujuh
Tujuh telaga semulajadi ini berada di tengah-tengah sungai di atas air terjun Kolam Puteri. Masuk ke dalam telaga ini menjanjikan satu pengalaman menarik.
Air Terjun Dua GunungDua air terjun dari dua buah gunung iaitu G. Stong dan G. Ayam bercantum menjadi satu sungai.
Trail
Kebiasaannya pendaki memulakan pendakian dari Baha’s Camp seawal pagi setelah bermalam dan menikmati panorama matahari terbit dari puncak air Terjun Jelawang.
Trek adalah mengikut jalan balak tinggal seterusnya melalui denai-denai yang mencanak.
Pada waktu tengahari pendaki boleh tiba di puncak G. Stong. Setongkol batu besar dengan pokok bonsai di atasnya menjadikan puncak ini unik. Dari istilah ‘stone’ disebut jadi bunyi ‘setong’ dalam dialek tempatan.
Dari puncak G. Stong pendaki perlu turun hingga ke satu persimpangan trek ke G. Ayam yang dipanggil “Beta Balak” pada ketinggian 2652 kaki dari aras laut. Di sini jugalah punca air terakhir sebelum ke puncak G. Stong.
Trek dari Beta Balak ke Puncak G. Ayam kurang mencanak berbanding ke G. Stong. Pendaki akan melalui kawasan pokok-pokok bonsai sejurus tiba di puncak Baha iaitu anak G. Ayam. Puncak Baha ke Puncak Ayam hanya memakan masa kurang sejam perjalanan. Lewat petang pendaki boleh tiba di puncak G. Ayam.
Puncak G. Ayam ditanda dengan ‘plate’ dan terdapat pokok-pokok bonsai setinggi 10 kaki. Kira-kira sepelaung dari puncak ini terdapat kawasan perkhemahan yang boleh memuatkan sekitar 50 orang. Bukan sahaja tapak khemah, tapak kaki gajah juga biasanya terdapat di sini. Pemandangan matahari terbenam cukup indah berlatarbelakangkan pokok-pokok bonsai di kawasan khemah.
Sumalian Trail
Satu lagi laluan ke G.Stong dan G.Ayam adalah dengan mengikut lembah Semeliang (Dialek tempatan berbunyi Sumelian). Laluan ini tidak mempunyai trek (off-trek) dan memberi cabaran yang lebih hebat kepada pendaki. Selain terpaksa meredah hutan, laluan adakalanya menyusuri anak-anak sungai atau longkang laluan air.
Terdapat beberapa tempat menarik di Lembah Sumeliang seperti Taman Orkid, Gua Kelawar dan Gua Kayu Jadi Batu. Taman Orkid merupakan kawsan yang ditumbuhi orkid-orkid liar yang jarang ditemui. Gua Kayu Jadi Batu pula adalah gua yang mempunyai fosil kayu balak yang sekeras batu. Selain itu terdapat kalimat ‘Allah’ (Alif-Lam-Lam-Ha) berwarna hijau florencent secara semulajadi di dalam gua ini.

View this post on Instagram A post shared by Zaidalifah Aisheteru 🧕🏻 (@zaidalifah_aisheteru)

Lata KertasLata Kertas – Kuala Krai



Merupakan taman rekreasi tempatan. Mempunyai kemudahan tempat berkelah. Kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut adalah seperti wakaf, laluan pejalan kaki, tandas awam, surau dan juga sebuah kedai


Jaraknya dengan bandar atau pekan terdekat adalah 12km dari bandar Dabong dan 56km dari Bandar Jeli, manakala dari Gua Musang pula adalah sejauh 75km dan jaraknya dengan Air Terjun Gunung Stong adalah 7km


Untuk sampai ke sana adalah melalui jalanraya Jeli-Gua Musang hanya dengan kenderaan sendiri atau kereta tambang (Prebet Sapu) yang boleh didapati di Stesen Keretapi Dabong atau di pekan Jelawang dengan kadar bayaran RM 25/orang

 
View this post on Instagram A post shared by Zaidalifah Aisheteru 🧕🏻 (@zaidalifah_aisheteru)


Sumber Rujukan :Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
Jelawang Pipe Resort and Extreme ParkJelawang Pipe Resort and Extreme Park sebuah tarikan pelancongan terbaru di negeri Kelantan terutamanya di daerah Dabong Kuala Krai. Terletak di Kampung Sungai Batu, Jelawang


Kawasan rekreasi ini telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti sukan lasak, kem kepimpinan dan jati diri, serta menyediakan tempat penginapan untuk disewa

Lokasinya juga sangat sesuai untuk dijadikan destinasi riadah dan perkelahan bersama keluarga dengan kemudahan asas yang disediakan

Suasana yang damai dengan aliran sungai jernih serta memiliki udara yang segar menjadikan lokasi ini sering dikunjungi pelancong dari dalam mahupun luar negara


Bagi warga bandar dan kota, Jelawang Pipe Resort & Extreme Park adalah destinasi yang tepat untuk anda mencari ketenangan dari kesibukan kota dan tekanan tempat kerja


Masa singgah dekat sini, nampak ada 'flying fox' dan ATV ada dikalangan ahli rombongan sempat main ATV tapi Bonde tak teringin nak main ATV waktu tu... lebih teruja nak main air dekat air terjun dan bagi ikan makan

Air terjun yang jernih tu... ada banyak ikan di dalamnya



Sungai KenerongSungai Kenerong memang sangat jernih dan sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti di sungai seperti water tubing, berkayak ataupun berakit


Memandangkan lokasinya yang strategik, pelancong juga boleh ke beberapa tarikan lain yang ada di sini seperti mendaki Gunung Stong, mandi manda di Air Terjun Jelawang dan juga aktiviti caving ke Gua Keris, Gua Ikan dan Gua Pagar

 ~ Bonde Senyum Riang ~

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bondezaidalifah.com/2023/09/explore-tempat-menarik-di-dabong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Masuk Percuma

20 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Masuk Percuma

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 402 hits
Kuala Lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lebih dikenali sebagai KL adalah ibu negara dan bandaraya terbesar di Malaysia Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 diduduki 1 973 juta orang men...
Pintasan Saloma Tempat Menarik Untuk Bergambar Di Kuala Lumpur

Pintasan Saloma Tempat Menarik Untuk Bergambar Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 257 hits
Pintasan Saloma Pintasan Saloma Pintasan Saloma atau nama bahasa inggerisnya Saloma Link adalah satu jejantas yang unik yang menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC Masa yang di ambil bagi sesiapa yang berjalan kaki dari KLCC ke pintasan sal...
23 Tempat Makan Menarik Di Putrajaya Restoran Paling Best

23 Tempat Makan Menarik Di Putrajaya Restoran Paling Best

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 394 hits
Wilayah yang dikatakan salah satu bandar terindah di dunia bukan sahaja menjadi destinasi pilihan ramai di hujung minggu untuk melawat lokasi lokasi menariknya tapi juga kerana ingin mencuba pelbagai kedai makan best yang ada di sini Dari k...
Tempat Menarik Di Melaka Berangan Ala Venice Di Melaka River Cruise

Tempat Menarik Di Melaka Berangan Ala Venice Di Melaka River Cruise

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 223 hits
Tempat Menarik di Melaka Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Percaya tak korang boleh berangan ala ala bercuti di Venice walaupun hanya ke Melaka dengan naik Melaka River Cruise Jangan main main Melaka ni walaupun hanya berkeluasan 0...
Senarai Pasar Malam Kota Bharu Dan Di Sekitar Kelantan Mengikut Hari

Senarai Pasar Malam Kota Bharu Dan Di Sekitar Kelantan Mengikut Hari

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 219 hits
Terdapat tiga lokasi pasar malam yang dibuka setiap hari di bandar raya Kota Bharu Kelantan iaitu Pasar Malam Buluh Kubu di Jalan Maahad melalui Jalan Pintu Pong Bazar Larut Malam Kota Bharu di Jalan Parit Dalam di pusat bandar rayaPasar La...
Gulai Kerutuk Daging Buku Besar Kelantan

Gulai Kerutuk Daging Buku Besar Kelantan

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 319 hits
Alhamdulillah pagi ini saya sekeluarga telah berangkat ke United Kingdom untuk menghadiri majlis graduasi Nana di samping bercuti Alhamdulillah ini lah kali pertama saya menaiki penerbangan Qatar Airways Anak anak saya memang tak nak lagi n...
Kelantan Mb Sues Two Opposition Reps State Umno Chief

Kelantan Mb Sues Two Opposition Reps State Umno Chief

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 178 hits
Kelantan Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud has initiated legal action against Umno s Galas assemblyperson Mohd Shahbuddin Hashim for accusing him of declaring others as kafir According to the PAS leader his lawyers have served a letter of...
36 Undocumented Migrants Found On Express Bus From Kelantan

36 Undocumented Migrants Found On Express Bus From Kelantan

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 203 hits
Some of the undocumented migrants found travelling on the express bus KUALA LUMPUR The immigration department has arrested 36 foreign nationals trying to enter Malaysia illegally on an express bus Director general Ruslin Jusoh said the fore...
Dr Hafidzah Serah Pada Peguam Teruskan Saman Mb Kelantan

Dr Hafidzah Serah Pada Peguam Teruskan Saman Mb Kelantan

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 241 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim bakal memulakan tindakan undang undang terhadap Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud Ia selepas Nassuruddin yang juga ADUN Meranti tidak...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa