20 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Masuk Percuma


Kuala Lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lebih dikenali sebagai KL, adalah ibu negara dan bandaraya terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 bt2), diduduki 1.973 juta orang mengikut banci tahun 2020. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 8.9 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di Asia Tenggara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.


Bandar raya Kuala Lumpur merupakan pusat kebudayaan, pelancongan, perundangan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat. Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).



Kuala Lumpur amat dikenalii dunia dengan terdirinya bangunan kedua tertinggi di dunia dan pertama di Asia Tenggara iaitu Menara Merdeka 118 dan cukup dikenali dengan menara berkembar tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas.


Sejarah Kuala LumpurSejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah, mengupah buruh Cina untuk membuka lombong bijih timah yang baru dan lebih besar. Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang. Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu.


Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima sebagai bandar sempadan. Banyak sekali kemelut yang dialami Kuala Lumpur yang masih muda itu, terutamanya Perang Saudara Selangor, di samping diserang wabak penyakit, kejadian kebakaran dan banjir. Sekitar 1870-an, Kapitan Cina Kuala Lumpur, Yap Ah Loy menjadi pemimpin yang bertanggungjawab memastikan ketahanan diikuti pertumbuhan sistematik bandar ini. Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah tempat kecil yang tidak dikenali menjadi bandar perlombongan yang giat sekali ekonominya. Pada tahun 1880, ibu negeri Selangor berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur yang jauh lebih strategik.

Jadi jom kita jelajah bandar Kuala Lumpur yang punya tarikan yang cukup menarik yang anda boleh lawati dan masuk secara percuma.


1. Bangunan Sultan Abdul SamadBangunan Sultan Abdul Samad - kredit FB Gaya Travel 


Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di hadapan Dataran Merdeka dan Kelab Diraja Selangor. Ia terletak di Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Malaysia. Jalan Raja dahulunya dikenali Gombak Road.


Di dalam peta, bangunan ini terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Pelbagai bangunan dibina di pertemuan dua sungai ini seperti Masjid Jamek Kuala Lumpur, Stesen Kereta Api Tanah Melayu dan lain-lain. Di sinilah aktiviti perlombongan bijih timah bermula di Kuala Lumpur, menjadi pemangkin kejayaan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu seterusnya negara Malaysia sekarang.


2. Dataran MerdekaDataran Merdeka - gambar wikipedia
Dataran Merdeka, dikenali sebagai Padang Kelab Selangor, asalnya adalah padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary's Anglican, bangunan stail Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.


Di sinilah, berhadapan bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957. Semenjak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia setiap tahun sejak 1957. Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah Citrawarna dan Larian Merdeka.


Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda yang paling penting yang dibina oleh pihak British, yang mengadap kearah Dataran Merdeka. Seni bina Moorish yang indah ini siap dibina pada 1897, menjadi pejabat beberapa jabatan penting semasa pentadbiran British.


Tiang bendera pada waktu malamTiang bendera setinggi 95-meter, antara yang tertinggi di dunia, menandakan tapak itu dengan kepingan bulat marmar hitam. Ia terletak di bahagian selatan dataran.


Bangunan Kelab Di raja Selangor stail Tudor, Bangunan kayu separuh Tudor dibina pada 1890 dan menjadi tempat menonton perlawanan Kriket pada petang  dan sangat berbeza dengan bangunan seni bina Moorish bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak arah bersetentangan dataran.


Terowong Bawah Tanah Dataran Merdeka mempunyai bahagian bawah tanah yang dibangunkan pada tahun 1995 yang dikatakan berfungsi sebagai terowong keselamatan jika terjadi peperangan sebagaimana di Iraq.


3. River of Life KLGambar kredit : FB Nadzley AMN


Projek River of Life, sungai dalam bandaraya KL yang dulunya kotor, sudah mula berwajah baru. Anda dapat menyusuri sungai apabila berjalan dari stesen LRT Masjid Jamek, kemudian naik ke jambatan pertama di KL, bergerak ke belakang Sultan Abdul Samad adalah pengalaman cukup berbeza dibandingkan pada tahun 90an.
Kawasan sekitar Masjid Jamek sudah ada landskap, mural dan juga lampu biru bila waktu malam dan yang dulunya cuma tempat pejalan kaki sekarang sudah berpokok hijau.


Pertunjukan Air PancutBermula jam 9.15 malam, ada pertunjukan air pancut kat sini sampai ke pukul 11 malam dengan tema berbeza-beza. Ada tema Asma-ul husna sampailah ke pertunjukan air pancut terakhir yang dibuat ikut lagu Negaraku oleh Faizal Tahir.


OOTD di bangunan besar tepi River of LifeTerdapat mural cantik yang dilukis di bangunan di tepi river of life bagi mengembalikan Sungai Gombak dan Klang menjadi kawasan riverfront terkemuka dunia  dan pernah dinobat sebagai antara 10 kawasan riverfront terbaik dunia oleh majalah the Independent UK.


Taman ala KolonialTerdapat  taman di belakang bangunan Sultan Abdul Samad yang anda boleh duduk santai waktu pagi sambil menikmati landskap teratur ala Kolonial. Disarankan tidak duduk berseorangan pada waktu malam terutama wanita.


Nota :
Bila tiba waktu malam, kawasan tepi sungai akan menjadi tempat tidur gelandangan di sekitar Masjid Jamek, sepertimana dahulu. Lazimnya mereka tidak mengganggu orang, tapi elakkan ke sini seorang diri.


4. Masjid JamekMasjid Jamek - gambar wikipedia
Masjid Jamek Sultan Abdul Samad asalnya telah dibina oleh pedagang-pedagang Islam yang berasal dari India, di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak, Kuala Lumpur pada zaman penjajahan British. Kedudukannya berhampiran tapak perkuburan awal di situ dan kini terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, stesen Putra LRT dan Star LRT. Ia menjadi sebahagian daripada mercu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.
PembinaanMasjid ini dibina pada tahun 1909, ia merupakan salah satu di antara masjid yang tertua di Kuala Lumpur. Masjid Jamek dibina berhampiran dengan pusat pentadbiran iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad di seberang Sungai Gombak bagi memudahkan kakitangan kerajaan beragama Islam mengerjakan solat lima waktu dan solat Jumaat.


Seni bina masjid ini menjadikan ia sebagai mercu tanda yang kemudiannya berkembang sebagai nadi bandaraya Kuala Lumpur. Masjid Jamek merupakan masjid utama bagi solat Jumaat dan pusat aktiviti Islam sehinggalah pembinaan Masjid Negara pada tahun 1967.


Reka bentuk masjid ini menurut tata rajah tradisional India Utara, dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup atau "sahn". Masjid ini diapit dengan dua menara dan beberapa menara lebih kecil. Kubah bebawang di kemuncak dewan solat dan di kemuncak menara menyerupai seni bina Moghul

5. Stesen Keretapi Lama


Stesen Keretapi Kuala Lumpur, stesen kereta api yang siap dibina pada tahun 1910 untuk menggantikan sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama, stesen ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentral mengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini terkenal dengan gaya pembinaannya, mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur.


Stesen ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, dulunya dikenali sebagai Victory Avenue, berhampiran dengan Bangunan Kereta Api Tanah Melayu ini direka cipta dengan mirip Gaya "Neo-Moor/Mughal/Indo-Saracen/Neo-Saracen"


6. Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur (Menara KL) merupakan sebuah menara komunikasi. Pembinaannya sempurna pada 1 Mac 1995. Ia menampilkan sebuah antena yang meningkatkan ketinggiannya kepada 421 meter (1,381 kaki) dan merupakan menara tunggal ketujuh tertinggi di dunia. Bahagian atasnya terletak pada ketinggian 335 meter (1,099 kaki). Bahagian bawah selebihnya mempunyai tangga dan lif untuk mencapai kawasan atas, yang mana ia mempunyai restoran berputar yang menyediakan ruang makan dengan pemandangan kota raya Kuala Lumpur.


Dengan ketinggian 276 meter dari tanah, anda dapat menikmati pemandangan atau landskap penuh bandar Kuala Lumpur. 


Menara ini juga berfungsi sebagai balai cerap bagi meninjau anak bulan bagi menandakan permulaan bulan-bulan qamari terutamanya Ramadan, Syawal, dan Zulhijah, bagi menyambut bulan puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Menara ini merupakan titik pandang tertinggi di Kuala Lumpur yang dibuka kepada awam.


Terdapat  banyak tarikan untuk pengunjung seperti platform meninjau yang membolehkan anda melihat bandar Kuala Lumpur, Rumah Terbalik, Restoran Berputar dan banyak lagi.


Aktivit menarik di Menara Kuala Lumpur (Dengan Bayaran)Melihat Pemandangan Kuala Lumpur di Observation DeckDi sini anda akan melihat view yang indah setiap pelusuk Kuala Lumpur menggunakan binokular.


Tower WalkAnda seorang yang berani? Tidak lengkap kunjungan anda ke Menara Kuala Lumpur sekiranya tidak bergambar di Sky Box. Bergambar di kotak kaca ini sudah pasti anda kelihatan seperti terapung di awang-awangan.
Anda boleh memilih sama ada ingin bergambar di Sky Box berlatarbelakang Kuala Lumpur City Centre (KLCC) atau Sky Box dengan pemandangan Kuala Lumpur sahaja. Instagrammable, ayuh bergambar di sini!

Berjalan di Sky DeckBerbeza dengan Observation Deck, di Sky Deck anda boleh menyelusuri sudut luar Menara Kuala Lumpur di ketinggian 300 meter. Sambil melihat pemandangan kota raya Kuala Lumpur, anda dapat menghirup udara segar di luar tanpa sebarang penghalang.


Memang cantik, lagi-lagi pada waktu malam melihat warna-warna sinaran lampu di kota ini sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.


Tower WalkTower walk adalah tarikan utama yang baru mula dibuka pada 19 November 2021. Pihak Menara Kuala Lumpur menawarkan aktiviti berjalan secara open-air di sekitar luar menara ini dengan pakej yang sangat berbaloi.


Anda mempunyai kebebasan untuk bersandar pada dinding, melompat dan berjalan di sekitar menara dilengkapi dengan sistem keselamatan yang sempurna.


Menjamu Selera di Restoran Atmosphere 360Setelah penat berjalan dan menikmati pemandangan, datanglah ke Restoran Atmosphere 360. Sambil makan juga anda boleh menikmati pemandangan indah kota raya. Perlu ingat, jika anda mahu ke sini perlulah mematuhi etika pemakaian iaitu smart kasual.


Restoran ini menyediakan makanan enak dan unik untuk sesi tengahhari serta makan malam secara buffet dan ala carte. Anda juga boleh membuat tempahan awal jika ingin mengadakan sebuah makan malam yang istimewa dengan pakej yang menarik.


Melawat Blue Coral AquariumNak melihat kehidupan dalam air, tak perlu ke Aquria. Di Menara Kuala Lumpur juga anda boleh layan hidupan laut pelbagai jenis, bentuk dan warna di Akuarium Blue Coral.


Sambil menikmati keindahan hidupan laut, anda juga boleh belajar mengenai hidupan tersebut.


Tidak perlu khuatir kerana akuarium ini buka pada setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 9.30 malam. Tiket masuk serendah RM 15 untuk kanak-kanak manakala RM 18 untuk dewasa.


Berlumba Secara Simulasi di Zon Simulasi F1Jika anda suka akan aktiviti perlumbaan sukan F1, anda seharusnya datang ke Zon Simulasi F1. Rasai pengalaman berlumba dilitar sebenar secara simulasi. Kesan audio dan visual yang gempak memberikan anda satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.


Mengembara di Teater XDTeater XD menawarkan sebuah pengembaraan secara simulasi 6D. Lengkap dengan kesan angin, pencahayaan dan gerakan anda dapat merasai seperti anda sedang mengembara secara nyata. Penuh keterujaan yang mendebarkan, sudah pasti tak senang duduk!


Melawat Mini ZooTidak jauh dari menara ini, anda boleh berjalan menuju ke mini zoo. Anak-anak pasti seronok melihat pelbagai spesis haiwan dengan jarak dekat.


Anda juga boleh memegang dan mengambil gambar bersama haiwan tersebut. Secara tidak langsung, anak-anak juga dapat merasai pengalaman dan belajar mengenai haiwan yang ada.


Waktu operasi pada hari Isnin hingga Jumaat bermula 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Manakala pada hari minggu, cuti umum dan cuti sekolah mula beroperasi bermula 10.00 pagi hingga 9.00 malam.


Bergambar di Rumah TerbalikLokasi menarik untuk mereka yang suka bergambar dan  merakam gambar di pelbagai sudut dengan replika yang dibina secara terbalik. Uniknya rumah ini bukan sahaja terbalik begitu juga perabot antik di dalam rumah juga terbalik.


Rumah Terbalik dibuka setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Namun waktu operasi pada hari Sabtu dan Ahad dipanjangkan hingga 10.00 malam.


Bersiar-siar di Taman Eko Rimba Kuala LumpurPintu masuk Taman Eko Rimba Kuala Lumpur ini adalah melalui Menara Kuala Lumpur. Di sini anda dapat menikmati pemandangan yang menghijau walau berada di tengah kotaraya, dapat  menyelusuri taman yang dikelilingi hutan hujan tropika melalui titi gantung atau Canopy Walk.
Terdapat pokok Jelutong iaitu sejenis pokok yang terancam yang telah hidup lebih dari 100 tahun.


Banyakkan aktiviti yang seronok boleh dilakukan di Menara Kuala Lumpur? Hanya dengan satu hari anda boleh memenuhi cuti dan hari anda dengan pelbagai aktiviti menenangkan minda di satu lokasi. Jom baca dan lihat:


7. Menara Berkembar Petronas (KLCC)Tarikan wajib dikunjungi selain boleh bershopping dan main di taman tak kira waktu siang mahupun malam, sentiasa menjadi ketikan kamera dan handphone pengunjung luar dan dalam negara.
KLCC - kredit gambar FB Nadzley AMN
Suria KLCCBagi yang suka shopping, disinilah tempatnya untuk mendapatakan barangan berjenama  atau mungkin masuk untuk window shopping sambil makan di food court atau pelbagai restoran dengan sajian yang menyelerakan.
Taman  KLCCMenariknya kalau ke sini dengan anak-anak, pasti mereka teruja dengan kolam air dan landskap menarik sambil bersantai.


8. Jambatan Saloma

Pintasan Saloma - gambar kredit FB Nadzley AMN

Pintasan Saloma adalah sebuah jambatan gabungan pejalan kaki dan laluan basikal sepanjang 69 meter (226 ka) menyeberangi Sungai Klang yang berarah barat laut-tenggara. Nama diambil dari nama Biduanita Saloma, penyanyi Malaysia-Singapura yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang. 
Seni bina jambatan ini diilhamkan oleh konsep sireh junjung (susunan daun sirih), yang merupakan sebahagian daripada perkahwinan Melayu.
Jambatan ini tidak boleh diakses dari pukul 01:00 pagi hingga 05:00 pagi dari Isnin hingga Sabtu dan pukul 0:30 tengah malam hingga 05:00 pagi pada hari Ahad dan hari cuti umum.


9. Masjid WilayahSungguh cantik dan mendamaikan hingga membuatkan kita rasa tenang.  Masjid ini mempunyai seni bina Turki Uthmaniyah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Masjid Wilayah - pix kredit wikipediaMasjid ini dibina di antara tahun 1997 dan 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta. Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Masjid ini boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa


Masjid ini turut memuatkan Sekolah Kebangsaan Agama Ibnu Khaldun.


10. Masjid Negara

Masjid Negara ialah masjid utama di Malaysia, yang dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Masjid ini merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan merupakan simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu. Masjid ini juga boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.


Masjid Negara terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia, Bangunan Daya Bumi, Pos Besar Malaysia, Muzium Kesenian Islam,dan berdekatan Taman Tasik Perdana. Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Semuanya terdapat tujuh buah pintu masuk. Kemudahan untuk pelancong bukan islam juga disediakan seperti tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berdekatan pintu masuk khusus pelancong luar dan dalam negara.


Masjid Negara merupakan salah sebuah masjid yang paling moden di Asia Tenggara sebelum terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 


11. Istana NegaraLokasi yang cukup disukai pengunjung untuk bergambar di gerbang masuk istana negara


Istana Negara - pix kredit FB Nadzley AMN

Istana Negara ini dibina dan telah digunapakai pada tahun 2011 bagi menggantikan Istana Negara yang lama yang telah digunakan sejak 1928. Ini ialah kali pertama kerajaan Malaysia membina sendiri istana Yang di-Pertuan Agong memandangkan istana yang terdahulu dibeli daripada seorang jutawan China

Kompleks Istana Negara Baru ini dibangunkan di atas tanah seluas 241.3 ekar yang dibahagikan kepada empat sayap dan termasuk kawasan meletakkan kenderaan. Ia merangkumi pembinaan Bangunan Utama Istana Negara serta bangunan-bangunan dan kemudahan sokongan yang lain dengan keluasan lantai kasar keseluruhan sebanyak 90,082 meter persegi
12. Pasar Seni / Pasar BudayaDahulunya pasar basah, kini jadi pasar budaya dengan pelbagai cenderamata seperti key chain dan kain songket.
Pasar Seni - pix wikipedia
Pasar Budaya atau Pasar Seni, antra lokasi menarik untuk dikunjungi, terletak berhampiran Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi.

Dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit, barang-barang keperluan harian para penduduk dan pelombong bijih timah di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu

Kini pasar tersebut sekali lagi berubah wajah apabila pada tahun 1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf. Berhampiran pasar ini ialah sebuah stesen LRT, iaitu stesen "Pasar Seni"

Kini, Pasar Seni dengan binaan hiasan seni merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang "kraftangan" yang menumpukan hasil kerja tangan Malaysia yang menjual pakaian dan barangan tradisional seperti yang diperbuat dengan batik tradisi Malaysia

Selain batik, pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan antik, artifak Asia, cenderamata, dan kerja tangan. Artis-artis potret dan pertukangan kecil-kecilan menghasilkan karya mereka di sudut-sudut sambil diperhatikan dengan penuh minat oleh orang ramai

Di bahagian luar, amfiteater berhampiran tebing sungai merupakan tempat untuk pertunjukan tradisional, tarian masa kini, dan konsert muzik. Terdapat pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti seperti lukisan batik, tilik nasib, wayang kulit, meniup kaca, kelas tarian, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain


13. Taman Botani PerdanaTaman Tasik Perdana dahulunya dikenali sebagai Taman Tasik Perdana (Lake Gardens) merupakan tasik tertua  yang sudah berusia lebih  100 tahun.


Taman Botani Perdana - pix laman MKN

Tasik ini merupakan sebuah bekas lombong bijih timah pada zaman penjajahan British dan terbiar, dan kemudian dimajukan sebagai sebuah tasik rekreasi.


Pada 13 Mei tahun 1889, Kebun Bunga Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith.  Idea mengwujudkan kebun bunga ini dicetuskan oleh Bendahari Kerajaan Negeri Selangor, A.R.Venning yang menyarankan sebuah ‘Botanic Garden’ diwujudkan di Kuala Lumpur.  Usaha ini turut mendapat sokongan daripada tokoh masyarakat Kantonis yang terkenal, Tauke Chow Ah Yeok yang telah menyumbang sebanyak seratus pokok cempaka dan pokok limau untuk ditanam di kebun ini. Pada tahun 1967, sebuah panggung yang diberi nama Panggung Aniverseri telah dibina di kebun bunga ini bertujuan menyediakan kemudahan persembahan pentas dan pertunjukan kebudayaan.  Pada 1 Februari 1968, kebun bunga ini telah ditukar namanya menjadi Taman Tasik Perdana oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein.


Lokasi menarik di Taman Botani Perdana Lake Gardens merupakan kawasan rekreasi yang menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa dan terdapat banyak lokasi yang menarik di sekitar Lake Gardens iaitu

Tugu Negara - percumaPanggung Anniversari  - percumaGaleri Seri Perdana - dahulunya kediaman Allahyarham Tun Abdul Razak.Taman Bunga RayaTaman OrkidTaman Burung Kuala Lumpur


14. Taman Tasik TitiwangsaTaman Tasik Titiwangsa mempunyai keluasan iaitu 46.13 hektar atau 114 ekar yang terletak 3 km dari pusat bandar, terletak di Jalan Kuantan merupakan sebuah kawasan riadah. 



Ia mempunyai sebuah taman di tepi tasik dan mempunyai kemudahan sampan kayuh, kayak, taman permainan kanak-kanak, padang permainan lalu lintas, menunggang kuda dan pancutan air berirama. Terdapat juga gelanggang tenis, kompleks sukan, dewan skuasy dan lain-lain kemudahan sukan.


Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.
Kemudahan baru yang ditambah adalah Taman Air Kanak-Kanak, Kanopi Banjaran Titiwangsa dan Laman Kerawang (Taman Maze).


15. Hab Budaya REXKLRexKL - kredit gambar REXKL
REXKL | Hab Budaya & Kreatif Berasaskan Komuniti Di Kuala Lumpur. Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, REXKL merupakan satu pusat komuniti dan budaya. Satu masa dahulu, Rex merupakan panggung wayang pertama di Malaysia yang dibina pada tahun 1947 dan dinamakan sebagai Rex Cinemas


Panggung wayang dulu dan kini jadi kedai buku dan tempat gaya hipster lengkap dengan kedai buku murah Bookexcess dan cafe serta lokasi menarik untuk mereka yang suka bergambar


Untuk kesini, disarankan naik MRT atau LRT kerana tidak mudah untuk mendapatkan parkir.


Tarikan lain yang berdekatan adalah Kwai Chai Hong, Petaling Street, Pasar Seni dan Masjid Jamek.




16. Kwai Chai HongLokasi menarik dengan mural-mural menarik dilukis di dinding sepanjang lorong ini yang memaparkan kehidupan di era 1960an. Lukisan-lukisan ini dilukis oleh artis tempatan.


Kwai Chai Hong - pix kredit kwai chai hong


Menariknya bila anda scan kod QR di setiap mural, akan ada sountrack interaktif berkenaan lukisan tersebut


Pastikan anda bergambar di Jambatan merah, Mural Pak cik Erhu -  si pemain muzik tradsional, Mural Kaligrafi, Mural anak-anak dengan sahabt imginasi, Mural Pelacur era 60an, 

Di sini terdapat salah  satu tiang lampu paling tua kat KL ni yang dikatakan dibina sejak 1903 lagi yang terletak beberapa langkah dari jambatan merah


Bila dah penat bergambar, boleh singgah ke Luckin Cofee atau Ho Kow Hainam Kopitiam atau singgah belik coklat di Beryl yang terletak berdekatan pintu masuk


Alamat : Jalan Panggung, Kuala Lumpur City Centre, 50000 Kuala Lumpur
Waktu operasi : setiap hari, 9 pagi hingga 6 petang
Pengangkutan : Naik bas ke Pasar Seni atau naik MRT Pasr Seni atau LRT hentian Plaza Rakyat

Baca Juga : Tempat Menarik Di Perlis
17. Jalan Tunku Abdul RahmanJalan Tuanku Abdul Rahman atau dahulunya Batu Road merupakan salah satu jalan yang paling yang pernah wujud di pusat Kuala Lumpur dan adalah salah satu daerah membeli-belah terawal di negara ini, dari hampir 100 tahun yang lalu. Kebanyakan bangunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dibina seawal tahun 1912.



Nama sebelumnya telah diberikan kerana ia dikatakan jalan pertama diperbuat daripada batu berbanding laluan tanah biasa. Pada awal 1930-an, Batu Road telah menjadi jalan dua hala pada permukaan tar yang tengah diapit oleh kerikil serta membolehkan kenderaan diletak di kedua-dua bahu jalan. Berbeza dengan sekarang, jalan ini dahulunya amat sunyi dan hanya dilalui oleh beberapa buah kereta sahaja kerana kebanyakan penduduk Kuala Lumpur menggunakan basikal atau berjalan kaki sahaja. Kedai-kedai di sekelilingnya pula dibuka dari jam 8 pagi sehingga 11 malam setiap hari


Di bahu jalan ini terdapat bangunan-bangunan sebelum perang dengan ciri unik yang masih dipelihara. Kebanyakan kedai perniagaan seperti GS Gill, P. Lal dan PH Henry juga masih memilih untuk kekal di sini. Antara kompleks membeli belah moden yang ada di sini adalah Sogo dan Maju Junction.


Setiap hari Sabtu di antara pukul 5 petang ke 10 malam, Lorong Tuanku Abdul Rahman ditutup untuk kenderaan bagi memberi ruang kepada pasar malam yang menawarkan pelbagai kain, tekstil, baju, barangan tempatan dan makanan pada harga yang menarik.


18. Jalan Masjid India
Jalan Masjid India merupakan sebatang jalan yang popular bagi warga Kuala Lumpur dan Lembah Klang untuk membeli-belah pada musim perayaan. Terdapat banyak deretan kedai dan gerai menjual pelbagai jenis tekstil dan perhiasan diri dijual pada harga yang murah
 



Jalan Masjid India ialah jalan yang dinamakan sempena masjid tempatan, yang diterjemahkan secara literal bermaksud "Masjid India"

Kawasan ini ditandai dengan loghat India-Muslim yang berbeza dan penuh dengan gabungan orang dan produk yang berwarna-warni. Rumah kedai sebelum perang menjual pelbagai barangan asli India seperti pakaian tradisional dalam warna terang, makanan India serta perhiasan dan aksesori yang direka dengan cantik. 
19. Petaling StreetJalan Petaling atau lebih dikenali dengan panggilan Petaling Street merupakan kawasan penempatan kaum Cina (Pekan Cina) semasa zaman kolonal British. Selama bertahun-tahun lamanya Jalan Petaling telah menjadi tempat perniagaan dan mengekalkan tradisi dan budaya masyarakat Cina di Malaysia, dengan kuil Buddha dan kedai menjual colok, ubat tradisi dan kedai makan Cina. Pada awal petang sehingga lewat malam, penjaja akan menjual barangan mereka dijalanan dengan pelbagai barangan jualan




Ia terkenal dengan barangan salinan - daripada barangan berjenama sehingga VCD/DVD cetak rompak. Kini ia dilengkapi dengan atap kanopi yang menutupi seluruh jalan den berbentuk naga. Ia menambahkan lagi suasana sibuk tanpa bimbang panas dan hujan

Jarak Jalan Petaling dengan Stesen LRT Pasar Seni hanyalah kira-kira 400 meter sahaja

Jalan Petaling juga terkenal akan lambakan pub, restoran dan gerai-gerai makanan yang menyediakan pelbagai juadah dan makanan, antaranya Mi Hokkien, ikan bakar, asam laksa dan Mi kari. Kebanyakkan pengusaha dari kalangan Orang Cina Han, namun begitu anda boleh melihat banyak juga gerai yang diusahakan oleh Orang Bangladesh, India dan etnik Melayu



20. Little India Brickfield kini lebih dikenali sebagai Little India kerana kebanyakan penduduknya yang berbangsa India.Pada 17 Oktober 2009, Brickfields secara rasmi akan diisytiharkan sebagai Little India bermula awal tahun 2010.


Disini terdapat deretan kedai perniagaan menjual pelbagai barangan kegunaan seperti kain sara, kedai makan dan banyak lagi

Antara lokasi penting di Brickfields adalah Tamil Methodist Church (Brickfields), Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (T) Vivekananda, Palm Court Apartment, Jalan Chan Ah Thong (Park), Budhist Maha Vihara, Brickfields, Jalan Sultan Abdul Samad, Sekolah Jenis Kebangsaan Brickfields 1 & 2, , Jalan Syed Putra , Sekolah Jenis Kebangsaan St Theresa 1 & 2, Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Brickfields, Jalan Berhala, Jalan Syed Putra, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda di Lorong Abdul Samad


Kesimpulan Ini adalah sebahagian tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh dimasuki secara percuma kecuali anda melakukan aktiviti-aktiviti yang dikenakan caj sepertimana yang dinyatakan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/09/20-tempat-menarik-di-kuala-lumpur-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pintasan Saloma Tempat Menarik Untuk Bergambar Di Kuala Lumpur

Pintasan Saloma Tempat Menarik Untuk Bergambar Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 256 hits
Pintasan Saloma Pintasan Saloma Pintasan Saloma atau nama bahasa inggerisnya Saloma Link adalah satu jejantas yang unik yang menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC Masa yang di ambil bagi sesiapa yang berjalan kaki dari KLCC ke pintasan sal...
Restoran Gerak 23 Antara Tempat Tumpuan Makan Tengahari Di Kampung Baru Kuala Lumpur

Restoran Gerak 23 Antara Tempat Tumpuan Makan Tengahari Di Kampung Baru Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 350 hits
Restoran Gerak 23 Kampung Baru KLRestoran Gerak 23 Kampung Baru KLRestoran Gerak 23 ni terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur Waktu tengahari restoran Gerak 23 memang menjadi tumpuan orang ramai untuk makan tengahari di sini Ni kira kali ked...
Lain Macam Restoran Nasi Kahwin Hari Hari Bukit Bintang Kuala Lumpur

Lain Macam Restoran Nasi Kahwin Hari Hari Bukit Bintang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 268 hits
Restoran Nasi Kahwin Hari HariRestoran Nasi Kahwin Hari HariNasi Kahwin Hari Hari yang aku terjah ni ada Restoran Nasi Kahwin Hari Hari Sebenarnya dioarang ada satu lagi gerai yang viral yang diorang buka di celah celah lorong Kedua duanya ...
Jom Layan Kopi Di Cafe Dua Darjat Pasar Seni Kuala Lumpur

Jom Layan Kopi Di Cafe Dua Darjat Pasar Seni Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 260 hits
cafe Dua Darjat cafe Dua DarjatCafe Dua Darjat yang aku beli coffee ni terletak di Pasar Seni bukan dalam Pasar Seni tu korang kena pergi ke pintu belakang Pasar Seni Dua Darjat Cafe tu ada di situ Aku tak past la pulak kenapa nama dia dua ...
Pengalaman Dunia Dewasa Kanak Kanak Di Kidzania Kuala Lumpur Di Mutiara Damansara

Pengalaman Dunia Dewasa Kanak Kanak Di Kidzania Kuala Lumpur Di Mutiara Damansara

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 231 hits
jejantas ke Kidzania dari The Curve Mallkalau dari luar ni adalah bangunan KidzaniaKidzania ni adalah tempat yang sesuai untuk bawa anak anak korang terutamanya waktu cuti sekolah Di sini diorang akan berpengalaman untuk berada dalam dunia ...
Makan Malam Nasi Lemak Di Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru Kuala Lumpur

Makan Malam Nasi Lemak Di Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 305 hits
Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung BaruRestoran Nasi Lemak Wanjo Kampung BaruNasi Lemak Wanjo ni antara nasi lemak yang famous la di Kampung Baru Kuala Lumpur ni Sebenarnya ada dah pernah try nasi lemak wanjo ni sebelum ni masa tu aku datang...
Ascott Star Klcc Kuala Lumpur The Latest Luxury Serviced Residence In The Capital Of Malaysia Opened

Ascott Star Klcc Kuala Lumpur The Latest Luxury Serviced Residence In The Capital Of Malaysia Opened

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 313 hits
ASCOTT STAR KLCC KUALA LUMPURKuala Lumpur April 29 2022 CapitaLand Investment Limited s wholly owned subsidiary The Ascott Limited has opened Ascott Star KLCC Kuala Lumpur in the capital of Malaysia Located in the heart of Kuala Lumpur s Go...
Sejukkan Tekak Jap Dengan Aiskrim Llaollao Di Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur

Sejukkan Tekak Jap Dengan Aiskrim Llaollao Di Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 302 hits
aiskrim llaollao di Pavilion Bukit BintangSaja jer aku nak cakap aku jalan jalan dalam Pavilion Bukit Bintang terjumpa la dengan aiskrim llaollao ni Ini jer yang mampu aku beli dalam Pavilion ni yang lain semua mahal mahal Berjalan di luar ...
Menikmati Pemandangan Kota Kuala Lumpur Dari Atas Menara Kuala Lumpur

Menikmati Pemandangan Kota Kuala Lumpur Dari Atas Menara Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 287 hits
Menara Kuala LumpurKalau nak tengok pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari pandangan atas tempat yang boleh korang datang adalah menara Kuala Lumpur Bangunan tinggi yang lain korang tak boleh nak naik sebab semua tu office Contoh petronas ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever